JKR Segamat

Call Directions Website Contact the organization

JKR Segamat Laman Rasmi Facebook JKR Segamat, Johor.

TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN SEWAAN MESIN FOTOSAT HITAM PUTIH DAN BERWARNA PEJABAT JKR SEGAMAT BAGI TEMPOH 24 BULAN (...
07/10/2026

TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN SEWAAN MESIN FOTOSAT HITAM PUTIH DAN BERWARNA PEJABAT JKR SEGAMAT BAGI TEMPOH 24 BULAN (1.1.2027 – 31.12.2028)

NO. SEBUTHARGA : JKRJ/SH/NEG/SGT/7/26

PEMERIKSAAN TRAFFIC MANAGEMENT PLAN (TMP)Pihak JKR Segamat telah menjalankan pemeriksaan Traffic Management Plan (TMP) b...
06/10/2026

PEMERIKSAAN TRAFFIC MANAGEMENT PLAN (TMP)

Pihak JKR Segamat telah menjalankan pemeriksaan Traffic Management Plan (TMP) bagi kerja-kerja penggantian paip yang rosak akibat banjir oleh pihak Ranhill SAJ di Jalan Labis - Muar (Felda Chemplak)

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan trafik, papan tanda keselamatan serta kawalan lalulintas di kawasan kerja berada dalam keadaan baik dan mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan.

🚧 Pemandu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, memperlahankan kenderaan dan mematuhi papan tanda serta arahan keselamatan ketika melalui kawasan kerja.

Utamakan keselamatan. Pandu Cermat, Selamat Sampai.





𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐂𝐇𝐀𝐀𝐇 𝐔𝐋𝐔, 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐅𝐓 𝟎𝟎𝟏 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 – 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒, 𝐒𝐄𝐊𝐒...
06/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐂𝐇𝐀𝐀𝐇 𝐔𝐋𝐔, 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐅𝐓 𝟎𝟎𝟏 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 – 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒, 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟏𝟒𝟕.𝟒𝟎, 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓

𝟎𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - Satu lawatan tapak telah diadakan di Jambatan Sungai Chaah Ulu, Jalan Persekutuan FT 001 Jalan Johor Bahru – Gemas, Seksyen 147.40, Daerah Segamat, bagi meneliti aduan berkaitan risiko laluan terputus apabila berlaku banjir besar. Lawatan ini turut disertai oleh ADUN Bekok, YB Tuan Tan Chong, Jurutera Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Segamat serta wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Segamat.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa jambatan tersebut berikutan kebimbangan bahawa kejadian banjir besar boleh menyebabkan laluan berkenaan terputus hubungan dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Untuk makluman, Jambatan Sungai Chaah Ulu yang terletak di Jalan Persekutuan FT 001 Jalan Johor Bahru – Gemas merupakan laluan utama bagi pengguna jalan raya dari arah Pantai Timur yang menuju ke selatan tanah air. Selain itu, laluan ini juga menjadi penghubung penting bagi penduduk setempat dalam menjalankan urusan harian.

Dalam lawatan tersebut, ADUN Bekok, YB Tuan Tan Chong telah mengutarakan cadangan agar jalan raya di Jambatan Sungai Chaah Ulu dinaikkan aras bagi mengurangkan risiko laluan terputus akibat banjir besar.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Segamat sentiasa komited dalam meneliti setiap aduan yang diterima serta mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran perjalanan, khususnya di laluan strategik yang menghubungkan Pantai Timur dengan selatan tanah air.





6 Oktober 2026 | IsninSatu lawatan tapak telah diadakan antara JKR Segamat (Unit fasiliti & Unit Elektrik), Wakil CKE Jo...
06/10/2026

6 Oktober 2026 | Isnin

Satu lawatan tapak telah diadakan antara JKR Segamat (Unit fasiliti & Unit Elektrik), Wakil CKE Johor dan Wakil Kontraktor di laluan FT 1382 Jalan Felda Tenang dan laluan FT 1383 Jalan Felda Kemelah, Daerah Segamat.

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi melaksanakan proses demarcation bagi kerja pemasangan lampu solar di jalan Felda di Daerah Segamat. Lawatan turut dihadiri oleh dua (2) Kontraktor yg dilantik bagi dua (2) kerja pemasangan lampu solar di jalan yang terlibat.

