Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan "Terbilang Dalam Kalangan Terbaik"

PENAFIAN DATA DAN MAKLUMAT
======================
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. PENAFIAN PENTERJEMAHAN KANDUNGAN
============================
Sila ambil perhatian bahawa kandungan di dalam laman yang dipaparkan selepas dialih bahasa kemungkinan akan mempunyai maksud yang berbeza daripada maksud sebenar. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi atas kandungan yang telah dialih bahasa tersebut.

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS SMK KING GEORGE V, SEREMBANπŸŽ‰KEJAYAAN MEMBANGGAKAN NEGERI SEMBILAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡ΎJabata...
23/10/2026

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS SMK KING GEORGE V, SEREMBANπŸŽ‰

KEJAYAAN MEMBANGGAKAN NEGERI SEMBILAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada SMK King George V, Seremban, Negeri Sembilan atas kejayaan menghasilkan Kandungan Media Sosial Terbanyak sempena Kempen Anti Buli Bersama Gardenia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, sekali gus membawa pulang piala kemenangan dan hadiah wang tunai berjumlah RM4,000.00.

πŸ“… Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat: SMK Puchong Permai, Selangor
πŸ… Majlis: Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Anti Buli Bersama Gardenia 2026

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azman bin Mashuri, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan warga SMK King George V dalam memanfaatkan platform media sosial sebagai medium penyebaran mesej kesedaran ant buli serta pembudayaan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera.

JPNS turut merakamkan penghargaan kepada barisan pentadbir, guru pembimbing dan murid yang telah berganding bahu menjayakan kempen ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan Negeri Sembilan untuk terus memperkasakan usaha pencegahan buli dan pembentukan sahsiah murid yang unggul.

πŸ”΄ BERANI TEGUR, BERANI BERTINDAK!
πŸ’™ HENTIKAN BULI, BINA SEKOLAH SELAMAT!

NEGERI SEMBILAN TERUS CEMERLANG! 🌟

22 OKTOBER 2026.Perlaksanaan Kunjung Bantu dan  Pemantauan Kurikulum Prasekolah di Tadika Swasta oleh Unit Pendidikan Sw...
22/10/2026

22 OKTOBER 2026.
Perlaksanaan Kunjung Bantu dan Pemantauan Kurikulum Prasekolah di Tadika Swasta oleh Unit Pendidikan Swasta dan Unit Sains Sosial JPNS JPNS .Turut Serta Pn. Wan Norhafiza binti Abdul Rahim daripada Bahagian Pendidikan Swasta.

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 202622 Oktober 2026HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur...
22/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL STEM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

22 Oktober 2026
HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur

Telah berlangsung Karnival STEM Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober 2026 di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur dan SK Pengkalan Tentera Darat. Karnival STEM merangkumi 7 pertandingan iaitu Bridge Building Competition, Drone Challenge, Robot Battle Challenge, Water Rocket Challenge, Innovators of Tomorrow, Gamicode dan STEM Talent Show. Karnival ini disertai 16 kontinjen yang melibatkan 656 orang murid dan guru pembimbing dari seluruh Malaysia.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya menjadi Naib Johan Bridge Building Competition Sekolah Menengah yang diwakili oleh SM Sains Rembau, Tempat Ketiga Bridge Building Competition yang diwakili oleh SK Sawah Raja, Tempat Keempat Drone Challenge Sekolah Rendah yang diwakili oleh SK Taman Tasik Jaya serta Tempat Kelima Drone Challenge Sekolah Menengah yang diwakili oleh SMK Dato' Mohd Taha.

Tahniah kepada pasukan yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan.

Makluman Pengoperasian Sekolah Di Negeri Sembilan
22/10/2026

Makluman Pengoperasian Sekolah Di Negeri Sembilan

βœ¨πŸ“šKELAS MATEMATIK DALAM TALIAN SEKOLAH RENDAH – PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 βœ¨πŸ“šπŸŒŸ Membudayakan Pembelajaran Dalam Talia...
22/10/2026

βœ¨πŸ“šKELAS MATEMATIK DALAM TALIAN SEKOLAH RENDAH – PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 βœ¨πŸ“š

🌟 Membudayakan Pembelajaran Dalam Talian Murid Negeri Sembilan 🌟

Jom sertai Kelas Matematik yang interaktif dan menyeronokkan bersama Cikgu Lily (Lee Lee Tin)! πŸ‘©πŸ»β€πŸ«πŸ’™

🎯 Topik:
πŸ”’ Panjang

πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Sasaran: Murid Tahun 2 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Negeri Sembilan

πŸ“… Khamis | 22 Oktober 2026
⏰ 8.00 malam – 9.00 malam
πŸ’» Google Meet: https://meet.google.com/ojh-jssg-wri

πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Guru di kelas hari ini:
Cikgu Lee Lee Tin
SJK C Chi Wen
Ketua Panitia Matematik

πŸš€ Jom belajar, berfikir dan selesaikan masalah Matematik dengan lebih yakin!

🌈 Belajar β€’ Faham β€’ Seronok β€’ Berjaya!

