25/10/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐
๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐
๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Telah berlangsung Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Mahasiswa Negara Zon Tengah yang melibatkan barisan kepimpinan mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berlangsung selama 3 hari 2 malam, kursus ini menggabungkan pengisian dalam dan luar dewan bagi memperkukuh kefahaman mahasiswa terhadap sejarah Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas pembentukan jati diri serta penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI.
Selain memperkasa kefahaman kenegaraan, kursus ini turut memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran kepimpinan dan pengurusan konflik sebagai persediaan melahirkan barisan pelapis pemimpin yang berwibawa di universiti, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
Majlis Penutup dirasmikan oleh YBrs. Encik Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.
Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini menjadi bekalan kepada para mahasiswa untuk terus memahami negara, mencintai pertiwi dan tampil sebagai pemimpin muda yang berintegriti, berdaya tahan serta berpaksikan nilai-nilai Malaysia MADANI.