Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan

Call Directions

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

๐ŸŽ‰ Join the online launching of   Campaign 2026!โœจThis yearโ€™s theme: โ€œSide effects - donโ€™t ignore them, report them!โ€ ๐Ÿ’Š๐Ÿ“… 2...
19/10/2026

๐ŸŽ‰ Join the online launching of Campaign 2026!
โœจThis yearโ€™s theme: โ€œSide effects - donโ€™t ignore them, report them!โ€ ๐Ÿ’Š
๐Ÿ“… 28 October 2026 (Wednesday)
โฐ 3.00 โ€“ 4.00 pm
๐Ÿ“ Online (https://npra.gov.my/medsafetyweek/)
โœจ Donโ€™t miss the special CME session by NPRA on medicine safety. Participants will receive an e-certificate ๐Ÿ…!
๐Ÿ“ฒ Save the date, spread the word and join us live!
Together, we can help make medicines safer.

19/10/2026

Ubat-Ubatan Bagi Pengurusan Gejala Parkinson ๐Ÿ’Š

Artikel ini disediakan oleh Dr. Nur Azra binti Mohamad Pauzi, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Parkinson, yang dinamakan bersempena dengan Dr. James Parkinson, ialah penyakit neurodegeneratif progresif yang menjejaskan sistem saraf, khususnya bahagian otak yang mengawal pergerakan. Penyakit ini merupakan penyakit neurodegeneratif kedua paling lazim selepas penyakit Alzheimer. Penyakit Parkinson lebih kerap berlaku dalam kalangan individu berumur 60 tahun ke atas dan lebih lazim dalam kalangan lelaki. Walau bagaimanapun, golongan yang lebih muda juga boleh mengalaminya. Punca sebenar penyakit Parkinson masih belum diketahui sepenuhnya.

Faktor genetik dianggarkan menyumbang kepada kira-kira 10 hingga 15 peratus kes, manakala pendedahan kepada faktor persekitaran tertentu, termasuk racun perosak dan kecederaan kepala, turut dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit ini. Penyakit Parkinson berlaku apabila sel saraf yang menghasilkan dopamin di dalam otak mengalami kemerosotan secara beransur-ansur. Dopamin ialah neurotransmiter yang memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan.

Gejala penyakit Parkinson terbahagi kepada gejala motor dan bukan motor. Kekurangan dopamin menyebabkan isyarat yang mengawal pergerakan badan terganggu, lalu mencetuskan gejala motor penyakit Parkinson. Perubahan lain dalam sistem saraf p**a boleh menyumbang kepada gejala bukan motor.

Gejala motor utama ialah pergerakan yang menjadi perlahan atau bradikinesia, kekakuan otot dan geletar (tremor) ketika anggota badan sedang berehat. Pada peringkat awal, gejala biasanya bermula pada sebelah badan dan mungkin kekal lebih ketara pada bahagian tersebut walaupun kedua-dua belah badan akhirnya terjejas. Gangguan keseimbangan dan risiko untuk jatuh p**a lazimnya berlaku apabila penyakit menjadi semakin serius.

Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit mengalami geletar. Sesetengah pesakit mungkin lebih dahulu menyedari perubahan seperti langkah yang semakin pendek, kesukaran memulakan pergerakan, tulisan yang semakin kecil atau mengambil masa yang lebih lama untuk melakukan aktiviti harian.

Selain itu, pesakit juga boleh mengalami gejala bukan motor seperti kemurungan, keresahan, sembelit, pening ketika berdiri, gangguan tidur, kesukaran berfikir dan halusinasi. Pesakit turut berisiko mengalami masalah berkaitan pembuangan air kecil seperti kerap membuang air kecil, terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil dan sukar menahan air kencing. Gejala-gejala ini kadangkala memberikan kesan yang lebih besar terhadap fungsi harian dan kualiti hidup pesakit berbanding gejala motor.

๐”๐›๐š๐ญ-๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ฌ๐จ๐ง
Pemilihan ubat perlu disesuaikan dengan jenis gejala, tahap gangguan terhadap aktiviti harian, umur, fungsi kognitif serta keadaan kesihatan setiap pesakit. Ubat-ubatan yang tersedia pada masa ini tidak dapat menyembuhkan penyakit Parkinson atau menghentikan perkembangannya, tetapi boleh membantu mengurangkan gejala dan mengekalkan keupayaan pesakit untuk menjalani aktiviti harian.

Rawatan biasanya dimulakan apabila gejala mula mengganggu pergerakan, pekerjaan atau urusan harian pesakit. Doktor lazimnya memulakan rawatan dengan dos yang rendah sebelum meningkatkannya secara beransur-ansur sehingga kesan yang dikehendaki tercapai. Pendekatan ini membantu mengurangkan risiko kesan sampingan kerana tindak balas terhadap ubat boleh berbeza antara pesakit.

