UMNO.Negeri.Sembilan

Directions

UMNO.Negeri.Sembilan Facebook rasmi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap ...
10/10/2026

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menafikan dakwaan beliau akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Ismail Lasim pada sidang DUN akan datang.

Jalaluddin yang juga Adun Pertang memberitahu FMT, tiada sebarang perbincangan mengenainya pernah diadakan.

โ€œSama sekali tidak betul. Tiada sebarang aturan mahupun perbincangan untuk buat usul undi tidak percaya terhadap menteri besar,โ€ katanya menambah, beliau tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

Jalaluddin menegaskan, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan ketika ini berjalan lancar tanpa sebarang krisis kepimpinan.

โ€œSetakat ini, kita tidak ada masalah kepimpinan di Negeri Sembilan dengan menteri besar. Biar (Ismail) buat kerja beliau sebagai menteri besar, dan saya sebagai ketua parti akan buat kerja sebagai ketua parti.

โ€œKita banyak lagi perancangan dan agenda untuk kepentingan negeri serta masyarakat yang perlu kita selesaikan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan memetik sumber bahawa Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tidak percaya terhadap Ismail.

Menurut sumber yang enggan dinamakan itu, usul itu akan dikemukakan oleh Jalaluddin sendiri, namun tertakluk pada kepimpinan pusat Umno.

Sumber itu dilaporkan berkata, barisan baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) juga mungkin diumumkan sekiranya langkah itu diteruskan.

Sidang DUN dijadualkan berlangsung pada 26 Nov selepas ditangguhkan daripada 16 Okt bagi menyelaraskannya dengan pembentangan belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya.

Speaker DUN Awaludin Said sebelum ini memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi mengenai usul tidak percaya terhadap Ismail, menegaskan beliau tidak akan membenarkan usul tergempar sekali pun untuk menjatuhkan menteri besar.

Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar pada 2 Ogos susulan PRN yang menyaksikan Barisan Nasional meraih 18 kerusi, Pakatan Harapan 11, manakala Perikatan Nasional memenangi tujuh kerusi.

Pentadbiran beliau bagaimanapun dibayangi krisis perlembagaan berhubung cubaan melucutkan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Sumber: Free Malaysia Today

09/10/2026

Saksikan Podcast Secara Live! Apa hala tuju Politik Era Baharu dan bagaimana Agenda Malaysia Biru memberi impak kepada isu-isu semasa negara? Sertai diskusi secara langsung malam ini bersama dua panel jemputan khas yang akan membincangkan serta merungkaikan kupasan isu-isu hangat tanah air! Panel Jemputan:
โ€ข Datuk Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim
โ€ข Datuk Armand Azha bin Abu Hanifah
Diskusi Agenda Malaysia Biru & Isu-Isu Semasa
Jangan lepaskan peluang untuk ikuti perbincangan ini. Tekan butang Share dan jemput rakan-rakan anda untuk tonton bersama!

08/10/2026

LANGSUNG: Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima | 08 Oktober 2026

07/10/2026

LANGSUNG: Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima | 07 Oktober 2026

02/10/2026

Forum Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan : Derhaka Atau Tidak.

Moderator : YBhg Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim | Tamu : YBhg Datuk Mohd Razlan Mohammad Rafii & YBhg Prof Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz.




๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐ˆ๐’๐“๐€๐๐€, ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐€๐ƒ๐€๐“, ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“Badan Perhubungan UMNO Nege...
30/09/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
๐Œ๐„๐๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐ˆ๐’๐“๐€๐๐€, ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐€๐ƒ๐€๐“, ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“

Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengambil maklum perkembangan semasa yang menyentuh institusi Raja serta Adat Perpatih di negeri ini dengan penuh tertib, berhati-hati dan rasa hormat.

Dalam perkara yang berkaitan dengan kedudukan serta kehormatan institusi berkenaan, semua pihak diseru agar memberikan ruang yang sewajarnya kepada saluran dan mekanisme yang tersedia supaya sebarang persoalan dapat ditangani secara teratur, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

Sehubungan itu, UMNO menghormati bidang kuasa serta urusan Istana dan tidak berhasrat untuk mencampuri perkara yang berkaitan dengan Adat Perpatih.

Sebarang persoalan yang timbul wajar dirujuk kepada kerangka yang menjadi asas pemerintahan dan kehidupan bernegara, termasuk Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), Adat Perpatih, Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang berkaitan.

Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap perkara dapat ditangani melalui peruntukan dan bidang kuasa yang sewajarnya, di samping memelihara keharmonian, mengelakkan salah faham serta membantu menenangkan keadaan dalam kalangan rakyat.

Pada masa yang sama, kelancaran pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat hendaklah terus diberi perhatian.

Urusan harian, penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan negeri serta pelaksanaan dasar dan program kerajaan perlu diteruskan dengan sebaik-baiknya demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Sebagai parti yang menjadikan pemeliharaan institusi Raja dan DYMM Yang Dipertuan Besar, Istana dan Adat Melayu sebagai antara asas perjuangan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO, pendirian ini akan terus dipegang dengan penuh tanggungjawab, kesederhanaan dan rasa hormat.

