Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah - Semporna

Directions Website

Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah - Semporna Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah - Semporna, Public & Government Service, Jalan Hospital, Kampung Panji, Semporna, Semporna.

Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah merupakan sebuah institusi pendidikan prasekolah di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang berfungsi sebagai platform pendidikan awal kanak-kanak dengan memberi penekanan terhadap pembangunan

26/09/2026

📣✨𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀! ✨📣

Di Tabika Perpaduan, pendidikan awal bukan hanya tentang mengenal huruf, nombor dan warna. Di sinilah anak-anak mula mengenali dunia, membina persahabatan dan belajar bahawa setiap perbezaan adalah sesuatu yang perlu dihargai. ❤️

Di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Tabika Perpaduan menyediakan ruang pembelajaran yang menyatukan anak-anak daripada pelbagai kaum dan latar belakang untuk belajar, bermain dan membesar bersama.

🎒 Pendaftaran kemasukan Tahun 2027 masih dibuka untuk yang berminat!

📹 Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendaftaran.

✨ Jom daftar anak anda ke Tabika Perpaduan! ✨
Link Pendaftaran: https://app.perpaduan.edu.my/daftar







🇲🇾🎨  𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍🎨🇲🇾Telah berlangsung Pertandingan Mewarna Peringkat Tabika Perpaduan Daerah Semporna Semp...
16/09/2026

🇲🇾🎨 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍🎨🇲🇾

Telah berlangsung Pertandingan Mewarna Peringkat Tabika Perpaduan Daerah Semporna Sempena Bulan Kemerdekaan 2026 pada hari ini, bersempena dengan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Rukun Tetangga Daerah Semporna. 🇲🇾✨

Seramai 10 orang murid telah mewakili Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah untuk menyertai pertandingan tersebut dengan penuh semangat dan keceriaan.

Dalam masa yang sama, murid-murid turut tampil mengenakan busana bertemakan kemerdekaan, menambahkan lagi suasana patriotik dan kemeriahan program.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penyertaan anak-anak.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis serta menyemai semangat cintakan negara, perpaduan dan patriotisme dalam diri anak-anak sejak usia dini. 🇲🇾❤️








🇲🇾 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾𝟏𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐚𝐛𝐮Kami seluruh warga Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah ingin mengucapkan ...
16/09/2026

🇲🇾 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾
𝟏𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐚𝐛𝐮

Kami seluruh warga Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. ❤️💙💛

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963, apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk sebuah negara Malaysia. 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan terus subur dalam diri kita, demi membina generasi yang saling menghormati dan mencintai negara.

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia milik kita bersama.

Ikhlas daripada,
Warga Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah








06/09/2026

𝐉𝐎𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐎𝐊 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐆𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀!😍❤️

Bukan selalu dapat pengalaman macam ni! 🥰✨
Jom kita throwback kembali Program Lawatan Sambil Belajar Peringkat Tabika Perpaduan Daerah Semporna yang penuh meriah 🥳

📸🎥 Selamat menonton & jangan lupa LIKE ❤️ dan SHARE!







🌫️ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 🌫️Keadaan jerebu yang semakin membimbangkan di beberapa kawasan di negeri Sabah memerlukan...
01/09/2026

🌫️ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 🌫️

Keadaan jerebu yang semakin membimbangkan di beberapa kawasan di negeri Sabah memerlukan perhatian dan tindakan daripada kita semua. Kualiti udara yang kurang baik boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya kepada kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengurangkan aktiviti di luar rumah, memastikan pengambilan air yang mencukupi, menggunakan pelitup muka yang sesuai apabila berada di luar serta memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).

🌿 “Jerebu mungkin sementara, tetapi kesihatan perlu dijaga sepanjang masa.”






