20/03/2026
https://www.facebook.com/share/1P8wRtNK12/
🌙✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨🌙
𝑨𝒔𝒔𝒂𝒍𝒂𝒎𝒖𝒂𝒍𝒂𝒊𝒌𝒖𝒎 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑺𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂,
Menjelang ketibaan Syawal yang mulia, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Sempena kehadiran Aidilfitri ini, YDH DCP Dato’ Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan bersama isteri YBhg. Datin Afifah binti Abdul Wahab, Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia serta khususnya masyarakat Negeri Sembilan.
Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kita semua.
Dalam kegembiraan menyambut lebaran, sentiasalah mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang perjalanan serta patuhi undang-undang yang ditetapkan.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🌙✨