AADK Hulu Langat

Directions Website

AADK Hulu Langat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Hulu Langat
Kementerian Dalam Negeri

 : Tiga penjawat awam antara 27 lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penju...
21/10/2026

: Tiga penjawat awam antara 27 lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penjualan dan pemprosesan daun serta air ketum hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Zainudin Abdullah berkata kesemua individu berusia antara 19 hingga 61 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pada 6 pagi sebelum dibawa ke Pejabat AADK Daerah Petaling untuk proses dokumentasi.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi setiap hari dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan menerima antara 30 hingga 50 pelanggan sehari.

Berita penuh:
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2623671



𝗔𝗔𝗗𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝟭𝟯𝟯 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨 𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗜𝗙 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗢𝗣𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥  : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan 133 indiv...
21/10/2026

𝗔𝗔𝗗𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝟭𝟯𝟯 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨 𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗜𝗙 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗢𝗣𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥

: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan 133 individu selepas disyaki positif dadah dalam Ops Perdana agensi itu di enam daerah di Selangor dari Isnin lepas hingga hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Zainudin Abdullah berkata operasi dijalankan hasil risikan AADK Selangor yang mengenal pasti kawasan belakang premis perumahan dan lokasi terpencil sebagai antara lokasi utama aktiviti penyalahgunaan dan urus niaga dadah, khususnya syabu serta he**in.

Beliau berkata aktiviti itu dikesan banyak berlaku antara 8 pagi hingga 10 malam dengan anggaran 30 hingga 60 individu mengunjungi lokasi terlibat untuk mendapatkan bekalan dadah setiap hari.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2623613

📸 fotoBERNAMA



KDN SOKONG PENUH PENDIRIAN KERAJAAN MADANI DEMI KESELAMATAN NEGARAKementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong penuh keputus...
21/10/2026

KDN SOKONG PENUH PENDIRIAN KERAJAAN MADANI DEMI KESELAMATAN NEGARA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong penuh keputusan Kerajaan MADANI melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi daripada risiko penyalahgunaan. Keselamatan maklumat serta kedaulatan negara perlu sentiasa menjadi keutamaan.

“Perlindungan maklumat Kerajaan dan data peribadi rakyat ialah keutamaan dalam mempertahankan keselamatan negara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Berdasarkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan tersebut mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Rakyat Malaysia turut disaran menghentikan penggunaan Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu, dengan mengambil kira aspek keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.

KDN mendukung pendirian tegas Kerajaan MADANI untuk menutup ruang penyalahgunaan maklumat yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat. Melindungi maklumat ialah tanggungjawab bersama demi memelihara kepentingan negara.

Maklumat terpelihara. Kedaulatan dipertahan.

Sumber: Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri, 21 Oktober 2026.

JENAYAH | Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan kadar penagihan serta penyalahgunaan dadah atau bahan terti...
21/10/2026

JENAYAH | Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan kadar penagihan serta penyalahgunaan dadah atau bahan tertinggi di negara ini berdasarkan statistik hingga Jun lalu, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh.

20/10/2026
20/10/2026

CABARAN MENANGANI TABIAT PENAGIHAN DAN KEPENTINGAN RAWATAN SUKARELA

Tiga orang Mentor Kepulihan berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai cabaran terbesar yang dihadapi dalam usaha menangani tabiat penagihan serta proses membina semula kehidupan selepas melalui fasa kepulihan.

Dalam sesi temu bual tersebut, mereka turut menyentuh persoalan yang sering menjadi perbincangan dalam masyarakat, iaitu sama ada pendekatan tangkapan atau kemasukan secara sukarela lebih berkesan dalam membantu seseorang keluar daripada belenggu penagihan.

Perkongsian pengalaman daripada mereka yang pernah melalui sendiri proses kepulihan memberikan perspektif yang lebih dekat dan realistik bahawa perubahan bukan sekadar bergantung kepada tindakan penguatkuasaan, sebaliknya turut memerlukan kesediaan individu untuk mengakui masalah, mendapatkan bantuan dan komited terhadap proses rawatan serta pemulihan.

Apa yang lebih utama, kepulihan bukan sekadar tentang bagaimana seseorang itu mendapatkan rawatan, tetapi sejauh mana individu tersebut mampu membina semula keyakinan diri, memutuskan kitaran penagihan dan kembali menjalani kehidupan yang lebih bermakna bersama keluarga serta masyarakat.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)





Luar negara boleh, kenapa Malaysia tak boleh? 🚩Isu g***a bukan sekadar 'trend'. Tapi, melibatkan perlembagaan dan kesela...
20/10/2026

Luar negara boleh, kenapa Malaysia tak boleh? 🚩

Isu g***a bukan sekadar 'trend'. Tapi, melibatkan perlembagaan dan keselamatan negara. Jadi tak peliklah kenapa Malaysia masih tak benarkan untuk penggunaan dadah secara berleluasa. Jadi, jangan sesekali terpedaya untuk mencuba, walaupun sekadar suka-suka. Kesan penyesalannya tak berbaloi dengan rasa ingin tahu itu. Jaga diri, jaga masa depan kita. ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



