Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Badan mengurus zakat, wakaf, pengurusan harta orang Islam dan kaunseling di Negeri Sembilan.
(1)

SANTUNI MANGSA BANJIR DI KAMPUNG TARUN  MAINS telah menyantuni mangsa banjir di Kampung Tarun dengan menyalurkan bantuan...
28/10/2026

SANTUNI MANGSA BANJIR DI KAMPUNG TARUN

MAINS telah menyantuni mangsa banjir di Kampung Tarun dengan menyalurkan bantuan set kecemasan bagi meringankan beban penduduk yang terjejas.

Bantuan disampaikan oleh ADUN Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin bersama Pegawai MAINS Cawangan Nilai, Pn. Che Som Omar. Setiap keluarga terjejas turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM300 daripada ADUN.

MAINS juga akan meneliti keperluan penduduk untuk mempertimbangkan bantuan tambahan yang bersesuaian.

Semoga bantuan ini memberikan kelegaan buat mangsa dan keluarga. Didoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Foto: MAINS (Cawangan Nilai)

______________________________

'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN MENYINARI KEHIDUPAN MEREKA YANG MEMERLUKAN'

πŸ”— KIRA, TUNAI & SEMAK ZAKAT ANDA:
https://www.mains.gov.my/online/utama.php

πŸ”— POTONGAN ZAKAT BULANAN:
https://www.mains.gov.my/borang/

πŸ”— ZAKAT SECARA DIRECT DEBIT:
https://infaqpay.my/go/mains-zakat

  3 | Bagi pesakit yang menjalani rawatan dialisis, setiap sesi rawatan merupakan sebahagian daripada usaha untuk terus ...
28/10/2026

3 | Bagi pesakit yang menjalani rawatan dialisis, setiap sesi rawatan merupakan sebahagian daripada usaha untuk terus menjalani kehidupan dengan tabah, meskipun berdepan cabaran kesihatan dan keperluan kewangan.

Atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan golongan yang memerlukan, MAINS telah meneruskan inisiatif Ziarah Dialisis dengan menyantuni 5 orang pesakit asnaf yang menjalani rawatan hemodialisis di UCSI Hospital Sdn Bhd pada hari ini.

Bantuan ini berjumlah RM1,500 yang disalurkan kepada para penerima, dengan setiap pesakit menerima RM300 bagi membantu meringankan beban kewangan sepanjang menjalani rawatan.

Sumbangan sempena ziarah telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan, En. Mohd. Hasni Zulkifle.

Foto | Berita: UMB/Sara

---

'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN MENYINARI KEHIDUPAN MEREKA YANG MEMERLUKAN'

πŸ”— KIRA, TUNAI & SEMAK ZAKAT ANDA:
https://www.mains.gov.my/online/utama.php

πŸ”— POTONGAN ZAKAT BULANAN:
https://www.mains.gov.my/borang/

πŸ”— ZAKAT SECARA DIRECT DEBIT:
https://infaqpay.my/go/mains-zakat

LAWATAN AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN KE PROJEK AGROEKONOMI DESA ALAM SHAH, KELANTANDelegasi Pegawai Kanan Agensi A...
28/10/2026

LAWATAN AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN KE PROJEK AGROEKONOMI DESA ALAM SHAH, KELANTAN

Delegasi Pegawai Kanan Agensi Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Projek Agroekonomi Desa Alam Shah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pagi ini sempena Persidangan Agensi Agama Islam Negeri Sembilan Kali Ketiga tahun ini.

Delegasi diketuai oleh Timbalan Pengerusi MAINS, Jen. (B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Shahrom Nordin dan telah disambut oleh Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Tn. Ahmad Hakim Harun.

Lawatan ini menjadi ruang perkongsian ilmu dan pengalaman mengenai pelaksanaan projek agroekonomi yang menggabungkan kemudahan kediaman, pertanian serta penternakan ikan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi asnaf.

Desa Alam Shah merupakan projek kerjasama MAIK bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) di bawah inisiatif Selangor Prihatin yang bermula pada 3 Mei 2016 dengan peruntukan RM8 juta. Projek seluas 39 ekar ini merangkumi kawasan perumahan, ladang pertanian dan tapak penternakan ikan, serta dilengkapi 29 buah rumah kediaman dan kemudahan pembangunan peserta.

Semoga perkongsian ini membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara agensi agama Islam serta mencetuskan idea baharu dalam usaha memperkasa ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan golongan asnaf.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIK atas sambutan mesra dan perkongsian yang diberikan.