Dalam suasana yang menuntut ketenangan serta kebijaksanaan, semua pihak diseru agar mengutamakan adab, kesantunan dan sikap saling menghormati.

Sebarang perbezaan pandangan hendaklah diurus secara matang dan tidak mengatasi kepentingan yang lebih besar, iaitu keharmonian negeri serta kesejahteraan rakyat.

UMNO Negeri Sembilan juga menjunjung kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta mendoakan agar segala persoalan yang timbul dapat diselesaikan dengan penuh hikmah, tertib dan berlandaskan undang-undang serta nilai luhur yang menjadi warisan negeri ini.

Dalam apa jua keadaan, kepentingan rakyat tidak boleh diketepikan.

Semoga Negeri Sembilan terus berada dalam keadaan aman, stabil dan sejahtera demi kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

๐๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐
30 September 2026 / 18 Rabiulakhir 1448H

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐€๐๐Š๐„๐Œ๐„๐‹๐”๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐: ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐”๐๐‚๐€,๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐“ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“1. UMNO ...
30/09/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐€๐
๐Š๐„๐Œ๐„๐‹๐”๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐: ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐”๐๐‚๐€,
๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐“ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“

1. UMNO Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan KEADILAN Negeri Sembilan berhubung kemelut institusi dan pentadbiran negeri. Dalam membicarakan keadaan hari ini, adalah penting supaya keseluruhan rentetan peristiwa yang membawa Negeri Sembilan ke tahap ini tidak diketepikan atau ditafsir secara terpilih.

2. Peristiwa ๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” merupakan antara titik paling penting dalam perkembangan tersebut. Kedudukan Undang Luak Sungei Ujong pada ketika itu dikatakan telah diputuskan secara kolektif melalui Dewan Keadilan dan Undang, namun perkara itu kemudiannya dipertikaikan oleh pihak-pihak yang hadir, termasuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

3. Justeru, persoalan mengenai Minit Mesyuarat DKU 17 April 2026 kekal fundamental. Mengapa rekod yang menjadi asas kepada keputusan sebesar itu tidak dikemukakan ketika pertikaian mula berlaku? Sekiranya rekod tersebut diperjelaskan sejak awal, sebahagian besar kekeliruan, pertikaian institusi dan krisis pentadbiran yang menyusul berkemungkinan dapat dielakkan.

4. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk membicarakan kesan kemelut hari ini tanpa mengakui bagaimana kemelut tersebut bermula. Jangan sampai berlaku keadaan baling batu sembunyi tangan, sedangkan pentadbiran hari ini sedang berhadapan dengan pertikaian yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

5. Pertikaian inilah yang menjadi antara asas kepada hilangnya keyakinan UMNO/BN terhadap kepimpinan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun. Pendirian tersebut bukan penolakan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan, tetapi terhadap cara krisis institusi dan pentadbiran negeri dikendalikan di bawah kepimpinan beliau.

6. Apabila penyelesaian politik tidak dicapai, beliau sendiri yang memilih DUN untuk dibubarkan dan mandat dikembalikan kepada rakyat. Pilihan raya telah berlangsung, rakyat telah membuat keputusan dan sebuah kerajaan baharu telah dibentuk melalui proses demokrasi yang sah. Mandat tersebut wajib dihormati sebagaimana semua pihak sebelum ini menuntut supaya kehendak rakyat dihormati.

7. Kerajaan Negeri hari ini perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan kemelut ini secara tertib, berperlembagaan dan penuh adab. Perkara yang menyentuh institusi diraja, adat dan struktur pemerintahan Negeri Sembilan tidak seharusnya diperlakukan sebagai medan untuk mencipta tekanan politik atau mendahului proses yang sedang berjalan.

8. Jika KEADILAN Negeri Sembilan benar-benar mahu melihat kemelut ini diselesaikan, maka mulakan dengan persoalan yang masih menjadi asas kepada keseluruhan krisis: Pihak yang sedang dalam pertikaian menuntut dokumen tersebut dan Kerajaan sebelum ini gagal menyelesaikan perkara itu dengan tertib dan beradab. ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ง๐š๐ซ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š.

9. UMNO Negeri Sembilan menyeru rakyat agar melihat rentetan peristiwa yang berlaku bermula di zaman pentadbiran Kerajaan pimpinan PKR dan bagaimana kita sampai ke tahap ini sebelum meletakkan kesalahan terhadap kerajaan yang kini sedang berusaha menyelesaikannya.

10. Kerajaan Negeri hari ini memikul satu tanggungjawab yang berat: menyelesaikan kemelut yang diwarisi dengan berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Adat Perpatih, keputusan mahkamah dan bidang kuasa institusi-institusi yang sah. Semua pihak wajib menjaga bahasa dan tindakan supaya tidak mendahului proses tersebut.

Sekian.

๐˜๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐’๐”๐…๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐€๐‘๐€๐ƒ๐™๐ˆ
๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐€๐
๐๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐
30 September 2026 / 18 Rabiulakhir 1448H

SALAM TAKZIAH Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Mantan Per...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhumah serta menempatkan beliau dalam kalangan para aulia, syuhada dan salihin.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

Address

Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO.Negeri.Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share