Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat No. 856, Jalan Gudang Ubat, 85000 Segamat, Johor Sila hubungi 07-9311414 untuk maklumat lanjut.

Untuk makluman, dalam tempoh PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) semua urusan di pejabat ini adalah berdasarkan temujanji.

26/08/2026

🇲🇾 𝗖𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗔𝗟𝗜𝗥 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚

Majikan yang berhasrat menggajikan pekerja asing perlu memahami proses dan mematuhi tatacara yang ditetapkan bagi memastikan urusan penggajian dilaksanakan dengan teratur, telus dan mengikut ketetapan semasa.

🔹 8 langkah utama proses penggajian pekerja asing:

1️⃣ FWe Approval FWCMS – Majikan memohon Seksyen 60K (JTKSM) serta mengiklankan kekosongan melalui MYFutureJobs.

2️⃣ eQuota – OSC KESUMA (FWCMS) – Permohonan kuota, semakan dokumen secara dalam talian, penetapan tarikh temu duga, temu duga fizikal oleh AKS dan keputusan kelulusan kuota.

3️⃣ Bayaran Levi – Urusan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan MyIMMs.

4️⃣ Surat Kelulusan Bersyarat (SKB) – Melalui OSC KESUMA (FWCMS).

5️⃣ Urusan di Kedutaan

6️⃣ Pengambilan di Negara Sumber – Dikendalikan oleh Recruitment Agency (RA).

7️⃣ Visa Dengan Rujukan (VDR) – Melalui FWCMS.

8️⃣ Kemasukan Pekerja Asing – Proses selesai.

⚠️ PERHATIAN KEPADA MAJIKAN

Majikan yang berhasrat menggajikan pekerja asing dari Bangladesh, India, Myanmar, Pakistan dan Nepal hendaklah menggunakan senarai Recruitment Agency (RA) yang dipaparkan di portal FWCMS.

📌 Layari portal FWCMS untuk maklumat lanjut:
www.fwcms.com.my

Pastikan setiap proses dilaksanakan mengikut saluran yang ditetapkan demi pengurusan pekerja asing yang lebih teratur, telus dan berintegriti.

21/08/2026

🧹 Kerja pejabat? Biasa. Turun padang cuci jalan? Ini baru luar biasa! 💪✨

Hari ini, 21 Ogos 2026, seramai 5 orang warga Pejabat Tenaga Kerja Segamat menyingsing lengan baju menjayakan aktiviti Gotong-Royong Jalan Angkat di sekitar Jalan Muar! 🍂🚮

Program ini bukan sekadar sapu sampah biasa, tapi tanda komitmen kami dalam menjayakan Kempen Segamat Bersih 2026 serta merakyatkan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). Perkhidmatan awam yang hebat bermula daripada keprihatinan terhadap persekitaran kita sendiri! 🌿💚

Peniaga & warga Segamat, korang dah bersihkan kawasan depan premis hari ni? Jom sama-sama kita kekalkan kebersihan daerah tercinta! 👇🇲🇾

#𝙎𝙚𝙜𝙖𝙢𝙖𝙩𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧


19/08/2026

Segamat - 19 Ogos 2026 : Pejabat Tenaga Kerja Segamat telah menjalankan aktiviti pemasangan bendera Kebangsaan dan Negeri bagi menyambut Bulan Kebangsaan Yang ke 69 dan Hari Malaysia 2026.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi
Kementerian Sumber Manusia

12/05/2026

PERMOHONAN PELESENAN AGENSI PEKERJAAN SWASTA

10 jenis permohonan pelesenan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx)

ENAM JENIS PERMOHONAN DENGAN FI PROSES
1. Lesen baharu – RM300.00
2. Pembaharuan lesen – RM100.00
3. Dokumen pengenalan diri – RM50.00
4. Penubuhan cawangan – RM100.00
5. Pertukaran kategori lesen – RM100.00
6. Penggantian lesen – RM100.00

EMPAT JENIS PERMOHONAN TIADA FI PROSES
1. Pertukaran nama
2. Pertukaran premis
3. Perubahan pengarah / pengarah bertanggungjawab
4. Perubahan pemegang syer

bayaran melalui sistem iPayment





12/05/2026

PEMAKLUMAN PERTUKARAN ALAMAT DOMAIN PORTAL JTKSM

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan melaksanakan pertukaran alamat domain portal rasmi jabatan sebagai usaha untuk memudahkan akses dan penyelarasan identiti digital agensi.

