Pejabat Pertanian Daerah Sepang

Call Directions Contact the organization

Pejabat Pertanian Daerah Sepang Halaman Rasmi Jabatan Pertanian Daerah Sepang

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸณJabatan Pertanian...
03/09/2026

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

Jabatan Pertanian Negeri Selangor kini membuka permohonan Insentif Projek Pembangunan Pertanian Tahun 2027 kepada usahawan tani yang berminat dan berkelayakan.

Para usahawan tani di Negeri Selangor dialu-alukan untuk merebut peluang ini dalam usaha memperkasa sektor agromakanan serta memperkukuh pembangunan industri pertanian negeri.

Permohonan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

โ–ถ๏ธ Projek Tanaman (Individu)
https://qr.me-qr.com/wgb4etpe

โ–ถ๏ธ Projek Tanaman (Kelompok)
https://qr.me-qr.com/gzmmonty

โ–ถ๏ธ Projek Industri Asas Tani (IAT)
https://qr.me-qr.com/q6bo649j

๐Ÿ“Œ Semua permohonan akan dinilai berdasarkan terma, syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

๐Ÿ—“๏ธ ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ: ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah berdasarkan lokasi projek dijalankan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

28/08/2026

๐Ÿ“ฎ ๐ƒ๐€๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐๐Ž๐’๐Š๐€๐ƒ ๐„๐Š๐’๐Š๐‹๐”๐’๐ˆ๐… ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan poskad eksklusif MAHA 2026 dan lengkapkan koleksi kenangan anda di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ Lokasi setem:
โ€ข Motherbooth KPKM (Dewan A)
โ€ข Pavilion KPKM
โ€ข Laman Nanas
โ€ข Laman Veterinar

๐Ÿ“ธ Dapatkan poskad, lengkapkan rekaannya dan abadikan pengalaman anda di MAHA 2026!

๐Ÿ—“๏ธ 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
โฐ 10 pagi โ€“ 10 malam
๐Ÿ“ MAEPS, Serdang

Jom meriahkan MAHA 2026 dan cipta kenangan istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan!





28/08/2026
28/08/2026

Siapa kata pertanian tak boleh FUN dan FUTURISTIK? ๐ŸŽฎ๐ŸŒพ

Jom kenali Agrovator @ Sekolah โ€” inisiatif pembelajaran teknologi pertanian digital berasaskan gamifikasi yang direka khas untuk melahirkan bakat muda dalam dunia pertanian!

Dibawakan khas menerusi Program Digital AgTech oleh KPKM dan MDEC, untuk ANDA, para usahawantani masa depan!

Apa yang menarik di sini?

Belajar Sambil 'Gaming': Fahami konsep pertanian pintar melalui pendekatan gamifikasi yang interaktif.

Latihan & Modul Amali: Pengalaman praktikal secara hands-on untuk mengasah bakat digital pelajar.

Pendedahan Awal: Memupuk minat generasi muda terhadap teknologi agromakanan masa depan.

Bawa anak-anak dan rakan-rakan sekolah anda untuk merasai sendiri pengalaman belajar pertanian moden!

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Hall C (Agritech), MAEPS Serdang, Selangor

"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"





28/08/2026

๐Ÿ”ฅ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ”ฅ

MAHA 2026, ekspo agromakanan terbesar di Asia Tenggara, kembali membuka tirai secara rasmi mulai hari ini! Pelbagai tarikan, inovasi, pengalaman serta aktiviti menarik menanti pengunjung untuk diterokai bersama keluarga dan rakan-rakan.

๐Ÿ“… 28 Ogos โ€“ 6 September 2026
โฐ 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

Ayuh hadir beramai-ramai dan jangan lupa ajak keluarga serta rakan-rakan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan MAHA 2026, pelbagai pengalaman menarik menanti anda!

Kita jumpa di MAHA 2026! ๐ŸŒพโœจ





28/08/2026

JOM SERTAI AKTIVITI MENARIK DI LAMAN AGRO-FOOD FLORIKULTUR
Kunjungan anda ke MAHA 2026 pasti lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti interaktif dan berinformasi di Magica Garden.
๐ŸŽฒ Permainan Dam Nematod IAS
Kenali ancaman nematod asing invasif melalui permainan yang menyeronokkan.
๐Ÿ“… 28 Ogos 2026
โฐ 2.00 petang โ€“ 4.00 petang
Amali Setting Spesimen Serangga Teknik Awetan Kering
Pelajari teknik penyediaan dan pengawetan serangga untuk tujuan koleksi serta kajian.
๐Ÿ“… 1 September 2026
โฐ 4.00 petang โ€“ 6.00 petang
Amali Membuat Rantai Kunci Kaedah Resin
Hasilkan rantai kunci unik menggunakan spesimen tumbuhan herbarium.
๐Ÿ“… 3 September 2026
โฐ 11.00 pagi โ€“ 1.00 petang
Jangan lepaskan peluang menimba ilmu, mencuba sendiri dan membawa pulang pengalaman menarik bersama kami
๐Ÿ“ Laman Agro-Food Florikultur, MAHA 2026


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Expo MAHA

28/08/2026
25/08/2026

Pelan Keseluruhan MAHA 2026..

๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (Khamis)๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJa...
20/08/2026

๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (Khamis)

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Kecergasan dan Semarak Kemerdekaan Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tahun 2026 bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam, dengan penyertaan seramai 220 orang warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

Program ini merupakan antara inisiatif Jabatan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, di samping membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan serta menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga kerja.

Program telah disempurnakan oleh Pengarah Pertanian Negeri Selangor, diiringi oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).

Semoga semangat kemerdekaan yang disemarakkan terus menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja yang sihat, cergas, berintegriti dan berdaya saing, serta terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69








17/08/2026

Address

Tingkat 1, Bangunan Tun Aziz, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387061099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Sepang:

Shortcuts

Share