16/09/2026
Penjelasan yang baik oleh Dr. Yusfarizal Yussoff mengenai keputusan pendakwa menggugurkan 4 pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin.
BEZA KES ZAHID HAMIDI DAN MUHYIDDIN
Ada persamaan antara kes Zahid Hamidi dan Muhyiddin.
Kedua-duanya melibatkan pertuduhan yang akhirnya tidak diteruskan oleh pihak pendakwaan.
Tetapi terdapat satu perbezaan penting.
KES ZAHID HAMIDI
Zahid Hamidi menghadapi 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi.
Pendakwaan memanggil 99 saksi sepanjang perbicaraan.
Pada 2022, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan berjaya membuktikan prima facie bagi kesemua 47 pertuduhan dan Zahid diperintahkan membela diri.
Pada September 2023, pendakwaan memohon DNAA terhadap kesemua 47 pertuduhan.
Pada Januari 2026, AGC mengumumkan No Further Action (NFA) selepas siasatan lanjut dan penelitian terhadap bahan serta representasi yang diterima.
KES MUHYIDDIN
Muhyiddin pada asalnya menghadapi 7 pertuduhan.
Empat daripadanya adalah pertuduhan salah guna kuasa melibatkan jumlah RM232.5 juta (berkaitan projek Jana Wibawa), dan tiga lagi adalah pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan penerimaan RM195 juta daripada Bukhary Equity.
Pada 2023, Mahkamah Tinggi atas permohonan Muhyiddin membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa tersebut.
Pendakwaan merayu.
Pada Februari 2024, Mahkamah Rayuan mengembalikan empat pertuduhan tersebut.
Perbicaraan kemudian diteruskan.
Pada 15 September 2026, selepas pendakwaan memanggil 29 saksi (untuk fakta Jana Wibawa), pendakwaan memaklumkan bahawa mereka tidak mahu meneruskan empat pertuduhan (berkait Bukhari Equity).
Empat pertuduhan itu akhirnya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.
Perbezaan paling asas:
Zahid: 99 saksi β prima facie telah dibuktikan β diperintah membela diri β 47 pertuduhan akhirnya NFA.
Muhyiddin: 29 saksi β belum diputuskan prima facie β empat pertuduhan ditarik β dilepas dan dibebaskan.
Satu lagi perbezaan penting:
Dalam kes Muhyiddin, empat pertuduhan itu pernah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, kemudian dihidupkan semula oleh Mahkamah Rayuan atas rayuan pendakwaan.
Kini, pihak pendakwaan sendiri memutuskan untuk tidak meneruskannya setelah bertungkus-lumus mempertahankannya dahulu.
AGC menjelaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian profesional terhadap keterangan, kebolehterimaan bukti, kredibiliti saksi dan risiko litigasi terhadap keseluruhan pendakwaan.
Dua kes.
Dua peringkat prosiding yang berbeza.
Dua keputusan pendakwaan yang berbeza.
Itulah perbezaannya.
DR. YUSFARIZAL YUSSOFF