Kerja-Kerja Pembaikan Culvert Dan Longkang Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Laluan FT1386, Jalan Felda Pemanis, Seksye...
04/10/2026

Kerja-Kerja Pembaikan Culvert Dan Longkang Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Laluan FT1386, Jalan Felda Pemanis, Seksyen 10.00 - 13.00

Kerja-kerja di tapak sedang giat dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pembaikan longkang serta pemulihan dan pemasangan gabion di lokasi yang terlibat secara berperingkat bagi memastikan kestabilan dan fungsi saliran dipertingkatkan.

Kemajuan kerja: 30%

Tarikh pemeriksaan: 2 Oktober 2026

PEMANTAUAN DAN TINDAKAN TERHADAP PEMASANGAN PAPAN TANDA TANPA KEBENARAN DI RIZAB JALAN JKRPihak JKR Daerah Segamat telah...
02/10/2026

PEMANTAUAN DAN TINDAKAN TERHADAP PEMASANGAN PAPAN TANDA TANPA KEBENARAN DI RIZAB JALAN JKR

Pihak JKR Daerah Segamat telah menjalankan pemantauan terhadap pemasangan papan tanda promosi perniagaan yang didapati dipasang tanpa kebenaran di kawasan rizab jalan JKR di Jalan Persekutuan FT023 (Jalan Segamat–Muar).

Pemasangan papan tanda tersebut turut menimbulkan kebimbangan berikutan penggunaan warna yang menyerupai warna papan tanda keselamatan jalan raya, sekali gus berpotensi mengelirukan pengguna jalan raya serta menjejaskan aspek keselamatan lalu lintas.

Sehubungan itu, pihak JKR telah memberikan teguran dan mengeluarkan notis arahan kepada pengusaha kedai berkenaan supaya menanggalkan papan tanda tersebut bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Pihak JKR Daerah Segamat akan terus melaksanakan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kawasan rizab jalan tidak digunakan untuk pemasangan papan tanda tanpa kebenaran.





KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMANTAUAN INFRASTRUKTUR JALANJKR Daerah Segamat telah melaksanakan kerja-kerja pembaika...
01/10/2026

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMANTAUAN INFRASTRUKTUR JALAN

JKR Daerah Segamat telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan Amber Light serta membaiki kerosakan papan tanda jalan yang telah dilanggar oleh kenderaan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Dalam masa yang sama, pemeriksaan dan pemantauan turut dilaksanakan terhadap kerja-kerja pemasangan kabel oleh pihak utiliti Maxis bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan mematuhi spesifikasi dan kaedah pemasangan yang telah ditetapkan. Pemeriksaan mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap kaedah pemasangan kabel yang sepatutnya menggunakan kaedah Horizontal Directional Drilling (HDD), namun kerja-kerja pemasangan didapati hanya melalui longkang sedia ada.

Pihak JKR Daerah Segamat sentiasa komited dalam memastikan setiap kerja penyelenggaraan dan pemasangan utiliti dilaksanakan mengikut spesifikasi serta garis panduan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan pengguna dan memelihara infrastruktur jalan raya.





Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Laluan FT001 Jalan Senai - Gemas, Seksyen 197.50 - 1...
30/09/2026

Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Laluan FT001 Jalan Senai - Gemas, Seksyen 197.50 - 198.50, Segamat, Johor.
(Kampung Paya Luas, Batu Anam)

Kerja-kerja di tapak sedang giat dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pengorekan, penyediaan tapak dan pemasangan longkang secara berperingkat.

Kemajuan kerja : 25%

Tarikh pemeriksaan : 30 September 2026

29/09/2026
Assalamualaikum dan Salam Maju JohorProgram Gotong Royong   Jalan Angkat (PJA) Jabatan : Pejabat JKR Daerah SegamatTarik...
29/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor

Program Gotong Royong Jalan Angkat (PJA)
Jabatan : Pejabat JKR Daerah Segamat

Tarikh : 28 September 2026
Hari : Isnin
Lokasi : Jalan Bukit Hampar Segamat ( Jalan Angkat Zon E-10 )
Masa : 8.30 pagi hingga selesai
Penglibatan : 9 orang kakitangan.

Alhamdullillah, program bagi Bulan September 2026 telah dapat kami jalankan pada hari semalam.

Address

PEJABAT JURUTERA DAERAH, JABATAN KERJA RAYA (D) SEGAMAT, Jalan OMAR
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079314040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Segamat:

Shortcuts

Share