24/08/2026
Kehadiran Tuan Guru Presiden Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (TGHH) ke bumi Negeri Sembilan pada hari ini untuk bertemu dengan barisan Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan dalam tempoh pasca Pilihan Raya Negeri Sembilan merupakan satu pertemuan yang amat dinantikan.
Amanat dan saranan daripada susuk tubuh Tuan Guru Presiden PAS pastinya menjadi sebuah pedoman, suntikan semangat dan panduan penting buat seluruh saf kepimpinan dalam mendepani perjalanan perjuangan selepas pilihan raya.
Pasca pilihan raya bukanlah noktah kepada perjuangan, sebaliknya menjadi ruang untuk kita melakukan muhasabah, memperkukuh saf, memperkemas gerak kerja serta menyusun strategi dengan lebih tersusun dan berkesan.
Sesungguhnya kemenangan dan kekalahan adalah sebahagian daripada sunnah perjuangan. Yang lebih penting ialah bagaimana kita terus istiqamah, memperbaiki kelemahan dan memperkukuhkan keyakinan bahawa perjuangan Islam ini perlu diteruskan dengan penuh hikmah, sabar dan tawakal kepada Allah SWT.
,"Amanat dipasak, saf diperkukuh, perjuangan diteruskan"
Insya-Allah, dengan kepimpinan yang istiqamah, jentera yang tersusun dan seluruh ahli yang terus setia kepada perjuangan, PAS Negeri Sembilan akan bangkit dengan lebih gagah untuk mendepani masa hadapan.
-Hirm@nYus๐f-