20/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐)
๐ Bahau, Jempol, Negeri Sembilan
Pengarah FAMA Negeri Sembilan, YBrs. Puan Siti Nurul Haida binti Ibrahim, telah mengadakan lawatan kerja ke premis Jempol Soya Enterprise yang diusahakan oleh Puan Zurairah, pengusaha produk makanan berasaskan kacang soya di Bahau, Jempol.
Jempol Soya Enterprise menghasilkan pelbagai produk tempatan seperti tempe, tahu, air soya serta kerepek tempe berjenama ๐'๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ณ๐ณ yang dihasilkan dengan menitikberatkan aspek kualiti, kerangupan dan keenakan rasa.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi serta proses pengeluaran dan pemprosesan produk, di samping mengenal pasti potensi pembangunan perniagaan serta peluang peluasan pasaran bagi meningkatkan daya saing produk usahawan tempatan.
FAMA Negeri Sembilan terus komited dalam memperkasakan usahawan Industri Asas Tani (IAT) melalui khidmat bimbingan, pembangunan produk serta intervensi pemasaran bagi memastikan produk keluaran tempatan terus berkembang dan berdaya saing di pasaran.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐ผ๐พ๐ ๐๐๐
๐ผ๐๐ผ๐ผ๐