22/10/2026
ππππππ ππππππππππ πππ πππππππ πππππππ ππ ππ πππππ ππππ ππππ, ππππππππ
SEREMBAN, 22 Oktober 2026 (Khamis) β YDH DCP Datoβ Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan telah menghadiri Majlis Pelancaran Zon Sekolah Selamat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Seremban yang telah dirasmikan oleh YB Loke Siew F**k, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia.
Program anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia ini merupakan inisiatif bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di kawasan sekolah, khususnya dalam mewujudkan persekitaran perjalanan yang lebih selamat kepada murid, warga sekolah serta pengguna jalan raya.
Pelaksanaan Zon Sekolah Selamat memberi penekanan terhadap pematuhan peraturan lalu lintas, amalan pemanduan berhemah dan peningkatan kesedaran pengguna jalan raya, terutama pada waktu puncak persekolahan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Penglibatan Polis Kontinjen Negeri Sembilan dalam program ini turut memperlihatkan kerjasama antara agensi penguatkuasaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan dan komuniti dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya serta melindungi kesejahteraan warga sekolah.
Hadir sama ialah YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); YBhg. Puan Vanitha Mohan, Pengarah Bahagian Keselamatan Jalan Raya JPJ Malaysia merangkap Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya; Tuan Amir Fikri bin Ithnin, Guru Besar SK Taman Seri Pagi; Puan Rohayu binti Mustafa, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Pagi; Tuan Ikmal Afifi bin Nani, Jurutera Bahagian Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban; dan Encik Kwek Chin Khang, Ketua Cawangan Seremban, MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.
Turut hadir ialah YDH SAC Tuan Mohd Nasharudin bin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan; ACP Chan Ngai Ho, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Negeri Sembilan; Supt Tuan Roslan bin Mohamed @ Ab Aziz, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Negeri Sembilan; ahli-ahli Exco Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, pegawai kanan dan pegawai rendah polis Kontinjen Negeri Sembilan, barisan urus setia program serta para guru dan murid SK Taman Seri Pagi.