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Unit Sains dan Matematik

βœ¨πŸ“šKELAS MATEMATIK DALAM TALIAN SEKOLAH RENDAH – PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 βœ¨πŸ“šπŸŒŸ Membudayakan Pembelajaran Dalam Talia...
22/10/2026

βœ¨πŸ“šKELAS MATEMATIK DALAM TALIAN SEKOLAH RENDAH – PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 βœ¨πŸ“š

🌟 Membudayakan Pembelajaran Dalam Talian Murid Negeri Sembilan 🌟

Jom sertai Kelas Matematik yang interaktif dan menyeronokkan bersama Cikgu ZaimahπŸ§•πŸ’œ

🎯 Topik:
πŸ”’ Pecahan

πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Sasaran: Murid Tahun 2 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Negeri Sembilan

πŸ“… Khamis | 22 Oktober 2026
⏰ 8.00 malam – 9.00 malam
πŸ’» Google Meet: https://meet.google.com/spm-fovt-rym

πŸ§•Guru di kelas hari ini:
Cikgu Norzaimah Ahmad
Guru Matematik
SK Taman Tasik Jaya

πŸš€ Jom kenali dan belajar pecahan dengan lebih yakin dan mudah!

🌈 Belajar β€’ Faham β€’ Seronok β€’ Berjaya!

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Unit Sains dan Matematik

ππ„πŒπ€ππ“π€π”π€π πŒπ„ππ†π„π‰π”π“ π€π’π‘π€πŒπ€ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πƒπˆ π’πŒπŠ πƒπ€π“πŽβ€™ π’π„πƒπˆπ€ 𝐑𝐀𝐉𝐀, π‘π„πŒππ€π”21 Oktober 2026Satu pemantauan mengejut asrama di SMK ...
22/10/2026

ππ„πŒπ€ππ“π€π”π€π πŒπ„ππ†π„π‰π”π“ π€π’π‘π€πŒπ€ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πƒπˆ π’πŒπŠ πƒπ€π“πŽβ€™ π’π„πƒπˆπ€ 𝐑𝐀𝐉𝐀, π‘π„πŒππ€π”

21 Oktober 2026

Satu pemantauan mengejut asrama di SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau pada pukul 3.45 petang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan pengurusan asrama sekolah berada pada tahap yang teratur, selamat dan kondusif.

Pemantauan ini memberikan tumpuan kepada pelaksanaan tugas pengawal keselamatan, warden bertugas serta Pembantu Warden Asrama MySTEP (MyPWA), di samping menyemak keberadaan murid, pelaksanaan roll-call, pematuhan rutin harian asrama dan keadaan prasarana serta aspek keselamatan, termasuk kemudahan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Selain itu, semakan turut melibatkan rekod dan laporan warden bagi memastikan pengurusan asrama dilaksanakan secara sistematik, pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan dipertingkatkan serta sebarang isu atau ketidakpatuhan dapat dikenal pasti untuk tindakan penambahbaikan oleh pihak sekolah.

Semoga pelaksanaan pemantauan seumpama ini terus memperkukuh tadbir urus asrama, meningkatkan tahap keselamatan dan kebajikan murid serta mewujudkan persekitaran kediaman yang selesa, teratur dan kondusif demi kesejahteraan murid dan kecemerlangan pendidikan.

MAJLIS PENUTUP FESTIVAL RANCAK SENI GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 (FERAS 2026)21 Oktober 2026Glory Beach Res...
21/10/2026

MAJLIS PENUTUP FESTIVAL RANCAK SENI GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 (FERAS 2026)

21 Oktober 2026
Glory Beach Resort, Port Dickson

Telah berlangsung Festival Rancak Seni Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober 2026 di Glory Beach Resort Port Dickson. FERAS 2026 melibatkan dua pertandingan iaitu Pertandingan Rekorder & Genderang dan Pertandingan Music Time Keyboard. Festival ini disertai 16 kontinjen yang melibatkan 400 orang murid daripada serata negara.

Majlis Penutup telah disempurkan oleh Tuan Haji Mohd Kamal bin Hashim, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya.



Menerima Kunjungan Hormat daripada KPMB - Koperasi Pendidikan Malaysia Berrhaddan KPKPM - Kolej Pengajian Keselamatan Da...
21/10/2026

Menerima Kunjungan Hormat daripada KPMB - Koperasi Pendidikan Malaysia Berrhad
dan
KPKPM - Kolej Pengajian Keselamatan Dan Penyiasatan Malaysia yang terdiri daripada
1. DATO’ SHAMSUDIN BIN MAT, Pengerusi KPKPM & KPMB
2. DR. AMIR HAMZAH BIN ABDUL RAJAK, Ketua Pegawai Eksekutif KPKPM & Setiausaha KPMB
3. EN. ROSIDI BIN SAARI, Pengurus Besar KPMB

Ybrs. Puan Pengarah menerima Kunjungan Hormat daripada Jabatan Pendaftaran yang terdiri daripada:  1. YM Raja Noor Afiz ...
21/10/2026

Ybrs. Puan Pengarah menerima Kunjungan Hormat daripada Jabatan Pendaftaran yang terdiri daripada: 1. YM Raja Noor Afiz bin Raja Noor Afandi - Pengarah
2. Encik Ahmad Afiq bin Johari - Timbalan Pengarah
3. Puan Marsheila binti Salamat - Penolong Pengarah
4. Encik Ely Kusaimi bin Osman - Ketua Bahagian Mekar & Korporat
5. Encik Ahmad Sallehudins bin Mamat - Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian, Anak Angkat dan warganegara
6. Puan Nora Azmita binti Ahmad Tajuddin - Ketua Bahagian Kad Pengenalan, Perkahwinan dan Perceraian

Address

Jabatan Pendidikan
Seremban
70990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067653100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share