Puspen Serdang Kedah

Call Directions Website

Puspen Serdang Kedah Berkenaan lawatan keluarga boleh lihat di pinned post dekat profile . Membaca amalan mulia 👇🏻

21/09/2026

☕ KURSUS ASAS BARISTA PUSPEN SERDANG ☕

Hari ini telah berlangsung Kursus Asas Barista di PUSPEN Serdang sebagai salah satu usaha memperkasa kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang penyediaan minuman berasaskan kopi.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengetahuan asas tentang kopi, teknik penyediaan minuman serta tatacara dan kemahiran barista yang betul. Selain meningkatkan kemahiran praktikal, kursus ini turut menjadi ruang untuk peserta berinteraksi, bekerjasama dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai satu nilai tambah dalam proses pemulihan, pembentukan sahsiah serta persediaan menghadapi kehidupan selepas menjalani rawatan dan pemulihan.



Tuan Pengarah sudi menjadi khatib dan imam pada hari ini.Semoga setiap bait nasihat, teguran dan ilmu yang disampaikan b...
18/09/2026

Tuan Pengarah sudi menjadi khatib dan imam pada hari ini.
Semoga setiap bait nasihat, teguran dan ilmu yang disampaikan bukan sekadar singgah di telinga tetapi menusuk kedalam kalbu, menyentuh hati setiap penghuni dan staf yang hadir.
Moga apa yang disampaikan menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperbaiki diri, mendekatkan hati pada Allah dan membawa perubahan dalam kehidupan🤲🏻

🇲🇾 PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Peringkat PUSPEN Serdang, KedahTanggal 15 September 2026 men...
15/09/2026

🇲🇾 PENUTUP BULAN KEBANGSAAN & SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Peringkat PUSPEN Serdang, Kedah

Tanggal 15 September 2026 menjadi detik penuh bermakna apabila PUSPEN Serdang mengadakan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2026, sebagai kemuncak kepada pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menghayati erti kemerdekaan, antaranya Pertandingan Melukis Sepanduk, Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan, Pentomin, Sajak Kemerdekaan serta Perbarisan dan Kawad Kaki. 🇲🇾

Lebih daripada sekadar pertandingan dan persembahan, setiap aktiviti yang dilaksanakan menjadi wadah untuk memupuk disiplin, membina semangat berpas**an, mencungkil kreativiti serta menyemai rasa cinta dan sayang terhadap tanah air.

Dalam perjalanan menuju kepulihan, nilai-nilai seperti disiplin, tanggungjawab, kerjasama dan semangat tidak mudah menyerah menjadi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan. Semangat kemerdekaan p**a mengingatkan bahawa setiap insan mempunyai peluang untuk memerdekakan diri daripada belenggu masa lalu dan membina kehidupan yang lebih baik.

🇲🇾 Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi berani membebaskan diri, membina masa depan dan memilih jalan kehidupan yang lebih bermakna.

Semoga semangat yang disemai sepanjang Bulan Kebangsaan ini terus mekar dalam sanubari seluruh warga PUSPEN Serdang — menjadi insan yang lebih berdisiplin, lebih bersemangat dan lebih menghargai tanah air tercinta.

Malaysia, Tanah Airku.
Malaysia, Kebanggaanku.
Semangat Merdeka, Pemangkin Kepulihan. 🇲🇾❤️







🌹 HARUMAN KASIH, JAMBA­NGAN BUDI 🌹Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, tidak semua perpisahan mampu membawa per...
14/09/2026

🌹 HARUMAN KASIH, JAMBA­NGAN BUDI 🌹

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, tidak semua perpisahan mampu membawa pergi kenangan yang telah terukir bersama.

PUSPEN Serdang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat En. Asdi Misrun dan En. Zainol Arif atas segala jasa, bakti, komitmen, pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga PUSPEN Serdang, Kedah.

Banyak yang telah dilalui bersama — saat s**a dan duka, susah dan senang, gelak tawa serta cabaran yang ditempuhi dalam melaksanakan amanah. Setiap kebaikan, nasihat, tunjuk ajar dan kehadiran tuan-tuan telah menjadi sebahagian daripada warna dalam perjalanan kita sebagai sebuah keluarga di PUSPEN Serdang.

Mungkin selepas ini langkah kita tidak lagi seiring seperti dahulu, namun kenangan tetap akan menjadi jambatan yang menghubungkan hati.

Perginya tuan-tuan bukan sekadar meninggalkan ruang kosong di tempat kerja, tetapi turut meninggalkan jambangan budi yang akan sentiasa harum dalam ingatan. Jasa yang ditabur mungkin tidak mampu dibalas dengan kata-kata, namun akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Andai sepanjang kebersamaan ini ada tutur kata yang tersalah, gurauan yang terlebih atau kekhilafan yang tidak disengajakan, kami susun sepuluh jari memohon kemaafan.

