Penjara Seremban

Call Directions

Penjara Seremban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Seremban, Jalan Muthucumaru, Seremban.

LATIHAN KAWAD KAKI KONTINJEN PERBARISAN PENJARA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026Pada 26 Ogos 2026 sehingga 30 Ogos 2026 Penjar...
27/08/2026

LATIHAN KAWAD KAKI KONTINJEN PERBARISAN PENJARA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

Pada 26 Ogos 2026 sehingga 30 Ogos 2026 Penjara Negeri Sembilan telah mengadakan latihan kawad kaki Kontinjen Perbarisan Penjara Negeri Sembilan sebagai persediaan menghadapi acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Sembilan.
Latihan ini menjadi medan memperkemas displin, kekemasan dan semangat berpasukan, di samping memastikan kontinjen Penjara Negeri Sembilan tampil penuh bersemangat dan berprestij pada sambutan yang bakal berlangsung 31 Ogos 2026.
Semoga segala latihan dan persediaan yang dilaksanakan membuahkan hasil serta membolehkan kontinjen Penjara Negeri Sembilan tampil dengan penuh cemerlang, displin dan semangat patriotik pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026.

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 1448H/2026 🌙Warga Penjara Negeri Sembilan turut bersama-sama memeria...
27/08/2026

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 1448H/2026 🌙

Warga Penjara Negeri Sembilan turut bersama-sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1448H/2026 sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap program keagamaan yang dianjurkan di peringkat negeri.

Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi ruang untuk kita menghayati sirah, meneladani akhlak mulia serta menyemarakkan semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia.

Semoga penghayatan Maulidur Rasul menjadi pemangkin untuk kita terus mengamalkan nilai kasih sayang, persaudaraan, amanah dan akhlak mulia dalam kehidupan serta pelaksanaan tugas seharian.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

DIALOG BULANAN BERSAMA KAKITANGAN PENJARA SEREMBAN BAGI BULAN OGOS 2026 DAN CERAMAH AMBANG KEMERDEKAAN  SEMPENA HARI KEB...
20/08/2026

DIALOG BULANAN BERSAMA KAKITANGAN PENJARA SEREMBAN BAGI BULAN OGOS 2026 DAN CERAMAH AMBANG KEMERDEKAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE-69

Pada 19 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah diadakan Dialog Bulanan bersama kakitangan Penjara Seremban. Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat serta kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan Ceramah Ambang Kemerdekaan yang bertajuk *'Aku Kasih Malaysia'* yang disampaikan oleh Akademi Kenegaraan Negeri Sembilan. Ceramah tersebut memberikan pengisian yang bermanfaat dengan menekankan kepentingan menghayati sejarah perjuangan - perjuangan kemerdekaan. Bagi menambahkan lagi kemeriahan satu sesi kuiz melalui aplikasi Kahoot turut diadakan. Sesi ini bagi menguji pengetahuan peserta berkaitan sejarah dan kemerdekaan Malaysia. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Kuiz Kahoot sebagai tanda penghargaan.

Selesai ceramah majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Sembilan, bakti setia Lagu Jalur Gemilang dan aktiviti mengibarkan jalur gemilang untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik semua Kakitangan Penjara Seremban . Majlis diteruskan lagi dengan Dialog Bulanan bersama PKP Zulfakri Bin Ahmad Pengarah Penjara Seremban. Turut diadakan acara penyampaian anugerah prestasi cemerlang serta penyampaian anugerah personaliti cemerlang bagi bulan Jun tahun 2026 dan dan sijil penghargaan di atas kerjasama dalam pembenterasan artikel larangan di Penjara Seremban. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama-sama semua anggota kakitangan yang hadir.

LAWATAN TAPAK BAGI TUJUAN TINJAUAN LOKASI PENGGAMBARAN DI PENJARA SEREMBAN  Pada 05 Ogos 2026 (Rabu) Penjara Seremban te...
20/08/2026

LAWATAN TAPAK BAGI TUJUAN TINJAUAN LOKASI PENGGAMBARAN DI PENJARA SEREMBAN

Pada 05 Ogos 2026 (Rabu)
Penjara Seremban telah menerima Lawatan daripada Indigo Films Sdn.Bhd yang sedang dalam perancangan penggambaran filem bertajuk ‘ BOH’ dan berhasrat untuk menggunakan beberapa lokasi di Penjara Seremban sebagai salah satu lokasi penggambaran.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT 10,000 LANGKAH & KIBAR BENDERA SEMPENA AMBANG KEMERDEKAAN TAHUN 2026Pada 12 Ogos 2026 (Rabu) be...
14/08/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT 10,000 LANGKAH & KIBAR BENDERA SEMPENA AMBANG KEMERDEKAAN TAHUN 2026

Pada 12 Ogos 2026 (Rabu) bermula 2.40 petang bertempat di Taman Tasik Seremban Negeri Sembilan Unit Latihan Penjara Seremban telah melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat 10,000 Langkah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan budaya sihat dalam kalangan warga kerja Penjara Seremban. Penglibatan seramai 70 orang yang bertugas Giliran Awal, Giliran Pejabat dan kakitangan awam.
Program ini adalah selaras dengan arahan Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang menekankan pelaksanaan aktiviti sihat secara berkala dan berterusan. Penglibatan amat digalakkan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan.
Lebih bermakna lagi,program ini turut disemarakkan dengan aktiviti mengibar Jalur Gemilang bersempena Ambang Kemerdekaan Tahun 2026 sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dan penghargaan terhadap erti kemerdekaan.

