21/10/2026
[21 Oktober 2026]
Mewakili penduduk Kampung Mukim Labu Daerah Sepang memenuhi jemputan Jamuan Teh Diraja bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor bertempat di Istana Alam Shah, Klang.
Sebagai wakil penduduk Kampung Mukim Labu, jemputan ini merupakan satu penghormatan tertinggi dalam menzahirkan taat setia kepada institusi beraja di Selangor.
Sembah tahniah diucapkan sempena 25 tahun pemerintahan baginda. Semoga DYMM Sultan Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat, kesihatan, dan keafiatan untuk terus menaungi rakyat jelata.