Semoga lembaran baharu yang bakal dilalui membawa lebih banyak kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan. Teruslah melangkah dengan yakin, kerana di mana sahaja tuan-tuan berada, insya-Allah budi dan jasa akan sentiasa dikenang.

jasa tuan-tuan kekal dalam ingatan. 🌹

> Harum melati di tepi perigi,
Mekar berseri di waktu pagi;
Walau berpisah membawa diri,
Jasa dan budi kekal di hati.

Pergi ke pekan membeli suasa,
Singgah sebentar di hujung laman;
Terima kasih atas segala jasa,
Menjadi kenangan sepanjang zaman. 🌹



10/09/2026
09/09/2026
🇲🇾 JIWA MERDEKA 2026 | PUSPEN SERDANG 🇲🇾Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi berani membebaskan diri ...
08/09/2026

🇲🇾 JIWA MERDEKA 2026 | PUSPEN SERDANG 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi berani membebaskan diri daripada belenggu masa lalu dan memilih jalan menuju kehidupan yang lebih baik.

Semangat Jiwa Merdeka 2026 di PUSPEN Serdang diterjemahkan melalui keberanian para penghuni menyertai pelbagai pertandingan, mencungkil kreativiti, menggilap bakat serta memberikan usaha dan komitmen terbaik dalam setiap aktiviti.

🔥 Semangat kemerdekaan semakin terasa apabila setiap pas**an antara asrama tampil dengan semangat juang, kerjasama dan persaingan yang sihat. Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya keberanian untuk mencuba, kesungguhan untuk berusaha dan keupayaan untuk bangkit bersama menjadi kemenangan yang lebih bermakna.

💪 Setiap idea yang dicetuskan, setiap usaha yang dicurahkan dan setiap langkah yang diambil adalah sebahagian daripada proses memerdekakan diri menuju kepulihan.

🌺 Dari keberanian lahir keyakinan.
Dari usaha lahir perubahan.
Dari kepulihan lahir kehidupan baharu.

🇲🇾 Jiwa Merdeka, Semangat Membara, Kepulihan Diperkasa!




27/08/2026

KENYATAAN MEDIA: KEJADIAN KELARIAN PENGHUNI PUSPEN DENGKIL

KAJANG, 27 OGOS 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin memaklumkan telah berlaku kelarian melibatkan dua orang penghuni di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Sepang.

Kedua-dua suspek melarikan diri dari kawasan PUSPEN dan mencuri sebuah kenderaan dari sebuah kampung berdekatan dengan pusat pemulihan tersebut. Walau bagaimanapun, kenderaan yang dicuri suspek telah berjaya ditemui pihak AADK di Beranang dan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Usaha mengesan dan menangkap kedua-dua suspek sedang giat dijalankan secara menyeluruh oleh pihak AADK dengan kerjasama PDRM.

Pada masa sama, siasatan dalaman secara menyeluruh dijalankan serta-merta bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk meneliti sebarang unsur kecuaian atau ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP). AADK akan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud kecuaian dalam kalangan kakitangan yang terlibat.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan suspek diminta segera menghubungi pejabat AADK terdekat atau melaporkan melalui talian hotline TeleHello AADK bernombor 1-800-22-2235 atau menerusi Aplikasi Whatsapp di talian 019-626 2233.

Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

KementerianDalamNegeri




MalaysiaMADANI
KDN_TogetherWeAreOne

🗂️ BENGKEL PELUPUSAN FAIL DAN REKOD KERAJAAN PUSPEN SERDANGPUSPEN SERDANG, 24 Ogos 2026 — Unit Pentadbiran, PUSPEN Serda...
25/08/2026

🗂️ BENGKEL PELUPUSAN FAIL DAN REKOD KERAJAAN PUSPEN SERDANG

PUSPEN SERDANG, 24 Ogos 2026 — Unit Pentadbiran, PUSPEN Serdang telah menganjurkan Bengkel Pelupusan Fail dan Rekod Kerajaan bertempat di Bilik Mesyuarat PUSPEN Serdang, bermula jam 9.00 pagi.

Bengkel ini dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman dan kecekapan warga kerja dalam pengurusan rekod kerajaan, di samping memastikan setiap urusan pelupusan fail dilaksanakan secara teratur, sistematik dan mematuhi peraturan serta pekeliling yang berkuat kuasa.

Antara pengisian utama bengkel merangkumi pendedahan berkaitan kaedah mengenal pasti rekod yang sesuai untuk pelupusan, tatacara serta prosedur pelupusan rekod kerajaan, pemahaman terhadap pekeliling terkini dan strategi mengoptimumkan ruang penyimpanan rekod secara lebih efisien.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Arkib Negara Malaysia Kedah dan Perlis, iaitu:

🔹 Encik Mohd Nazri bin Baharuddin
🔹 Puan Daslila binti Mohd Dahlan

Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh kompetensi warga kerja PUSPEN Serdang dalam aspek tadbir urus rekod yang cekap, telus dan sistematik, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti serta berintegriti.

Pengurusan rekod yang sistematik, cerminan tadbir urus yang berintegriti.

Address

PUSPEN SERDANG, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Serdang
09800,SERDANG,KEDAH,

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044076284

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Serdang Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share