Balai Polis Seremban 2

Directions

Balai Polis Seremban 2 Ketua Polis Balai-ASP Kamal Hassim Bin Shamsuddin. Timbalan.

Ketua Polis Balai- SI Salmah Binti Mat Said
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada
`Bersama Kita Mencegah Jenayah’

27/09/2026
25/09/2026

🚨 "Sewa akaun, kami bayar komisen!"

Nampak seperti cara mudah untuk mendapatkan wang? Hakikatnya, ia mungkin merupakan jerat akaun keldai.

⚠️ Akaun bank dan e-Wallet adalah tanggungjawab pemilik akaun. Menyewakan, meminjamkan atau membenarkan pihak lain menggunakan akaun anda boleh menyebabkan anda terlibat dalam aktiviti jenayah tanpa disedari.

✅ Jangan serahkan kad ATM, PIN atau akses perbankan kepada orang lain.
✅ Jangan sewa akaun bank atau e-Wallet walaupun dijanjikan komisen lumayan.
✅ Jangan menerima atau memindahkan wang daripada sumber yang tidak diketahui.
✅ Sentiasa semak dan pantau transaksi akaun anda.

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

💡 Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

💡 Ingat, akaun anda tanggungjawab anda. Jangan kerana komisen kecil, anda menanggung risiko yang besar.

19/09/2026
17/09/2026

⚠️ AWAS: PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD! ⚠️

💰 “Saya nampak ramai dah dapat untung!”
📈 “Modal RM500 je, minggu depan dapat RM5,000!”

Itulah antara ayat yang sering digunakan oleh sindiket pelaburan tidak wujud untuk memerangkap mangsa.

Scammer biasanya akan meyakinkan mangsa bahawa pelaburan yang ditawarkan adalah selamat, menguntungkan dan tanpa risiko. Namun, apabila mangsa mula melabur dan memasukkan lebih banyak wang, keuntungan yang dijanjikan tidak dapat dikeluarkan.

🚨 Akhirnya, bukan sahaja keuntungan tidak diperoleh, malah simpanan yang dikumpul bertahun-tahun turut lesap.

⚠️ Ingat! Kenali T.I.P.U – Jika sesuatu pelaburan mempunyai ciri-ciri berikut, berwaspadalah:

🔴 T – Tidak Akan Rugi: Tiada pelaburan yang menjamin keuntungan tanpa risiko.
🔴 I – Indah Khabar Dari Rupa: Janji manis yang terlalu bagus untuk dipercayai.
🔴 P – Peluang Hanya Sekali: Tekanan untuk membuat keputusan dengan segera.
🔴 U – Untung Besar: Menjanjikan pulangan tinggi dalam masa yang singkat.

❗ Itu petanda untuk lebih berhati-hati, bukannya lebih teruja.

✅ Nak Kekal Selamat?
1️⃣ Semak lesen syarikat bersama agensi penguat kuasa sebelum melabur.
🔗 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: https://investsmartsc.my/
🔗 Senarai Amaran Pengguna Kewangan: https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list
2️⃣ Gunakan SEMAKMULE PDRM: https://semakmule.rmp.gov.my/
3️⃣ Jangan deposit wang ke akaun yang mencurigakan.

🚨 Jika anda menjadi mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda dengan segera.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

14/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara daripada YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman, Ketua Polis Daerah Seremban serta seluruh warga kerja IPD Seremban.

Semoga terus cemerlang dalam menerajui amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Tahniah YDH Dato’ Sri!

Address

Seremban 2
Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Seremban 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share