Unit Promosi Kesihatan Negeri Sembilan

Call Directions

Unit Promosi Kesihatan Negeri Sembilan Unit Promosi Kesihatan merupakan unit yang memberikan perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada masyarakat bertunjangkan kepada Kempen Cara Hidup Sihat

πŸ₯ JOM SERTAI POUND FIT @ BMSS! πŸ’ͺ🎢Nak bersenam sambil menikmati muzik yang rancak dan suasana yang menyeronokkan? Jom ser...
05/10/2026

πŸ₯ JOM SERTAI POUND FIT @ BMSS! πŸ’ͺ🎢

Nak bersenam sambil menikmati muzik yang rancak dan suasana yang menyeronokkan? Jom sertai Pound Fit @ BMSS sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Peringkat Negeri Sembilan 2026!

Pound Fit merupakan aktiviti senaman yang menggabungkan pergerakan kardio, latihan kekuatan dan muzik rancak menggunakan stik khas (drumstick). Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya menjadi pilihan menarik untuk anda kekal aktif sambil berseronok! πŸ”₯

πŸ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 4.30 – 5.30 petang
πŸ“ Mydin Mall Seremban 2

Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua! Jadi, ajak keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda untuk sama-sama turun padang, gerakkan badan dan nikmati pengalaman Pound Fit yang penuh tenaga. πŸ’ƒπŸ•Ί

πŸ“² Nak sertai? Mudah sahaja! Klik link dibawah :
https://tinyurl.com/Pound-Fit-2026
atau imbas QR Code pada poster dan daftar sekarang.

Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan Pound Fit @ BMSS β€” kita ketuk, kita bergerak, kita berpeluh dan paling penting, kita kekal sihat bersama! πŸ’™πŸ’›

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Cik Syafiqah – 011-16593704

Jom Pound Fit! Sihat, aktif dan penuh tenaga! πŸ₯πŸ”₯

πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ MALL WALKING @ BMSS  ✨Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam aktiviti Mall Walking @ BMSS, se...
05/10/2026

πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ MALL WALKING @ BMSS ✨

Jom luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam aktiviti Mall Walking @ BMSS, sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Peringkat Negeri Sembilan 2026.

Aktiviti ini merupakan peluang untuk kita sama-sama bergerak aktif, berjalan santai dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dalam suasana yang menyeronokkan. πŸ’ͺ🏻
Dan kali ini lebih menarik kerana kita bawakan TEMA RETRO! πŸ•ΊπŸ’ƒ

Jadi, keluarkan outfit retro anda, tampil dengan gaya paling sporting dan bersedia untuk memeriahkan suasana bersama peserta lain!

πŸ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 – 9.30 pagi
πŸ“ Mydin Mall Seremban 2

πŸ† Hadiah menarik menanti anda!
✨ Kategori Individu Paling Sporting
✨ Kategori Individu Mengikut Tema

Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua. Jadi, jangan tunggu lama-lama! Ajak keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda untuk sama-sama menyertai aktiviti ini. πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

πŸ“² Nak sertai? Mudah sahaja! Klik link dibawah :
https://tinyurl.com/Mall-Walking-2026
atau imbas QR Code pada poster dan lengkapkan pendaftaran anda.

Jom kita meriahkan Mydin Mall Seremban 2 dengan langkah yang sihat, semangat yang positif dan gaya retro yang paling bergaya! πŸ”₯

Satu langkah hari ini, satu langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat. πŸ’™πŸ’›

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Pn. Aini – 011-36012940

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) NEGERI SEMBILAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ β€œSIHAT ITU SAYA” ❀️Assalamualaikum dan salam...
05/10/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) NEGERI SEMBILAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
❀️ β€œSIHAT ITU SAYA” ❀️

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ayuh warga Negeri Sembilan! πŸŽ‰

Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan yang akan berlangsung di 8 lokasi di seluruh Negeri Sembilan bermula 8 Ogos hingga 31 Oktober 2026.

Sambutan ini merupakan satu platform untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, aktif dan sejahtera, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian. πŸ’ͺ🏻❀️

Pelbagai aktiviti dan inisiatif menarik akan dilaksanakan di setiap lokasi bagi menggalakkan penglibatan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦βœ¨

πŸ“ 8 lokasi, 8 tarikh, 1 semangat untuk Negeri Sembilan yang lebih sihat!

