28/09/2026
๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐ข๐ก ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐
Selama, 28 September 2026 โ Semangat kesukanan dan kebersamaan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus diperkasa apabila Perlawanan Akhir Badminton Piala Phoenix Queen IPD Selama Tahun 2026 berlangsung dengan meriah di Dewan Besar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, hari ini.
Program anjuran IPD Selama itu turut dihadiri Supt. Ramzi bin Mahmudin, Ketua Polis Daerah Selama dan Puan Phoenix Queen Tiang Pei Ying, Rakan Strategik IPD Selama, selain barisan pegawai kanan, Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, pegawai, anggota serta ahli PERKEP Daerah Selama.
Penganjuran kejohanan ini menjadi wadah dalam memperkukuh semangat kekitaan, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai nilai kerja berpasukan dalam kalangan warga IPD Selama menerusi pendekatan santai dan sihat di luar tugasan harian.
Selain menggalakkan persaingan secara sihat, aktiviti sukan seumpama ini turut menyokong usaha PDRM dalam membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan cergas, sekali gus meningkatkan tahap kecergasan serta kesejahteraan warga pasukan.
Kemuncak program diserikan dengan perlawanan akhir yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, diikuti penyampaian hadiah kepada para pemenang sebagai penghargaan atas komitmen dan prestasi yang ditampilkan sepanjang kejohanan.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan, sekali gus mencerminkan semangat kekeluargaan serta keharmonian dalam kalangan warga IPD Selama.
IPD Selama merakamkan penghargaan kepada Puan Phoenix Queen Tiang Pei Ying selaku Rakan Strategik IPD Selama atas sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program berkenaan.
Penganjuran aktiviti seperti ini diharap dapat terus menjadi platform yang menyatukan warga pasukan, memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemarakkan budaya kerja berpasukan demi kecemerlangan perkhidmatan PDRM.
โPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