70% PENGHUNI PENJARA BERKAITAN DADAH: MEMUTUSKAN KITARAN JENAYAH DEMI KESELAMATAN NEGARAPenyalahgunaan dadah bukan sahaj...
20/10/2026

70% PENGHUNI PENJARA BERKAITAN DADAH: MEMUTUSKAN KITARAN JENAYAH DEMI KESELAMATAN NEGARA

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu, malah menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada pelbagai bentuk jenayah. Statistik menunjukkan kira-kira 70% penghuni penjara di Malaysia berkaitan dengan kesalahan dadah, sama ada sebagai pesalah yang telah disabitkan atau masih dalam tahanan reman. Realiti ini membuktikan bahawa usaha membanteras dadah merupakan langkah penting dalam mengurangkan kadar jenayah serta memperkukuh keselamatan negara.

70% PENGHUNI PENJARA BERKAITAN DADAH: MEMUTUSKAN KITARAN JENAYAH DEMI KESELAMATAN NEGARA

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu, malah menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada pelbagai bentuk jenayah. Statistik menunjukkan kira-kira 70% penghuni penjara di Malaysia berkaitan dengan kesalahan dadah, sama ada sebagai pesalah yang telah disabitkan atau masih dalam tahanan reman. Realiti ini membuktikan bahawa usaha membanteras dadah merupakan langkah penting dalam mengurangkan kadar jenayah serta memperkukuh keselamatan negara.

“Jika kita berjaya menyelesaikan masalah dadah, kita sebenarnya berjaya mengurangkan pelbagai bentuk jenayah lain. Dadah kekal sebagai musuh nombor satu negara dan usaha menanganinya memerlukan komitmen semua pihak.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement melalui kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia dan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memutuskan rantaian pengedaran dadah, mengurangkan kadar jenayah serta memperluaskan program rawatan dan pemulihan. Pendekatan menyeluruh ini bertujuan melindungi masyarakat, menyelamatkan lebih banyak nyawa dan membina masa depan negara yang lebih selamat serta sejahtera.

Sumber:
Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15, 23 Jun 2026.

PROGRAM PAMERAN AADK DI SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM) HULU LANGATAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat te...
20/10/2026

PROGRAM PAMERAN AADK DI SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM) HULU LANGAT

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat telah melaksanakan program pameran pendidikan dan pencegahan dadah di Sekolah Agama Menengah (SAM) Hulu Langat sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Pameran ini memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan jenis-jenis dadah, kesan penyalahgunaan dadah terhadap individu, keluarga dan masyarakat, serta kepentingan pencegahan awal dalam membendung masalah penyalahgunaan dadah.

Pegawai Pameran AADK Daerah Hulu Langat:

1. Puan Nurulhana binti Jali
2. En. Zulhajizi bin Asfar

Diharapkan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjauhi dadah serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam membina generasi yang sihat, berakhlak mulia dan bebas daripada ancaman dadah.

AADK – Lebih Baik Cegah!

Masalah Dadah? hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





REKOD TERTINGGI PENYALAHGUNAAN DADAH: KOMITMEN BERTERUSAN MEMERANGI DADAH SINTETIKTahun 2024 merekodkan sebanyak 192,857...
20/10/2026

REKOD TERTINGGI PENYALAHGUNAAN DADAH: KOMITMEN BERTERUSAN MEMERANGI DADAH SINTETIK

Tahun 2024 merekodkan sebanyak 192,857 kes penyalahgunaan dadah, iaitu angka tertinggi dalam tempoh tiga tahun. Statistik ini mencerminkan cabaran besar yang memerlukan tindakan menyeluruh melalui pendekatan Smart Enforcement, pendidikan, pencegahan, rawatan dan pemulihan bagi melindungi kesejahteraan rakyat serta memperkukuh keselamatan negara.

REKOD TERTINGGI PENYALAHGUNAAN DADAH: KOMITMEN BERTERUSAN MEMERANGI DADAH SINTETIK

Tahun 2024 merekodkan sebanyak 192,857 kes penyalahgunaan dadah, iaitu angka tertinggi dalam tempoh tiga tahun. Statistik ini mencerminkan cabaran besar yang memerlukan tindakan menyeluruh melalui pendekatan Smart Enforcement, pendidikan, pencegahan, rawatan dan pemulihan bagi melindungi kesejahteraan rakyat serta memperkukuh keselamatan negara.

“Ancaman dadah tidak boleh dipandang ringan. Kerajaan akan terus memperkukuh penguatkuasaan, memperluas usaha pencegahan dan memperkasakan pemulihan demi melindungi rakyat serta memastikan keselamatan negara terus terpelihara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta agensi berkaitan bagi memutuskan rantaian bekalan dadah, membanteras sindiket pengedaran dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Pendekatan menyeluruh ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membina sebuah negara yang lebih selamat, berdaya tahan dan bebas daripada ancaman dadah.

Sumber:
Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15, 23 Jun 2026.

Address

Selangor Darul Ehsan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share