LATIHAN MENEMBAK PENJARA SEREMBAN TAHUN 2026Penjara Seremban telah mengadakan latihan menembak selama 2 hari bermula 04 ...
06/08/2026

LATIHAN MENEMBAK PENJARA SEREMBAN TAHUN 2026
Penjara Seremban telah mengadakan latihan menembak selama 2 hari bermula 04 Ogos 2026 dan 05 Ogos 2026 (Selasa dan Rabu) untuk pegawai dan anggota Penjara Seremban, Pejabat Pengarah Negeri Sembilan dan Pusat Reintegrasi Mantin bertempat di lapang sasar mantin, Negeri Sembilan.
Latihan ini dijalankan bagi mengulangkaji cara-cara menembak dan pengendalian senjata api agar dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan kepada setiap pegawai dan anggota institusi.
Sebelum latihan kemahiran menembak bermula,setiap pegawai diberikan taklimat undang-undang senjata api, tatacara pengendalian dan langkah keselamatan senjata api. Latihan ini dikendalikan oleh Unit Amra Penjara Seremban bersama Unit Latihan yang diketuai oleh Insp. Nor Adli bin Bonandir. Semua jurulatih bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan semasa latihan dijalankan agar latihan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Senjata api yang digunakan Pistol Semi Auto CZP- 10, R***e M16 A2, R***e Beretta ARX160, SMG MKE MP 5 A3, SMG HK MP5 A3,Pump Gun Wi******er, Pump Gun Mossberg. Pegawai Pemerintah Gerakan adalah TPP Mohd Suhaimi bin Muhamad.
Pihak Insitusi merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dapat mencapai objektif untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan dalam mengendalikan senjata api semasa bertugas yang melibatkan pengiringan seperti yang telah ditetapkan di dalam peraturan, Prosedur dan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara. Kursus berakhir dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi bergambar.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM)   Pada 27 Julai 2026 (Isnin) Penjara Seremban telah...
06/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM)

Pada 27 Julai 2026 (Isnin)
Penjara Seremban telah menerima lawatan daripada Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang disambut mesra oleh Pengarah Penjara Seremban PKP Zulfakri bin Ahmad, PP Mohd Azman bin Nabar @ Romin Timbalan Pengarah dan pegawai kanan Penjara Seremban. Tujuan lawatan ini bagi menyampaikan taklimat berkaitan peranan, fungsi serta usaha memperkukuh semangat kenegaraan dan jati diri dalam kalangan masyarakat. Selain sesi taklimat, turut diadakan sesi soal jawab bersama anggota Penjara Seremban. Sesi ini memberi peluang kepada para anggota untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci. Selain itu, lawatan ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi dan untuk memperkenalkan barisan pengurusan Penjara Seremban, menjalinkan hubungan yang lebih erat, serta membincangkan peluang kerjasama dalam pelaksanaan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

PROGRAM SANTAI MALAM BERSAMA KELUARGA PENJARA SEREMBAN TAHUN 2026Pada 24 Julai 2026 (Jumaat) Penjara Seremban telah meng...
30/07/2026

PROGRAM SANTAI MALAM BERSAMA KELUARGA PENJARA SEREMBAN TAHUN 2026

Pada 24 Julai 2026 (Jumaat) Penjara Seremban telah mengadakan Program Santai Malam bersama keluarga yang bermula seawal 3.30 petang. Program ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan menyemai kasih sayang serta memberi ruang kepada keluarga dalam suasana yang lebih mesra dan bermakna.
Pengisian menarik telah disediakan sepanjang program. Pada sebelah petang, anak-anak yang hadir teruja menikmati Soppa Doppa sekali gus menceriakan suasana dengan gelak ketawa dan kegembiraan mereka.
Menjelang malam, program diteruskan dengan ceramah kekeluargaan yang menyentuh tentang pentingnya kasih sayang komunikasi yang baik serta peranan keluarga dalam membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Khalilullah bin Hamdan Ustaz Jakim Penjara Seremban dan En. Shahariman bin Mamat Pegawai Psikologi Penjara Seremban serta Moderator Insp. Mohd Shahrul Amir bin Mohd Idrus. Majlis diteruskan dengan jamuan makan yang disediakan oleh pihak pengurusan secara gotong royong yang diketuai oleh Insp. Ammeree bin Muhammad dan acara potong kek sempena anggota yang menyambut kelahiran pada bulan Julai bersama PKP Zulfakri bin Ahmad Pengarah Penjara Seremban, PP Mohd Azman bin Nabar @ Romin Timbalan Pengarah, TPP Mohd Suhaimi bin Muhamad Timbalan Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara Seremban, TPP Mohammad Rosmanizam bin Roslan Timbalan Bahagian Korektif Penjara Seremban. Sebagai penutup program, keluarga dihiburkan dengan tayangan wayang pacak yang bukan sahaja memberikan hiburan santai malam mencipta kenangan indah untuk dikongsi bersama keluarga.

AKTIVITI TAYANGAN BOLA SEPAK Pada 20 Julai 2026 (Isnin) Pihak Pengurusan Penjara Seremban telah mengadakan tayangan perl...
21/07/2026

AKTIVITI TAYANGAN BOLA SEPAK

Pada 20 Julai 2026 (Isnin)
Pihak Pengurusan Penjara Seremban telah mengadakan tayangan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia Tahun 2026 untuk kakitangan sebagai salah satu pengisian santai bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban. Program ini bertujuaan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai sekali gus mewujudkan persekitaraan kerja yang lebih harmoni.

Address

Jalan Muthucumaru
Seremban
70200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067652500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share