Jadual Peralihan Domain Pertukaran ini akan berkuat kuasa sepenuhnya pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)

Domain Lama akan ditutup: https://jtksm.mohr.gov.my

Domain Baharu: https://jtksm.gov.my

Pengemaskinian Pautan: Sila kemas kini pautan kegemaran (bookmarks) pada pelayar web kepada alamat baharu bermula pada tarikh tersebut.

Sistem Dalam Talian: Semua sistem aplikasi jabatan yang diakses melalui portal utama akan turut dipindahkan secara berperingkat ke domain baharu.

Lencongan Automatik: Sebagai langkah transisi, akses ke domain lama akan dilencongkan (redirect) ke domain baharu untuk tempoh masa yang terhad.

Pihak jabatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul semasa tempoh peralihan teknikal ini berlaku.

Usaha ini adalah komitmen dalam memberikan perkhidmatan digital yang lebih efisien dan mesra pengguna.





09/04/2026

PEMBAYARAN UPAH

Tempoh upah:
1) Majikan hendaklah menetapkan tempoh upah dalam kontrak perkhidmatan. Tempoh upah yang ditetapkan tidak boleh melebihi satu bulan.
2) Jika kontrak perkhidmatan tidak menyatakan tempoh upah, maka tempoh upah tersebut dianggap sebagai satu bulan.

Pengiraan upah bagi bulan bekerja yang tidak lengkap:
Situasi kerja tidak penuh adalah:
1) Mula bekerja selepas hari pertama dalam bulan tersebut.
2) Berhenti kerja sebelum akhir bulan / penamatan perkhidmatan.
3) Tidak hadir bekerja atau mengambil cuti tanpa gaji.
4) Mengambil cuti di bawah Akta 425, Akta 628 atau undang-undang berkaitan Perkhidmatan Negara.

Masa pembayaran upah:
1) Majikan hendaklah membayar upah pekerja (selepas potongan yang dibenarkan) tidak lewat daripada hari ke-7 selepas berakhirnya tempoh upah.
Contoh: Tempoh upah: 26 Februari – 25 Mac ⟶ Tarikh akhir bayaran: 1 April
2) Upah bagi kerja lebih masa, kerja pada hari rehat atau hari kelepasan am hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir tempoh upah berikutnya.
Contoh: - tempoh upah 26 Februari – 25 Mac ⟶ dibayar tidak lewat daripada 25 April.

Pembayaran atas penamatan biasa kontrak:
Upah pekerja hendaklah dibayar pada hari terakhir kontrak tamat dalam keadaan berikut:
1) Kontrak bertempoh telah tamat; atau
2) Kontrak perkhidmatan ditamatkan dengan notis.





07/04/2026
16/02/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN ANNOUNCEMENT

Laman web rasmi dan Sistem ePPAx akan mengalami masalah gangguan capaian untuk memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan fizikal dijalankan.
The official website and ePPAx system will experience temporary access disruption to facilitate scheduled physical maintenance works.

Tarikh Bermula: 17 Februari 2026 - 9.00 Pagi
Tarikh Selesai: 18 Februari 2026

Start Date: 17 February 2026 - 9.00 a.m
End Date: 18 February 2026

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih.
We apologise for any inconvenience caused. Thank you.





OPERASI PENGURUSAN PENGINAPAN PEKERJASegamat | 11 Februari 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor melalui Pejaba...
16/02/2026

OPERASI PENGURUSAN PENGINAPAN PEKERJA

Segamat | 11 Februari 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor melalui Pejabat Tenaga Kerja Segamat telah menjalankan satu operasi bersepadu di beberapa lokasi di sekitar Dearah Segamat yang telah diketuai oleh Puan Siti Khadijah, Penolong Pengarah Pejabat Tenaga Kerja Segamat.

Operasi ini telah melibatkan seramai 9 orang anggota yang terdiri daripada Anggota Pegawai Pejabat Tenaga Kerja Segamat, dan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Jabatan mendapati, masih terdapat majikan yang gagal menyediakan penginapan yang kondusif dan lebih menyedihkan penginapan tersebut disediakan kepada pekerja tempatan juga.

Operasi ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama bersepadu antara agensi yang terlibat.





Address

No. 856, Jalan Gudang Ubat
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 04:00
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6079317237

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Daerah Segamat:

Shortcuts

Share