Foto: UMB/Abu Aaesya


Bicara Dakwah, Kompleks as-Sa'adah MAINS akan diadakan pada Jumaat ini menampilkan Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dengan t...
28/10/2026

Bicara Dakwah, Kompleks as-Sa'adah MAINS akan diadakan pada Jumaat ini menampilkan Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dengan tajuk 'Jalan Pulang Kepada Allah'.
Insya-Allah, sarapan ringan dan makanan tengah hari disediakan untuk para penuntut ilmu yang hadir.


RM5 dapat berlari, dapat air dan roti, dapat e-sijil lagi, mana yang padu, dapat pingat boleh 'selfie', mana nak dapat '...
28/10/2026

RM5 dapat berlari, dapat air dan roti, dapat e-sijil lagi, mana yang padu, dapat pingat boleh 'selfie', mana nak dapat 'event' macam ini! Jom sertai Fun Run di masjid ikonik negara, Masjid Sri Sendayan sempena Karnival Khazanah Dunia di Jari, Bukan di Hati pada hari Sabtu ini!

Imbas kod QR untuk pendaftaran. Dengan yuran penyertaan hanya RM5, sumbangan anda akan disalurkan kepada Wakaf Tunai MAINS. Beriadah sambil berwakaf, alhamdulillah berbaloi dunia akhirat.

πŸ—“οΈ Sabtu, 31 Oktober 2026
πŸ“ Masjid Sri Sendayan
🀸 Senamrobik: 7.20 pagi
πŸƒ Fun Run: 7.40 pagi

Jom daftar dan ajak kawan-kawan sekali!


  2 | Di sebalik rutin rawatan dialisis, setiap pesakit mempunyai kisah dan cabaran tersendiri. Kehadiran insan yang men...
27/10/2026

2 | Di sebalik rutin rawatan dialisis, setiap pesakit mempunyai kisah dan cabaran tersendiri. Kehadiran insan yang mengambil berat diharapkan dapat menjadi sumber semangat untuk mereka terus tabah menjalani kehidupan.

Membawa hasrat ini, MAINS meneruskan Ziarah Dialisis hari ini dengan menyantuni 10 orang pesakit dalam kalangan orang awam dan asnaf yang menjalani rawatan hemodialisis di Pusat Dialisis DaVita, Rembau.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan, En. Mohg. Hasni Zulkifle, bersama Pengurus Operasi Serantau, En
Mohammad Hafiz Zaini.

Walaupun sumbangan ini tidak dapat menghapuskan kesakitan yang dilalui, semoga ia membantu menampung keperluan harian dan mengurangkan beban kewangan sepanjang menjalani rawatan.

Dalam ziarah ini, MAINS turut meluangkan masa untuk bertanya khabar dan mendengar perkongsian pesakit. Setiap pertemuan membawa pesan bahawa ada yang peduli, ada yang sudi mendengar dan ada yang bersama mereka mengharungi ujian.

Penghargaan kepada seluruh pembayar zakat atas kepercayaan yang terus diberikan kepada MAINS. Semoga zakat yang ditunaikan menjadi asbab hadirnya kelegaan dan harapan buat mereka yang memerlukan.

Foto | Berita: UMB/AinR

---

'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN MENYINARI KEHIDUPAN MEREKA YANG MEMERLUKAN'

KIRA, TUNAI & SEMAK ZAKAT ANDA:
https://www.mains.gov.my/online/utama.php

POTONGAN ZAKAT BULANAN:
https://www.mains.gov.my/borang

ZAKAT SECARA DIRECT DEBIT:
https://infaqpay.my/go/mains-zakat

  1 | Bagi sesetengah insan, rutin mingguan mereka bukan sekadar pergi bekerja atau menguruskan kehidupan seharian. Seba...
27/10/2026

1 | Bagi sesetengah insan, rutin mingguan mereka bukan sekadar pergi bekerja atau menguruskan kehidupan seharian. Sebaliknya, ada yang perlu meluangkan berjam-jam menjalani rawatan dialisis demi meneruskan kehidupan.

Di sebalik setiap sesi rawatan, tersimpan pelbagai kisah perjuangan. Ada yang diuji dengan keterbatasan fizikal, ada yang bergelut dengan kekangan kewangan, namun tetap tabah meneruskan kehidupan dengan penuh harapan.

Menyedari cabaran yang dilalui, MAINS telah mengadakan ziarah menyantuni pesakit asnaf yang menjalani rawatan hemodialisis di Caring Synergy Dialysis Centre, Senawang dan D'Kasih Seremban Jaya.

