UMNO-Sekijang

Call Directions Website Contact the organization

UMNO-Sekijang UMNO sebuah perjuangan

08/10/2026

PMX kan hebat. Dengan satu call selesai semua. Bila PMX nak call Pak Prabowo ?

Memang semua kena Johor selesaikan sendiri ke ?

21/09/2026
*KEPUTUSAN PENGAMPUNAN BERSYARAT DAN TAHANAN RUMAH DATUK SERI NAJIB RAZAKUMNO BAHAGIAN SEKIJANG JUNJUNG KASIH & HORMATI ...
19/09/2026

*KEPUTUSAN PENGAMPUNAN BERSYARAT DAN TAHANAN RUMAH DATUK SERI NAJIB RAZAK

UMNO BAHAGIAN SEKIJANG JUNJUNG KASIH & HORMATI KEPUTUSAN_

UMNO Bahagian Sekijang Menjunjung kasih ke atas keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelaksanaan baki hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tahanan rumah.
* Keputusan ini hendaklah dihormati oleh semua pihak sebagai sebahagian daripada proses Perlembagaan dan mekanisme pengampunan yang diperuntukkan dalam sistem negara.
* Kita menghormati kebijaksanaan dan prerogatif Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam perkara berkaitan pengampunan.
* Perkara ini bukan soal siapa s**a atau tidak s**a, tetapi soal menghormati institusi negara dan proses yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
* UMNO Bahagian Sekijang mengambil pendirian bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat melalui saluran Perlembagaan dan undang-undang hendaklah diterima dengan tenang, matang dan penuh rasa hormat.

* Jangan politikkan keputusan yang dibuat melalui proses Perlembagaan.
* Perkara ini tidak wajar dijadikan bahan untuk membangkitkan sentimen politik sempit atau memecah-belahkan masyarakat.
* Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menyebabkan kita mempersoalkan atau merendahkan institusi negara.
* Jika prinsip rule of law hendak dijunjung, maka prinsip itu mesti dihormati secara konsisten, tanpa mengira siapa individu yang terlibat.
* Jangan menjadikan prinsip Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sebagai prinsip yang hanya digunakan apabila ia menguntungkan pihak tertentu.

* Jangan ada politik dua darjat atau double standard dalam menilai proses pengampunan.
* Jika sesuatu keputusan pengampunan atau pengurangan hukuman sebelum ini dihormati sebagai sebahagian daripada proses Perlembagaan, maka proses yang sama juga perlu dihormati apabila melibatkan individu lain.
* Persoalannya bukan sama ada kita menyokong atau tidak menyokong seseorang individu.
* Persoalan asasnya ialah: Adakah kita menghormati Perlembagaan dan institusi negara secara konsisten?
* Jangan menggunakan rule of law secara selektif mengikut kepentingan politik atau siapa yang sedang menjadi subjek keputusan.
* Prinsip yang sama mesti terpakai kepada semua.

* Semua pihak, termasuk parti politik, pemimpin dan penyokong, hendaklah bertenang dan bertanggungjawab dalam memberikan pandangan.
* Kritikan politik boleh berlaku, tetapi jangan sampai mempertikaikan atau merendahkan institusi yang dijamin oleh Perlembagaan.
* Jangan memutarbelitkan fakta mengenai keputusan tersebut.
* Baca dan fahami keputusan berdasarkan fakta serta proses undang-undang, bukan berdasarkan sentimen politik.
jangan gunakan prinsip Perlembagaan dan rule of law secara terpilih mengikut kepentingan politik.

“Ini bukan soal menyokong individu semata-mata. Ini soal konsistensi kita menghormati Perlembagaan, institusi negara dan proses undang-undang.”

18/09/2026

TABUNG SOLIDARITI NAJIB RAZAK

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia,

Susulan perkembangan terkini, Ibu Pejabat UMNO memulakan langkah melaksanakan inisiatif YAB Presiden untuk melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.

Inisiatif YAB Presiden ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada Dato’ Sri Najib Razak yang banyak jasanya pada Negara.

Justeru, kepimpinan, ahli UMNO serta seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang secara s**arela mengikut kemampuan masing-masing melalui saluran rasmi berikut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun di bawah yang diseliakan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia:

Nama Akaun :
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

Nombor Akaun : 8604886094
Bank: CIMB ISLAMIC

Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan keikhlasan seluruh rakyat yang bersama dalam inisiatif ini.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
SETIAUSAHA AGUNG UMNO




18/09/2026

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor

Alhamdulillah, UMNO Johor menerima keputusan rasmi berkaitan pelaksanaan baki hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tahanan rumah dengan penuh kesyukuran, hati yang terbuka dan rasa hormat terhadap proses Perlembagaan negara.

Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Justeru, semua pihak wajar menghormati proses yang telah ditetapkan serta keputusan yang dibuat melalui saluran yang sah.

