20/10/2026
Nombor 5 paling orang tak cerita.
Ini 5 latar belakang Presiden PAS yang jarang orang nak cerita, min kongsikan sempena hari kelahiran beliau.
1. Kelahiran dan latar keluarga
- Dilahirkan pada 20 Oktober 1947 bersamaan 6 Zulhijjah 1366H di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.
- Dikenali dengan panggilan “Tuan Guru” dan “Ayah Chik” dalam kalangan pengikutnya.
2. Keturunan ulama dan tokoh masyarakat
- Susur galur keluarga sebelah bapa dan ibu terdiri daripada alim ulama, pendakwah, tokoh masyarakat dan aktivis politik di Terengganu.
- Moyang sebelah bapa, Haji Abdullah, pernah menjadi Hakim Mahkamah Hukum Islam di Pengadang Buloh, Terengganu sebelum kedatangan British.
- Datuk sebelah bapa, Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah, pernah bertugas sebagai Penghulu Daerah Mukim Rusila dan berguru dengan Sheikh Abdullah Tahir.
- Datuk sebelah ibu, Haji Yusuf, terlibat bersama Haji Abdul Rahman Limbong dalam penubuhan cawangan Sarekat Islam di Terengganu semasa penjajahan British.
3. Didikan agama daripada ayah
- Bapanya, Haji Awang, pernah dilantik sebagai Pengerusi Hizbul Muslimin negeri Terengganu, yang ditubuhkan pada Mac 1948.
- Haji Awang merupakan individu pertama yang memberikan didikan agama secara langsung kepada Abdul Hadi sebelum beliau melanjutkan pengajian ke peringkat rendah, menengah dan tinggi.
4. Pengaruh politik sejak kecil
- Haji Awang turut memberikan didikan politik kepada Abdul Hadi dan menjadi tempat rujukan masyarakat dalam hal politik.
- Rumah keluarga mereka menjadi tempat pertemuan dan perbincangan politik, serta dikunjungi tokoh politik seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy.
5. Perkahwinan dan keluarga
- Pada tahun 1976, berkahwin dengan Toh Puan Hajah Zainab Awang Ngah, yang berasal dari Kampung Rhu Dua, Terengganu, dan dikurniakan 11 orang anak.
- Pada tahun 1991, berkahwin dengan Dr. Norzita Taat, yang berasal dari Negeri Sembilan, dan dikurniakan tiga orang anak.
Tahniah berjaya habiskan bacaan 💪🏻