Beberapa jenis ubat digunakan untuk mengawal gejala motor penyakit Parkinson, sama ada sebagai rawatan tunggal atau secara gabungan. Antara ubat yang biasa digunakan termasuklah:

i. Levodopa
Levodopa ialah ubat yang paling berkesan untuk mengawal gejala seperti bradikinesia dan kekakuan otot serta boleh membantu mengurangkan geletar pada sesetengah pesakit. Setelah sampai ke otak, levodopa ditukarkan kepada dopamin, sekali gus membantu menggantikan kekurangan dopamin yang berlaku akibat penyakit Parkinson.

Levodopa lazimnya digabungkan dengan carbidopa atau benserazide. Bahan ini mengurangkan penguraian levodopa sebelum ubat tersebut sampai ke otak. Gabungan berkenaan membolehkan lebih banyak levodopa sampai ke otak untuk memberikan kesan, di samping mengurangkan kesan sampingan seperti loya dan muntah.

ii. Agonis dopamin
Contoh ubat daripada kump**an agonis dopamin termasuklah bromocriptine, pramipexole, ropinirole dan piribedil. Ubat-ubatan ini bertindak secara langsung pada reseptor dopamin untuk meniru kesan dopamin di dalam otak. Ubat dalam kump**an ini boleh digunakan sebagai rawatan awal bagi sesetengah pesakit atau secara kombinasi dengan levodopa untuk membantu memanjangkan tempoh kawalan gejala.

Walau bagaimanapun, agonis dopamin boleh menyebabkan rasa mengantuk, pening ketika berdiri, kekeliruan dan halusinasi. Dalam sesetengah kes, agonis dopamin juga boleh menyebabkan gangguan kawalan impuls seperti peningkatan keinginan seksual dan makan secara berlebihan.

iii. Perencat monoamine oxidase-B (MAO-B)
Ubat daripada kump**an perencat MAO-B, seperti selegiline, bertindak dengan mengurangkan penguraian dopamin di dalam otak.

iv. Perencat catechol-O-methyltransferase (COMT)
Perencat COMT, seperti entacapone, digunakan bersama-sama levodopa untuk melambatkan penguraiannya dan memanjangkan tempoh kesan setiap dos.

v. Ubat antikolinergik
Ubat antikolinergik seperti benzhexol boleh membantu mengurangkan geletar. Namun begitu, penggunaannya terhad kepada pesakit tertentu kerana ubat ini boleh menyebabkan mulut kering, sembelit, penglihatan kabur, kesukaran membuang air kecil, kekeliruan dan gangguan daya ingatan. Risiko tersebut perlu diberikan perhatian khusus, terutamanya dalam kalangan pesakit warga emas.

vi. Amantadine
Amantadine digunakan untuk mengurangkan gejala motor yang dialami oleh pesakit. Selain itu, ubat ini juga dapat membantu mengurangkan diskinesia, iaitu pergerakan tidak terkawal yang boleh berlaku akibat rawatan dopaminergik.

๐๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š
Pesakit dan penjaga perlu memberikan perhatian kepada rawatan sokongan seperti fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan, aktiviti fizikal yang sesuai dan sokongan pemakanan. Aktiviti seperti berjalan kaki, menari, hidroterapi, latihan regangan dan latihan rintangan boleh dilakukan mengikut kemampuan pesakit untuk membantu mengekalkan pergerakan, kekuatan otot dan keseimbangan. Terapi cara kerja p**a membantu pesakit terus melakukan aktiviti harian seperti berpakaian, makan dan menjaga kebersihan diri, manakala terapi pertuturan dapat menyokong keupayaan berkomunikasi.

Ahli keluarga dan penjaga juga memainkan peranan penting dengan memberikan sokongan emosi, bantuan praktikal dan galakan supaya pesakit kekal terlibat dalam aktiviti harian. Pendekatan ini melengkapkan rawatan ubat-ubatan serta membantu pesakit mengekalkan kebolehan berdikari dan kualiti hidup.

Keberkesanan rawatan Parkinson turut bergantung pada kepatuhan pesakit terhadap pelan rawatan yang ditetapkan. Pesakit perlu mengambil ubat mengikut dos dan waktu yang ditetapkan serta tidak mengubah atau menghentikan rawatan tanpa berbincang dengan doktor atau ahli farmasi. Hal ini penting kerana ketidakpatuhan terhadap pengambilan ubat boleh menyebabkan gejala muncul semula dan menjadi lebih sukar dikawal. Pesakit atau penjaga juga harus memaklumkan sebarang kesan sampingan seperti rasa mengantuk yang berlebihan, pergerakan tidak terkawal, perubahan tingkah laku atau halusinasi supaya rawatan dapat dinilai semula.

