Pusat Latihan Polis Segamat

Call Directions Contact the organization

Pusat Latihan Polis Segamat Sila LIKE page ini untuk info-info terkini dan menghangatkan sesi perbincangan di sini.

15/09/2026
Pengauditan Pengurusan Kewangan Tahun 2026 PULAPOL SegamatPulapol Segamat, 14 Ogos 2026 – Pusat Latihan Polis Segamat (P...
15/08/2026

Pengauditan Pengurusan Kewangan Tahun 2026 PULAPOL Segamat

Pulapol Segamat, 14 Ogos 2026 – Pusat Latihan Polis Segamat (PULAPOL Segamat) telah menerima kunjungan pasukan audit bagi pelaksanaan Pengauditan Pengurusan Kewangan Tahun 2026 yang berlangsung dari 10 hingga 14 Ogos 2026.

Sesi Taklimat Exit Conference telah diadakan pada 14 Ogos 2026, jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Darul Takzim dan dipengerusikan oleh YDH Supt Airy Zaidi bin Nordin, Komandan PULAPOL Segamat, bersama Timbalan Komandan, pegawai kanan, ketua kanan serta ketua cawangan dan unit.

Taklimat pengauditan telah disampaikan oleh Puan Siti Rohani binti Sahran, Pegawai Bahagian Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri, yang merangkumi penemuan audit berkaitan kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perolehan dan kontrak, perbelanjaan, aset dan stor serta pengurusan kenderaan Kerajaan.

Antara perkara yang diberi perhatian merangkumi aspek pengurusan kewangan, kawalan perolehan dan kontrak, terimaan serta perbelanjaan, pengurusan aset dan stor, pengurusan kenderaan Kerajaan serta dokumentasi dan pematuhan terhadap tatacara kewangan yang ditetapkan.

Sesi berakhir dengan ucapan balas Komandan PULAPOL Segamat, penyampaian cenderahati serta jamuan makan tengah hari.

PULAPOL Segamat komited untuk mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan pengurusan kewangan, aset, stor dan kenderaan Kerajaan dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur serta mematuhi peraturan dan tatacara yang ditetapkan.

13/08/2026
PULAPOL SEGAMAT LAKSANA NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANGPulapol Segamat,...
04/08/2026

PULAPOL SEGAMAT LAKSANA NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Pulapol Segamat, 4 Ogos – Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat telah melaksanakan Majlis Nyanyian Lagu Negaraku, Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Kawad PULAPOL Segamat.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH Supt Airy Zaidi bin Nordin, Komandan PULAPOL Segamat. Turut hadir Timbalan Komandan, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua kanan, staf serta pelatih-pelatih Kursus Asas Pegawai AKPS Siri 1/2026.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara serta menyemai rasa cinta akan negara dalam kalangan warga PULAPOL Segamat bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh semangat, mencerminkan komitmen seluruh warga PULAPOL Segamat dalam memupuk nilai perpaduan, disiplin serta kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara.

PULAPOL Segamat komited untuk terus menyokong aspirasi negara melalui penganjuran program yang memupuk semangat patriotisme dan memperkukuhkan jati diri warga pasukan demi memastikan kecemerlangan organisasi terus diperkasa.

27/07/2026
16/07/2026
KOMANDAN PULAPOL SEGAMAT DAN KPD SEGAMAT IKUTI SESI AMANAT KETUA POLIS JOHOR SEMPENA PRN JOHOR KE-16Pulapol Segamat, 10 ...
10/07/2026

KOMANDAN PULAPOL SEGAMAT DAN KPD SEGAMAT IKUTI SESI AMANAT KETUA POLIS JOHOR SEMPENA PRN JOHOR KE-16

Pulapol Segamat, 10 Julai 2026 (Jumaat) – Komandan PULAPOL Segamat, YDH Supt Airy Zaidi bin Nordin dan Ketua Polis Daerah Segamat, YDH Supt JumazanZahir bin Chek Ismail telah mengikuti sesi amanat yang disampaikan oleh Ketua Polis Johor, YDH CP Dato' Ab Rahaman bin Arsad sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung secara sidang video serentak melibatkan seluruh daerah pentadbiran Polis Kontinjen Johor bertempat di Dewan Perdana, PULAPOL Segamat.

Dalam amanat yang disampaikan, Ketua Polis Johor menekankan agar semua petugas yang terlibat dalam penugasan pilihan raya sentiasa mengamalkan disiplin dan integriti yang tinggi, berpenampilan kemas serta bersikap profesional ketika berhadapan dengan orang awam khususnya para pengundi.

Beliau turut mengingatkan agar setiap petugas melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan mematuhi segala arahan serta prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses demokrasi serta keselamatan awam sepanjang berlangsungnya PRN Johor Ke-16.

Turut hadir ialah Timbalan Komandan PULAPOL Segamat, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, pegawai kanan serta anggota yang terlibat dalam penugasan Bantuan Sumber Manusia (BSM) sempena Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.

AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT PULAPOL SEGAMATPulapol Segamat, 7 Julai 2026 – Pusa...
07/07/2026

AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT PULAPOL SEGAMAT

Pulapol Segamat, 7 Julai 2026 – Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat telah mengadakan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara peringkat PULAPOL Segamat sebagai usaha berterusan dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan jati diri serta menyemai nilai-nilai kenegaraan dalam kalangan warga pasukan.

Majlis telah disempurnakan oleh Komandan PULAPOL Segamat, YDH Supt Airy Zaidi bin Nordin, dan turut dihadiri oleh Timbalan Komandan PULAPOL Segamat, DSP Luther bin Nurjip @ Andrew, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua kanan serta warga PULAPOL Segamat.

Lafaz Ikrar Rukun Negara telah diketuai oleh Insp Hammim bin Hamzah, Pegawai Penjaga Latihan Luar merangkap Pegawai Pemerintah Baris, sebelum diteruskan dengan sesi amanat oleh Komandan PULAPOL Segamat.

Dalam amanatnya, Komandan PULAPOL Segamat menekankan kepentingan warga PULAPOL Segamat yang layak mengundi agar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal dengan penuh rasa tanggungjawab, sekali gus mencapai peratusan keluar mengundi yang terbaik sebagai cerminan komitmen dan disiplin warga Pasukan.

Beliau juga mengingatkan warga PDRM yang akan melaksanakan bantuan sumber manusia sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu ini supaya sentiasa menjaga disiplin diri, memelihara imej serta nama baik Polis Diraja Malaysia, di samping melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen, dedikasi dan rasa tanggungjawab demi memastikan kelancaran proses demokrasi serta keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Penganjuran amalan mingguan ini mencerminkan komitmen PULAPOL Segamat dalam memupuk semangat cintakan negara, memperkukuhkan perpaduan serta membudayakan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada kecemerlangan warga Polis Diraja Malaysia.

Address

PUSAT LATIHAN POLIS SEGAMAT
Segamat
85100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079353422

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Polis Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Latihan Polis Segamat:

Shortcuts

Share