02/08/2026
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗥𝗘𝗟𝗔 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘 𝗜𝗣𝗗 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗢𝗥𝗡𝗔
Semporna | 31 Julai 2026 (Jumaat)
Penguasa Pegawai RELA Daerah Semporna, YBrs PgR Jailun Jakius telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Semporna, YDH Superintenden Tan Hiap Wah di Pejabat Ketua Polis Daerah Semporna.
Beliau turut diiringi oleh Penolong Pegawai Operasi, PPgKR Ridswan Abd. Salleh dan Penolong Pegawai Latihan, PPgKR Nurul Hassyerah Atiqah binti Hassan.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara RELA dan PDRM dalam memperkukuh aspek keselamatan serta kesejahteraan masyarakat di daerah Semporna.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan rondaan bersepadu RELA dan PDRM di kawasan-kawasan tumpuan mengikut keperluan operasi, penganjuran aktiviti sukan bersama bagi mengukuhkan hubungan antara agensi serta cadangan penglibatan anggota RELA dalam latihan seni mempertahankan diri yang dikendalikan oleh PDRM bagi meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan anggota.
Semoga jalinan kerjasama antara RELA dan PDRM terus diperkasakan demi memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.