Pelaksanaan baki hukuman melalui tahanan rumah hendaklah difahami berdasarkan kedudukan undang-undang serta terma keputusan rasmi yang telah dikeluarkan. Ia tidak seharusnya disalah tafsir sebagai suatu pembebasan atau pembatalan sabitan. Datuk Seri Najib masih menjalani baki hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan.

UMNO Johor akan terus menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati proses Perlembagaan serta memelihara keharmonian, kestabilan dan kemuliaan institusi-institusi negara.

Sama-samalah kita bersikap matang dan bertanggungjawab dalam membincangkan perkara ini dengan sentiasa mengutamakan fakta, menghormati undang-undang serta memelihara kepentingan negara.

UMNO Johor turut menyambut baik inisiatif UMNO Malaysia untuk menyediakan Tabung Sumbangan bagi mereka yang ingin memberikan sokongan secara s**arela dalam membantu melunaskan denda yang dikenakan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

ONN HAFIZ GHAZI
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor

12/09/2026
09/09/2026

KENYATAAN MEDIA

1. UMNO kesal dengan kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan KDYMM Yang di-Pertuan Agong. Kuasa pengampunan ini adalah hak prerogatif Baginda yang termaktub jelas di dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sewajarnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

2. Jika PH boleh menyokong pengampunan yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau belum selesai menjalani hukuman penuh ketika itu, kenapa p**a piawaian yang berbeza perlu dikenakan kepada pihak lain?

3. Berbeza dengan PH, UMNO tidak berhasrat mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan atau menuntut apa-apa keputusan tertentu. Apa jua keputusan yang dibuat melalui proses yang sah hendaklah dihormati oleh semua pihak.

4. Tindakan terkini ini secara tidak langsung menyerlahkan ‘warna sebenar’ PH yang sudah beberapa kali meremeh dan mempertikai Institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik mereka. Ini jelas bertentangan dengan prinsip dan syarat yang telah disepakati bersama dalam perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.

5. UMNO kekal teguh mendukung institusi Yang di-Pertuan Agong serta kuasa-kuasa Baginda. Sebarang usaha bagi menekan atau menanam prasangka buruk secara langsung atau tidak langsung terhadap institusi ini adalah satu bentuk pengkhianatan kepada Perlembagaan dan negara.

DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI
9 SEPTEMBER 2026

06/09/2026

Selepas dilantik sebagai ahli lembaga pengarah YPIP, Marina dilantik wakil khas Sultan Ibrahim untuk hal ehwal Orang Asli

Rezeki bekas Ahli Dewan Negeri Skudai, Marina Ibrahim bertambah lagi apabila hari ini beliau dilantik sebagai wakil khas Yayasan Sultan Ibrahim untuk menjaga hal ehwal Orang Asli di negeri Johor.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelantikan Marina melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) adalah atas perkenan dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

"Baru-baru ini dengan perkenan dan titah Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Johor (Sultan Ibrahim), ada pegawai khas baharu selain Md Israk Abdullah iaitu Exco luar bandar yang menjaga kebajikan Orang Asli.

"Kebawah Duli Tuanku telah melantik Marina selaku pegawai yang akan menjaga kebajikan Orang Asli melalui YSIJ," katanya berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri BN Johor tidak memandang kepada politik kepartian—sebaliknya menilai kepada khidmat bakti yang cemerlang yang ditunjukkan oleh Marina sepanjang beliau menjadi ADUN Skudai.

Marina yang menyertai DAP pada 2017 merupakan bekas ADUN Skudai selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Beliau bagaimanapun mengumumkan tidak mempertahan kerusi itu pada PRN lepas dan berundur daripada arena politik.

Marina berundur dari politik selepas DAP pusat mahu memindahkan beliau dari DUN Skudai ke DUN Tiram, menyebabkan beliau merasa tawar hati dengan politik.

Marina menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah besar dan sedia untuk digalas, berbekalkan pengalaman luas dalam aktiviti s**arelawan bersama masyarakat Orang Asli sebelum ini.

Fokus utamanya untuk memastikan perubahan positif dapat dilaksanakan demi kesejahteraan komuniti berkenaan selain memperkasakan aspek pendidikan dan ekonomi mereka.

Inilah kematangan politik yang datang dari negeri Johor. Tatkala orang-orang partinya sendiri mengkritiknya kerana menentang dasar parti, parti lawan iaitu BN telah memberikan penghargaan tertinggi atas khidmat bakti beliau.

Semoga Marina Ibrahim dapat melaksanakan khidmatnya untuk memperkasa kedudukan orang asli di negeri Johor.

Address

No. 20, Tingkat 1, Jalan Kuning, Taman Pelangi
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

079310898

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO-Sekijang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMNO-Sekijang:

Shortcuts

Share