02/10/2026
PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN ANAK PEGAWAI RENDAH POLIS OLEH PERKEP SEPANG.
Pada 01 Oktober 2026 jam lebih kurang 1045 hrs YDH Tuan ACP Norhizam bin Bahaman, Ketua Polis Daerah Sepang bersama isteri YBhg. Puan Nor Aidah binti Abdul Hamid, Pengerusi PERKEP Sepang telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke atas adik Nur Anisa Fatiya binti Mohd Fadzrin di alamat No. 31, Jalan BES 4/10, Bandar Sri Ehsan, Banting, Selangor.
Turut hadir DSP Mohd Basirul Hapi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang, ASP Zarina binti Zailani, Setiausaha PERKEP Sepang dan (7) orang daripada Biro dan AJK PERKEP Sepang.
Adik Nur Anisa Fatiya binti Mohd Fadzrin, berumur 5 tahun merupakan anak kepada Kpl. 195323 Mohd Fadzrin bin Bakarudin daripada Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda mengidapi Kanser Tisu otot tahap 4.
Lawatan kebajikan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang PERKEP kepada ahli keluarga warga Pegawai Polis PDRM yang sedang mengalami masalah kesihatan. Ia juga bertujuan mengeratkan ikatan silaturahim serta memberi sokongan moral kepada pesara dan keluarga.
Namun Allah S.W.T lebih menyayangi adik Nur Anisa Fatiya binti Mohd Fadzrin. Beliau telah meninggal dunia pada 02/10/2026 jam lebih kurang 0247 hrs dikediamannya.
Warga PERKEP Sepang mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga atas pemergian adik Nur Anisa Fatiya binti Mohd Fadzrin.
Urusan pengkebumian di jangka sebelum jumaat 02/10/2026 jam 1030 hrs di Tanah Perkuburan Islam RTB Banting, Selangor.
Ψ§ΩΩΩΩΩΩΩΩΩ
ΩΩ Ψ§ΨΊΩΩΩΨ±Ω ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΨ§Ψ±ΩΨΩΩ
ΩΩΩΨ§ ΩΩΨΉΩΨ§ΩΩΩΩΨ§ ΩΩΨ§ΨΉΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩΩΨ§
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia."
Al-Fatihah (dibaca).