πŸ“Œ Jelebu – 8 Ogos 2026
πŸ“Œ Rembau – 22 Ogos 2026
πŸ“Œ Seremban – 26 September 2026
πŸ“Œ Port Dickson – 30 September 2026
πŸ“Œ Kuala Pilah – 3 Oktober 2026
πŸ“Œ Jempol – 11 Oktober 2026
πŸ“Œ Negeri Sembilan – 17 Oktober 2026
πŸ“Œ Tampin – 31 Oktober 2026

Jadikan kesihatan sebagai satu budaya dan amalan dalam kehidupan seharian. Mulakan dengan langkah kecil, lakukan secara konsisten dan ajak orang di sekeliling kita untuk turut sama mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. 🌱✨

πŸ’™ Sihat bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab kita bersama.
πŸ’™ Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita!

πŸ“’ Jom bersama-sama meriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2026 di Negeri Sembilan!

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT. INI BUKAN MASA UNTUK ALPA. Punca denggi mungkin ada lebih dekat daripada yang kita sangka, ...
05/10/2026

KES DENGGI SEDANG MENINGKAT. INI BUKAN MASA UNTUK ALPA.

Punca denggi mungkin ada lebih dekat daripada yang kita sangka, di pasu bunga, tayar terpakai, saluran air, bekas kecil atau mana-mana tempat yang boleh menakung air.

Sedikit air bertakung pun cukup untuk Aedes membiak.

Luangkan 10 minit setiap minggu untuk periksa kawasan rumah, cari dan musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Periksa hari ini, hapuskan Aedes sebelum terlambat.

Digigit atau dicakar haiwan? Luka nampak kecil, tetapi risikonya boleh jadi serius. Rabies boleh membawa maut jika tidak...
04/10/2026

Digigit atau dicakar haiwan? Luka nampak kecil, tetapi risikonya boleh jadi serius. Rabies boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

πŸ’¦ Cuci luka dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.
πŸ₯ Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.
⚠️ Jangan sentuh haiwan terbiar atau bangkai haiwan yang tidak diketahui punca kematiannya.
πŸ’‰ Pastikan haiwan peliharaan divaksin mengikut nasihat pihak veterinar.

Jangan tunggu sehingga bergejala. Bertindak segera, lindungi nyawa.

Jangan tunggu ada kes denggi di kawasan kita baru nak bertindak. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam bekas kecil yang menak...
04/10/2026

Jangan tunggu ada kes denggi di kawasan kita baru nak bertindak. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam bekas kecil yang menakung air

Luangkan 10 minit seminggu untuk cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di rumah dan kawasan sekitar.

βœ… Periksa pasu bunga
βœ… Tutup bekas air
βœ… Bersihkan palung air
βœ… Buang barang terpakai
βœ… Kosongkan bekas yang tidak digunakan

Satu bekas kecil pun cukup untuk jadi punca denggi.
Jom jadikan 10 minit seminggu sebagai rutin lindungi diri, keluarga dan komuniti.

Kes denggi masih dilaporkan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan. Denggi boleh berlaku di mana-mana jika ada tempat pe...
30/09/2026

Kes denggi masih dilaporkan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan. Denggi boleh berlaku di mana-mana jika ada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Luangkan 10 minit setiap minggu untuk:

🦟 Periksa kawasan rumah
🦟 Buang air bertakung
🦟 Tutup bekas simpanan air dengan sempurna

Jika ada simptom demam, sakit sendi atau ruam, segera dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Pencegahan adalah tanggungjawab bersama.
Tiada Aedes, Tiada Denggi.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.


Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan keluarga. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk:βœ… Ca...
19/09/2026

Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan keluarga. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk:

βœ… Cari tempat yang menakung air
βœ… Buang bekas yang tidak digunakan
βœ… Buang air bertakung
βœ… Sental permukaan bekas
βœ… Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik jika perlu
βœ… Tutup rapat bekas simpanan air

Tip mudah: Tetapkan satu hari setiap minggu, contohnya pada hujung minggu, supaya pemeriksaan rumah lebih mudah diingati dan diamalkan secara konsisten.

Jangan tunggu sehingga berlaku kes denggi di kawasan anda.

Hanya 10 minit tindakan anda setiap minggu boleh membantu melindungi seisi keluarga daripada risiko denggi.

Address

Sepang New Village

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067664997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share