Sebagai kesimp**an, rawatan penyakit Parkinson perlu disesuaikan mengikut gejala dan keadaan setiap pesakit. Kepatuhan terhadap pengambilan ubat, disokong oleh rawatan bukan ubat, dapat membantu mengawal gejala. Perbincangan antara pesakit, penjaga dan ahli profesional kesihatan juga penting untuk mengenal pasti rawatan yang optimum dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit.

19/10/2026
๐Ÿ“ข ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐“๐Ž๐‹๐€๐Š ๐”๐๐€๐“ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐’๐€๐‡ (๐“๐Ž๐๐š๐“๐’) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‚๐Œ๐‡ ๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹๐ˆ๐’๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐Pada 17 Oktober 2026, satu sesi pameran ...
19/10/2026

๐Ÿ“ข ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐“๐Ž๐‹๐€๐Š ๐”๐๐€๐“ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐’๐€๐‡ (๐“๐Ž๐๐š๐“๐’) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‚๐Œ๐‡ ๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹๐ˆ๐’๐“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐

Pada 17 Oktober 2026, satu sesi pameran kesedaran bertemakan Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) telah berjaya dilaksanakan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sembilan di CMH Specialist Hospital, Seremban.

Terima kasih atas sambutan yang hangat dan mengujakan dari semua pengunjung dan warga CMH yang hadir.

Pihak Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak CMH Specialist Hospital Seremban atas jemputan dan kerjasama yang erat dalam menjayakan Kempen Tolak Ubat Tidak Sah di Negeri Sembilan.

๐Ÿšข ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“: ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐” ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐ŸšขPORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 - Cawangan Peng...
19/10/2026

๐Ÿšข ๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“: ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐๐ˆ๐๐“๐” ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐Ÿšข

PORT DICKSON, 16 OKTOBER 2026 - Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Sembilan bersama-sama dengan Datin Shuhaila Binti Ayob, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Port Dickson berorientasikan pengukuhan kerjasama strategik antara agensi.

Sesi ini dihadiri oleh pegawai kanan JKDM iaitu Tuan Saifitry bin Ahmad (Ketua Kastam Daerah), Puan Nurhetynuraini binti Mat Yaโ€™acob, Tuan Tengku Zulhanna bin Tengku Zainal Abidin dan Tuan Fazrin bin Ahmad serta anggota JKDM yang lain.

Sesi perbincangan inter-agensi ini memfokuskan kepada:
๐Ÿ“Œ Perkongsian maklumat mengenai undang-undang serta polisi-polisi terkini berkaitan kawalan di pintu masuk.
๐Ÿ“Œ Memperkukuhkan kerjasama antara Cawangan Penguatkuasaan Farmasi dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
๐Ÿ“Œ Kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS).

Pertemuan ini berjaya memperkukuh sinergi dan pakatan strategik antara kedua-dua belah pihak dalam usaha mengetatkan kawalan di pintu masuk negeri menjamin keselamatan serta kualiti produk kesihatan yang memasuki pasaran.

16/10/2026
โœจ๐Ÿ“š ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐Š๐‘๐ˆ๐ ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ & ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ (๐‘&๐ƒ) ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐…๐€๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Sebagai usah...
08/10/2026

โœจ๐Ÿ“š ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐Š๐‘๐ˆ๐ ๐Š๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ & ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ (๐‘&๐ƒ) ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐…๐€๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Sebagai usaha meningkatkan keupayaan penyelidikan dan penulisan ilmiah dalam kalangan warga Farmasi Negeri Sembilan, Bengkel Penulisan Manuskrip Kajian R&D telah diadakan bagi memberi pendedahan dan bimbingan dalam menghasilkan manuskrip kajian yang berkualiti.

๐Ÿ“… Tarikh: 8 Oktober 2026
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Alamanda, JKNNS

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Penceramah:
En. Sivaraj A/L Raman
Pegawai Farmasi UF14,
IHSR, NIH

๐Ÿ‘ฅ 26 orang peserta telah menyertai bengkel ini, melibatkan 15 tajuk kajian R&D yang telah selesai dijalankan.

๐ŸŒŸ Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kesungguhan dan komitmen dalam memperkasa kemahiran penyelidikan dan penulisan ilmiah, semoga hasil kajian dapat diketengahkan melalui penerbitan yang memberi nilai tambah kepada perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan.

๐Ÿ–คโค๏ธ๐Ÿ’›

โœจ๐Ÿ“š ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐Š๐‘๐ˆ๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐€๐†๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐…๐€๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ“šโœจBagi memperkukuhkan lagi...
07/10/2026

โœจ๐Ÿ“š ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐Š๐‘๐ˆ๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐€๐†๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐…๐€๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ“šโœจ

Bagi memperkukuhkan lagi penulisan ilmiah dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga Farmasi Negeri Sembilan, Bengkel Penulisan Manuskrip Projek Kualiti telah diadakan sebagai platform untuk memperkasakan kemahiran penulisan dan pendokumentasian hasil projek kualiti.

