Trafik IPD Seremban

Directions

Trafik IPD Seremban Laman sesawang ini merupakan Facebook rasmi Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban

14/09/2026
29/08/2026

Aliran Lalulintas di Lampu Isyarat Seremban-Gateway

29/08/2026

๐Ÿš” PENUGASAN OP LANCAR BSPTD SEREMBAN ๐Ÿš”

29 Ogos 2026 | Sabtu | 1000 hrs โ€“ 1400 hrs

BSPTD Seremban telah melaksanakan Op Lancar dengan penugasan anggota di beberapa lokasi tumpuan trafik sekitar Seremban bagi memastikan kelancaran aliran trafik.

Penugasan melibatkan (14) orang anggota, terdiri daripada anggota BSPTD Seremban dan BKA Seremban, yang ditempatkan di beberapa lokasi antaranya:

๐Ÿ“ Jalan Seremban โ€“ Tampin
๐Ÿ“ Lampu Isyarat Plaza Tol Rasah
๐Ÿ“ Lampu Isyarat Bukit Chedang
๐Ÿ“ Lampu Isyarat Seremban Gateway

Hasil pemantauan mendapati aliran trafik di semua lokasi adalah baik dan lancar, tanpa sebarang kesesakan yang dilaporkan. Keadaan cuaca juga adalah baik sepanjang penugasan.

๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Kehadiran anggota Polis di lapangan bukan sahaja bagi mengawal aliran trafik, malah sebagai usaha memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diberi keutamaan.

Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

๐Ÿš” Polis Hadir, Trafik Lancar, Komuniti Selamat ๐Ÿš”



OP BERSEPADU SAMSENG JALANAN โ€“ SEREMBAN 2Seremban, 23 Ogos 2026 โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BS...
23/08/2026

OP BERSEPADU SAMSENG JALANAN โ€“ SEREMBAN 2

Seremban, 23 Ogos 2026 โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Op Bersepadu Samseng Jalanan di Dataran Centrio, Seremban 2, bermula jam 12.01 tengah malam hingga 5.00 pagi.

Hasil operasi mendapati sebanyak 51 buah kenderaan telah diperiksa dan sejumlah 257 saman PDRM telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Selain itu, JPJ telah mengeluarkan 52 Notis PG1 serta 3 Notis Arah Periksa, manakala JAS mengambil tindakan terhadap 9 kesalahan berkaitan ekzos bising.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 8 buah kenderaan telah disita, iaitu 7 buah motosikal oleh PDRM dan sebuah kereta oleh JPJ.

Seramai 4 individu berusia antara 15 hingga 16 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas dikesan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

PDRM bersama lain-lain agensi penguatkuasa akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Jangan jadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama.



Penutupan jalan sempena perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan tahun 2026
21/08/2026

Penutupan jalan sempena perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan tahun 2026

Penutupan jalan sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan tahun 2026
21/08/2026

Penutupan jalan sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan tahun 2026

21/06/2026
OP MABUK : EMPAT LELAKI DITAHAN ATAS KESALAHAN MEMANDU DIBAWAH PENGARUH ALKOHOLSEREMBAN, 21 Jun 2026 - Empat (4) lelaki ...
21/06/2026

OP MABUK : EMPAT LELAKI DITAHAN ATAS KESALAHAN MEMANDU DIBAWAH PENGARUH ALKOHOL

SEREMBAN, 21 Jun 2026 - Empat (4) lelaki tempatan telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban awal pagi tadi.

YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman Ketua Polis Daerah Seremban berkata, individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama dua (2) tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua (2) tahun.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, pihak polis telah mengeluarkan 78 keping saman atas pelbagai kesalahan dan 20 daripadanya tidak memiliki lesen memandu.

Kekuatan operasi seramai 3 Pegawai Kanan Polis dan 24 anggota yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan balai. Seramai 115 individu dan sebanyak 105 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi.

Operasi ini juga antara lainnya, bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak memandu tanpa lesen atau memandu di bawah pengaruh alkohol kerana ia menyalahi undang-undang dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

โ€œPOLIS & MASYARAKAT, BERPISAH TIADAโ€

โ€œSELAMAT BERSAMA JSPTโ€

Address

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban
Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trafik IPD Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category