13/10/2026
SWCorp Negeri Sembilan telah mengadakan perbincangan bersama Yang Teramat Mulia Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawam Dato' Haji Muhammed bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol, berhubung cadangan pembangunan pusat pelupusan sampah di Juasseh, Negeri Sembilan.
Pertemuan yang dihadiri oleh Tuan Khairuladha bin Ab Mutalib, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan bersama Puan Sabariah binti Ramly, Timbalan Pengarah (T) merupakan platform untuk bertukar pandangan dan membincangkan cadangan berkenaan, khususnya dari aspek teknikal serta keperluan pengurusan sisa pepejal yang lebih terancang dan sistematik.
SWCorp Negeri Sembilan komited untuk terus memperkukuh kerjasama dan hubungan strategik dengan pelbagai pihak dalam usaha memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan secara cekap, mampan dan mengambil kira kepentingan masyarakat serta kelestarian alam sekitar.