Balai Polis Senawang

Call Directions

Balai Polis Senawang Laman ini merupakan Facebook Rasmi Balai Polis Senawang. This is an Official Facebook of Balai Polis

FITIK Peringkat Balai Polis Senawang telah dijalankan pada 29/09/2026, jam 0830 hingga 1030 hrs di Balai Polis Senawang ...
29/09/2026

FITIK Peringkat Balai Polis Senawang telah dijalankan pada 29/09/2026, jam 0830 hingga 1030 hrs di Balai Polis Senawang dengan kehadiran 33 anggota dan 5 kakitangan awam. Aktiviti gotong-royong melibatkan pembersihan kawasan dalam dan sekitar balai termasuk longkang, kawasan takungan air serta mencabut pokok-pokok liar. Aktiviti berjalan lancar dan selesai dengan jamuan ringan.

Pada jam lebih kurang 1025 Hrs, ketika menjalankan rondaan, KPL Indran bersama L/KPL Shafiq telah mengesan kejadian keba...
07/08/2026

Pada jam lebih kurang 1025 Hrs, ketika menjalankan rondaan, KPL Indran bersama L/KPL Shafiq telah mengesan kejadian kebakaran hutan berhampiran laluan paip gas Petronas di Bandar Seremban Selatan.

Anggota bertindak pantas memadam kebakaran menggunakan peralatan yang ada di lokasi bagi mengelakkan api daripada terus merebak, sekali gus mengurangkan risiko terhadap laluan paip gas berhampiran. Keadaan berjaya dikawal dan tiada kecederaan atau kerosakan lain dilaporkan.

Latihan kawad telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran, disiplin serta keyakinan anggota dalam memberi dan menerim...
23/06/2026

Latihan kawad telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran, disiplin serta keyakinan anggota dalam memberi dan menerima arahan. Kehadiran serta komitmen yang ditunjukkan oleh anggota amat membanggakan, dengan semangat kerjasama yang baik sepanjang latihan dijalankan.

Usaha berterusan seperti ini penting dalam memastikan setiap anggota sentiasa bersedia, berdisiplin dan profesional dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Pada jam lebih kurang 1300 hrs, URB Seremban 4 dan URB Seremban 5 yang terdiri daripada KPL Ahmad, KPL Ramlee, Konst Rie...
20/06/2026

Pada jam lebih kurang 1300 hrs, URB Seremban 4 dan URB Seremban 5 yang terdiri daripada KPL Ahmad, KPL Ramlee, Konst Riezan dan Konst Shakir telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang warga emas yang terjatuh di tepi jalan di Jalan Senawang 3.

Anggota telah pergi ke lokasi dan mendapati warga emas tersebut berada dalam keadaan selamat namun mengalami kecederaan ringan. Bantuan awal telah diberikan oleh anggota di tempat kejadian.

Bagi tujuan keselamatan dan kebajikan warga emas tersebut, bantuan MPV NS 327 yang dianggotai oleh KPL Suresh dan Konst Zikri telah dipohon untuk membawa beliau ke Balai Polis Senawang.

Setibanya di Balai Polis Senawang, didapati warga emas tersebut mengalami sedikit luka. Anggota Balai Polis Senawang telah membantu membersihkan luka berkenaan sementara menunggu waris hadir.

Tidak lama kemudian, waris warga emas tersebut telah hadir ke Balai Polis Senawang dan membawa beliau pulang ke rumah. Keadaan warga emas tersebut adalah baik dan selamat.

09/06/2026
LAWATAN KERJA KPD SEREMBAN KE BALAI POLIS SENAWANGPada 09 Jun 2026 jam 1630 hingga 1845 hrs, YDH ACP Mohd Yatim bin Hj O...
09/06/2026

LAWATAN KERJA KPD SEREMBAN KE BALAI POLIS SENAWANG

Pada 09 Jun 2026 jam 1630 hingga 1845 hrs, YDH ACP Mohd Yatim bin Hj Osman, Ketua Polis Daerah Seremban telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Senawang. Lawatan turut disertai oleh Ketua Bahagian IPD Seremban, pegawai kanan serta warga Balai Polis Senawang.

Dalam sesi tersebut, KPB Senawang, Insp Mohd Hazrin bin Ramli, telah menyampaikan taklimat berhubung pengoperasian balai serta cabaran semasa yang dihadapi dalam pelaksanaan tugas. Seterusnya, KPD Seremban telah menyampaikan amanat kepada warga Balai Polis Senawang yang menekankan konsep “Back to Basic”, kepentingan peranan penyelia dalam pemantauan dan bimbingan anggota, kepekaan terhadap isu-isu semasa, budaya hormat-menghormati, semangat kerja berpasukan serta komitmen dalam membantu masyarakat.

Selain itu, KPD Seremban turut mengingatkan agar setiap anggota sentiasa mengambil tahu perkembangan yang berlaku di kawasan pentadbiran, melengkapkan siasatan kes dengan sempurna termasuk lawatan ke tempat kejadian serta memaklumkan perkembangan siasatan kepada pengadu. Warga kerja juga disaran untuk terus menimba ilmu dan meningkatkan kompetensi diri demi kemajuan kerjaya serta membantu organisasi mencapai kecemerlangan.

Lawatan kerja tersebut telah berlangsung dengan lancar dan memberi manfaat kepada warga Balai Polis Senawang dalam memperkukuhkan profesionalisme serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Fitik PerdanaPada 08/06/2026 jam 0830 hrs, Fitik Peringkat Balai Polis Senawang telah dilaksanakan melibatkan 31 anggota...
08/06/2026

Fitik Perdana

Pada 08/06/2026 jam 0830 hrs, Fitik Peringkat Balai Polis Senawang telah dilaksanakan melibatkan 31 anggota dan 6 kakitangan awam. Aktiviti tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan kawasan balai, kuarters, longkang serta menceriakan persekitaran. Program berjalan lancar dan berjaya memupuk semangat kerjasama serta menjaga kebersihan kawasan Balai Polis Senawang.

Pada 06 Jun 2026 (Sabtu), telah dijalankan Aktiviti Fitik Berek di Perumahan Polis Senawang, IPD Seremban yang melibatka...
06/06/2026

Pada 06 Jun 2026 (Sabtu), telah dijalankan Aktiviti Fitik Berek di Perumahan Polis Senawang, IPD Seremban yang melibatkan seramai 30 orang penduduk dari Blok A dan Blok B. Aktiviti tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan kawasan berek bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, ceria dan selesa. Aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama yang baik daripada semua penduduk yang hadir.

Address

Balai Polis Senawang
Seremban
70450

Telephone

+6066792222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Senawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category