Tarikh: 7 Oktober 2026
Tempat: Bilik Alamanda, JKNNS

๐Ÿง•Penceramah
Pn. Fathimah Azzahrah binti Kamaludin
Pegawai Farmasi UF14,
Klinik Kesihatan Pasir Panjang

๐Ÿ‘ฅ 28 orang peserta telah menyertai bengkel ini, melibatkan 14 projek kualiti yang merangkumi:

๐Ÿ’ก Projek Inovasi
๐Ÿค KIK (Kump**an Inovatif dan Kreatif)
๐Ÿ“Š QA (Quality Assurance)
๐Ÿฅ Clinical Audit

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen dalam memperkukuh kemahiran penulisan serta mendokumentasikan hasil projek kualiti secara lebih sistematik dan berimpak.

Semoga usaha ini terus menyokong pembudayaan kualiti dan inovasi dalam perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan.

๐Ÿ–คโค๏ธ๐Ÿ’›

โœจ๐‚๐”๐‚๐”๐Š ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐”๐“๐ˆ๐‡: ๐๐„๐‘๐๐€๐‹๐Ž๐ˆ ๐Š๐€๐‡? โœจSatu sesi siaran langsung yang amat berinformatif menerusi slot ๐ˆ-๐Œ๐ž๐๐ข๐ค ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ๐Ÿ๐ฆ (sec...
05/10/2026

โœจ๐‚๐”๐‚๐”๐Š ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐”๐“๐ˆ๐‡: ๐๐„๐‘๐๐€๐‹๐Ž๐ˆ ๐Š๐€๐‡? โœจ

Satu sesi siaran langsung yang amat berinformatif menerusi slot ๐ˆ-๐Œ๐ž๐๐ข๐ค ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ๐Ÿ๐ฆ (secara Radio Live & YouTube Live) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar! ๐ŸŽ™๏ธ๐Ÿ“ป

Sesi ini menampilkan ๐๐ง. ๐“๐ž๐ž ๐Œ๐ž๐ž ๐Š๐ข๐ฆ, Pegawai Farmasi dari ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐š๐ญ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐…๐š๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง, bersama pengendali siaran yang beraspirasi, ๐ƒ๐‰ ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐€๐ณ๐ข๐ณ๐ข ๐’๐ก๐š๐ก๐ซ๐ข๐ฅ.

Antara pendedahan & pengisian penting yang dikongsikan:
๐Ÿ’ก ๐“๐ซ๐ž๐ง๐ ๐–๐ก๐ข๐ญ๐ž๐ง๐ข๐ง๐  ๐ƒ๐ซ๐ข๐ฉ: Mengupas isu ketaksuban kecantikan kulit melalui suntikan dos tinggi Vitamin C dan Glutathione.
๐Ÿ’ก ๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง: Pendedahan terperinci mengenai bahaya dan kesan sampingan suntikan ini terhadap organ dalaman.
๐Ÿ’ก ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ: Seruan mesra tetapi tegas agar masyarakat tidak terpedaya dengan trend kecantikan segera yang berisiko tinggi.

Ingat, pastikan produk kesihatan termasuk kosmetic dan rawatan yang anda pilih mendapat kelulusan sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jangan korbankan kesihatan anda demi kecantikan yang sementara! ๐Ÿšซ๐Ÿ’‰

Terima kasih diucapkan kepada pihak RTM, dan semua yang menjayakan siaran ini. ๐Ÿ‘๐ŸŒŸ

KURSUS PEMANTAPAN SOFT SKILLS PETUGAS DI KAUNTER FARMASI SIRI 2/202622โ€“23 September 2026 | Bilik Alamanda, JKN Negeri Se...
30/09/2026

KURSUS PEMANTAPAN SOFT SKILLS PETUGAS DI KAUNTER FARMASI SIRI 2/2026
22โ€“23 September 2026 | Bilik Alamanda, JKN Negeri Sembilan

Seramai 38 orang petugas kaunter farmasi Negeri Sembilan telah menyertai Kursus Pemantapan Soft Skills Siri 2/2026 yang diadakan selama dua hari. Pelbagai aktiviti interaktif dan menarik telah dilaksanakan bagi memperkukuh kemahiran komunikasi, interpersonal serta pengendalian situasi di kaunter secara profesional dan berhemah.

๐Ÿ‘ Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang diberikan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

๐Ÿ’™ Komunikasi Berkesan โ€ข Perkhidmatan Berkualitiโ€ข Teamwork

Address

Jabatan Kesihatan Negeri Jalan Rasah, Seremban Darul Khusus
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067664800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share