Klinik Pergigian Ampangan

Call Directions

Klinik Pergigian Ampangan Hubungi kami ditalian 06-6777389 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pergigian.

02/10/2026

Dah umur 60 nanti, senyuman masih 'full set' tak? 😁

Sasaran kita mudah: Kempen 60:20 bermaksud Pada usia 60 tahun, sekurang-kurangnya 20 batang gigi masih berfungsi dengan baik!

Gigi sihat bukan setakat nak senyum cantik, tapi nak makan sedap dan bercakap pun jelas.

Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor gigi. Amalkan 3 langkah mudah ni dari skrg! 🦷

25/09/2026

Gigi geraham ada rekahan dan alur yang dalam? Bakteria & sisa makanan boleh mudah β€œbersembunyi” di situ. πŸ‘€

πŸ’‘ Sealan fisur membantu menutup rekahan tersebut supaya permukaan gigi lebih mudah dibersihkan dan risiko kerosakan gigi dapat dikurangkan.

πŸ‘§πŸ»πŸ§’πŸ» Sesuai dipertimbangkan terutama untuk gigi geraham yang baru tumbuh, fisur dalam atau kanak-kanak yang sukar menjaga kebersihan mulut.

18/09/2026

❀️🦷 PENYAKIT JANTUNG & KESIHATAN PERGIGIAN 🦷❀️

Ada penyakit jantung? Jangan lupa beritahu doktor gigi sebelum mendapatkan rawatan pergigian! 🩺🦷

Maklumat tentang keadaan kesihatan dan ubat-ubatan yang diambil sangat penting untuk membantu doktor gigi merancang rawatan yang sesuai dan selamat.

πŸ“Œ Apa yang perlu anda tahu sebelum rawatan pergigian?

❀️ Maklumkan jika pernah mengalami serangan jantung atau menggunakan pacemaker/alat bantuan jantung.
πŸ’Š Bawa atau senaraikan semua ubat yang sedang diambil, termasuk warfarin, aspirin dan clopidogrel.
🩸 Periksa tekanan darah kerana rawatan mungkin perlu ditangguhkan jika tekanan darah terlalu tinggi.
πŸ’‰ Sesetengah pesakit jantung mungkin memerlukan antibiotik sebelum rawatan tertentu – rujukan kepada doktor pakar mungkin diperlukan.
😌 Dapatkan rehat yang cukup dan kurangkan tekanan sebelum rawatan.

✨ Jujur dengan doktor gigi tentang kesihatan anda. Maklumat yang lengkap membantu pasukan pergigian memberikan rawatan yang lebih selamat dan bersesuaian dengan keadaan anda.

πŸ“² Simpan & kongsikan info ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai penyakit jantung.

04/09/2026

🦷❀️ GUSI SIHAT, JANTUNG PUN SIHAT!

Tahukah anda? Kesihatan gusi bukan sekadar tentang gigi dan mulut, malah ia turut berkait dengan kesihatan tubuh secara keseluruhan. πŸ«€βœ¨

Gusi yang tidak sihat boleh menyebabkan keradangan dan memberi kesan kepada kesihatan kita.

Jadi, jom sama-sama:
πŸͺ₯ Berus & flos gigi
🚭 Elakkan merokok
πŸƒβ€β™€οΈ Kekal aktif & kerap bersenam
🦷 Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala

Jangan tunggu sakit baru nak jaga!
Mulakan penjagaan gusi hari ini untuk senyuman yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih berkualiti. πŸ’•

Cegah penyakit gusi, jaga kesihatan jantung! ❀️🦷

07/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdekakan dirimu daripada penyakit pergigian! 🦷

Senyuman yang sihat bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil penjagaan setiap hari.

4 langkah mudah untuk senyuman yang kekal sihat! 😁

02/08/2026
31/07/2026

Jangan biarkan nafas berbau 'menghantui' hari anda! πŸ‘»πŸ«£

Jom tingkatkan keyakinan diri dengan tips nafas segar yang mudah ini. β˜€οΈβœ¨

Nafas wangi, hidup harmoni! πŸ˜‰

31/07/2026
30/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Richard Lee Boon Xiang, dari Klinik Pergigian Ampangan atas kejayaan memenangi Tempat Ketiga Pertandingan Infografik sempena Program Jom Berus Gigi.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan bahan promosi kesihatan yang kreatif, berkualiti dan memberi impak kepada masyarakat.

Moh Jago Gigi. Terus melakar inspirasi, terus menyebarkan senyuman! 🦷✨

Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) merupakan pelan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Agend...
10/07/2026

Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) merupakan pelan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Ia menyasarkan pembudayaan gaya hidup sihat, pengurusan berat badan, dan kesejahteraan mental bagi melahirkan tenaga kerja sektor awam yang produktif menjelang 2030.

Pada 8 Julai 2026 yang lalu, pasukan promosi Klinik Pergigian Ampangan telah berkesempatan untuk menyertai program i-PASS yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi dengan kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran, pemeriksaan gigi dan saringan kanser mulut. Seramai lebih dari 100 orang penjawat awam telah diperiksa dan mendapat nasihat kesihatan pergigian individu.

Diharapkan agar melalui inisiatif ini, para penjawat awam akan menjadi lebih cakna dengan status kesihatan mulut yang mempunyai hubungan langsung dengan kesihatan umum dan kualiti hidup yang baik, seterusnya membolehkan penyampaian khidmat yang cemerlang kepada masyarakat.

Address

Klinik Pergigian Ampangan, Jalan Kuala Pilah Seremban
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066777389

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Ampangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share