📢 𝙋𝙀𝙈𝘼𝙆𝙇𝙐𝙈𝘼𝙉 𝘾𝙐𝙏𝙄 𝙋𝙀𝙍𝙎𝙀𝙆𝙊𝙇𝘼𝙃𝘼𝙉 📚🌷Sukacita dimaklumkan bahawa Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah akan bercuti mulai 31 Og...
31/08/2026

📢 𝙋𝙀𝙈𝘼𝙆𝙇𝙐𝙈𝘼𝙉 𝘾𝙐𝙏𝙄 𝙋𝙀𝙍𝙎𝙀𝙆𝙊𝙇𝘼𝙃𝘼𝙉 📚🌷

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah akan bercuti mulai 31 Ogos hingga 6 September 2026.

🏫 Sesi persekolahan akan bermula semula pada:
📅 7 September 2026 (Isnin)

Selamat bercuti buat semua anak-anak! 🥰
Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan aktiviti yang menyeronokkan dan masa berkualiti bersama keluarga. 🏡❤️

Jumpa kembali pada 7 September 2026! 🌸




🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 🇲🇾“Merdeka itu bukan sekadar laungan, tetapi semangat perpaduan, kasih say...
30/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 🇲🇾

“Merdeka itu bukan sekadar laungan, tetapi semangat perpaduan, kasih sayang dan cintakan tanah air yang perlu disemai sejak usia kanak-kanak.”

Seluruh warga Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa syukur atas nikmat keamanan dan keharmonian yang kita kecapi.

𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞, 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝘿𝙞𝙨𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙞.
𝘿𝙞𝙧𝙜𝙖𝙝𝙖𝙮𝙪 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖𝙠𝙪! 🇲🇾








🌸 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 / 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀  𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌸Telah berlangsung Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa / Penjaga di ...
28/08/2026

🌸
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 / 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌸

Telah berlangsung Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa / Penjaga di Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah. 🏫💖

Pertemuan ini merupakan satu platform penting untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara guru dengan ibu bapa / penjaga, di samping berkongsi perkembangan, pencapaian serta kemajuan anak-anak sepanjang berada di Tabika.

Melalui sesi interaksi ini, guru dan ibu bapa / penjaga dapat bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta berbincang tentang perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat sokongan dan bimbingan yang terbaik dalam proses pembelajaran dan perkembangan diri.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa / penjaga atas kehadiran, sokongan dan kerjasama yang diberikan. S





🎂✨𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨🎂Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Sambutan Majlis...
28/08/2026

🎂✨𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨🎂

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Sambutan Majlis Hari Jadi Murid bagi bulan Ogos di Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah. 🥳💕

Majlis ini diadakan bagi meraikan dan berkongsi kegembiraan bersama murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos. 🎈🎁

Semoga anak-anak yang diraikan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, menjadi anak yang soleh dan solehah, serta terus membesar menjadi insan yang ceria, bijak dan penuh kasih sayang. 🌸💖





🚒  𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀🚒Pada hari ini, murid-murid Tabika Perpaduan...
14/08/2026

🚒 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀
🚒

Pada hari ini, murid-murid Tabika Perpaduan Kampung Terusan Tengah telah menyertai Program Lawatan Sambil Belajar di Balai Bomba dan Penyelamat Semporna.

🗓 Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 11.30 pagi

Sepanjang lawatan, murid-murid telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti:

🔥 Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Pengenalan Alat Pemadam Api (APA)
🧯 Demonstrasi penggunaan Alat Pemadam Api (APA)
🚒 Pengalaman menaiki jentera bomba
💦 Aktiviti mandi air bersama anggota bomba

Program ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan keselamatan kebakaran, di samping mengenali tugas dan peranan anggota bomba. Wajah ceria dan semangat mereka sepanjang program menjadi kenangan yang cukup bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Balai Bomba dan Penyelamat Semporna atas sambutan yang mesra, perkongsian ilmu serta pengalaman yang sangat berharga buat anak-anak Tabika Perpaduan Daerah Semporna. ❤️





Address

Jalan Hospital, Kampung Panji, Semporna
Semporna
91308

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah - Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share