Seramai 34 orang pesakit asnaf menerima sumbangan sebanyak RM300 seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10,200.

Mungkin nilainya tidak mampu menghilangkan kesakitan yang ditanggung, namun diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan serta memberikan kelegaan kepada mereka yang sedang berjuang menghadapi ujian kesihatan.

Lebih daripada sekadar menyampaikan bantuan, ziarah ini menjadi ruang untuk MAINS mendekati, bertanya khabar dan menyampaikan mesej bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi ujian kehidupan.

Terima kasih kepada seluruh pembayar zakat yang terus memberikan kepercayaan kepada MAINS. Semoga setiap ringgit zakat yang ditunaikan menjadi asbab hadirnya kelegaan, kekuatan dan sinar harapan buat mereka yang memerlukan.

Foto | Berita: UMB/Sara

__________

'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN MENYINARI KEHIDUPAN MEREKA YANG MEMERLUKAN'

πŸ”— KIRA, TUNAI, SEMAK ZAKAT ANDA:
https://www.mains.gov.my/online/utama.php
πŸ”— POTONGAN ZAKAT BULANAN:
www.mains.gov.my/borang/
πŸ”— ZAKAT SECARA DIRECT DEBIT:
https://infaqpay.my/go/mains-zakat

27/10/2026

Dua buah pusat dialisis di Senawang iaitu Pusat Dialisis Caring Synergy dan D'Kasih menjadi tempat rawatan untuk 34 orang pesakit yang menerima bantuan zakat. MAINS telah menziarahi mereka bagi menyantuni dan melihat keperluan terkini.

Terima kasih pembayar zakat.

  PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAKAnak-anak s**a mewarna? Jom sertai Pertandingan Mewarna Kanak-kanak sempena Karnival K...
27/10/2026

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

Anak-anak s**a mewarna? Jom sertai Pertandingan Mewarna Kanak-kanak sempena Karnival Khazanah Dunia di Jari, Bukan di Hati!

Penyertaan percuma dan terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Tempat terhad kepada 100 peserta terawal, jadi jangan lepaskan peluang!

πŸ—“οΈ Sabtu, 31 Oktober 2026
πŸ•‘ 2.00 petang
πŸ“ Ruang Legar Masjid Sri Sendayan

Peserta perlu membawa peralatan sendiri. Pensel warna sahaja dibenarkan dan masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ialah 60 minit.

Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar. Daftar sekarang, tempat terhad!


  Dahulu, En. Azman bekerja di Ipoh untuk menyara keluarga. Namun, sejak kesihatannya merosot pada Mac lalu, beliau dibe...
27/10/2026

Dahulu, En. Azman bekerja di Ipoh untuk menyara keluarga. Namun, sejak kesihatannya merosot pada Mac lalu, beliau diberhentikan kerja dan pulang ke kampung. Kini, ibunya yang berusia hampir 80 tahun menjaga beliau yang menghidap kanser hati tahap empat serta kanser usus.

Isterinya yang tinggal berjauhan mencari rezeki sebagai anggota RELA dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan. Dengan tiga orang anak yang masih dalam tanggungan, keluarga ini merancang untuk kembali tinggal bersama di Rembau pada penghujung November nanti.

En. Azman kini bergantung pada susu formula yang disarankan doktor pakar serta memerlukan lampin pakai buang untuk kegunaan harian.

Bagi meringankan beban mereka, MAINS telah hadir menyantuni dan menyampaikan sumbangan wang tunai. Keluarga ini turut akan dipertimbangkan untuk bantuan bulanan dan perubatan bagi mendapatkan sokongan lanjut.

Terima kasih para pembayar zakat. Dalam ujian yang dilalui keluarga ini, zakat anda hadir membawa harapan.

Foto: MAINS (Daerah Rembau)

---

'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN MENYINARI KEHIDUPAN MEREKA YANG MEMERLUKAN'

KIRA, TUNAI & SEMAK ZAKAT ANDA:
https://www.mains.gov.my/online/utama.php

POTONGAN ZAKAT BULANAN:
https://www.mains.gov.my/borang

ZAKAT SECARA DIRECT DEBIT:
https://infaqpay.my/go/mains-zakat

Address

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga
Sepang New Village
70100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:30 - 16:45
Thursday 08:30 - 16:45
Friday 08:30 - 16:45

Telephone

+6067651402

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share