Invest NS - Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

Invest NS - Negeri Sembilan Invest NS is a State Government investment arm for promoting investment opportunities in Negeri Sembilan, Malaysia.

Our main focus areas are manufacturing sector, services sector and other prime sector.

Pentadbiran ini mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada YB Dato' Masri bin Hj. Razali, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sem...
29/09/2026

Pentadbiran ini mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada YB Dato' Masri bin Hj. Razali, Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan.

Semoga YB Dato' dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik, keberkatan dan keluasan rezeki serta sentiasa dilimpahkan rahmat dari Allah S.W.T.

26 Ogos 2026 - Invest NS telah menganjurkan Sesi Taklimat Data Centre Task Force (DCTF) & Networking Luncheon bersama Pe...
22/09/2026

26 Ogos 2026 - Invest NS telah menganjurkan Sesi Taklimat Data Centre Task Force (DCTF) & Networking Luncheon bersama Pelabur Pusat Data Berpotensi Negeri Sembilan, bertempat di Moxy Hotel, Putrajaya.

Sesi ini menjadi platform penting yang mempertemukan pihak pelabur para delegasi dari Business Services and Regional Operations Division (BRO), MIDA. Delegasi yang diketuai oleh Puan Noorzita Mohamad Nor telah berkongsi perkembangan terkini mengenai landskap pusat data, dasar-dasar berkaitan, serta kerangka kerja serta keperluan Data Centre Task Force (DCTF) yang perlu dititikberatkan oleh para pelabur.

Menerusi penganjuran ini, Invest NS berharap dapat memperkukuh sinergi kerjasama bersama MIDA dan para pelabur bagi memudah cara serta mempercepatkan pelaksanaan projek pelaburan pusat data di negeri ini. Langkah ini seterusnya diharap dapat memposisikan Negeri Sembilan sebagai hub pelaburan digital yang mampan, berteknologi tinggi, dan berdaya saing di Malaysia.

Pentadbiran ini kekal komited untuk memberikan perkhidmatan pemudahan pelaburan terbaik demi kemajuan Negeri Sembilan.

Dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, marilah bersama kita meraikan keharmonian, keamanan, dan kemakmuran tanah ...
16/09/2026

Dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, marilah bersama kita meraikan keharmonian, keamanan, dan kemakmuran tanah air yang tercinta ini.

Selamat Menyambut Hari Malaysia !!!

8 September 2026 (Selasa) – YB Datuk Haji Mohd Asna bin Haji Amin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian, Tekno...
08/09/2026

8 September 2026 (Selasa) – YB Datuk Haji Mohd Asna bin Haji Amin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian, Teknologi, Inovasi & Digital Negeri Sembilan telah mengetuai satu lawatan kerja ke Press Metal International (PMI) di Guangzhou, China.

Turut serta dalam delegasi ini ialah YBrs. Dr. Arwan bin Sabri, Pengarah UPEN Negeri Sembilan serta YBhg. Dato' Haji Najmuddin Sharif bin Sarimon, Ketua Pegawai Eksekutif Invest NS.

Delegasi Kerajaan Negeri Sembilan telah dibawa meninjau operasi anak-anak syarikat downstream PMI seperti PMI MT dan PMPT China (pembekal utama rantaian bekalan IKEA).

Lawatan strategik ini memberi pendedahan penting mengenai ekosistem pembuatan PMI yang memberi tumpuan khusus kepada sektor berimpak tinggi seperti automotif, tenaga, dan barangan elektronik pengguna.

Usaha ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Sembilan dalam meneroka peluang kerjasama baharu, memperkasakan sektor perindustrian, serta menarik pelaburan berteknologi tinggi ke Negeri Sembilan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!!!Sama-sama kita meraikan 69 tahun keharmonian, keteguhan, dan kemajuan negara ki...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!!!

Sama-sama kita meraikan 69 tahun keharmonian, keteguhan, dan kemajuan negara kita Malaysia.

Semoga tanah air tercinta ini terus aman dan makmur.

28/08/2026
28/08/2026
Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam. Bersama kita semarakkan cinta kepada Rasulullah S.A.W dan meng...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Bersama kita semarakkan cinta kepada Rasulullah S.A.W dan menghayati kisah perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam di hari yang mulia ini.

13 Ogos 2026 (Khamis) – Invest NS bersama dengan MIDA Negeri Sembilan telah mengadakan satu lawatan kerja ke atas pengur...
14/08/2026

13 Ogos 2026 (Khamis) – Invest NS bersama dengan MIDA Negeri Sembilan telah mengadakan satu lawatan kerja ke atas pengurusan syarikat Jotun Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. di kilang milik syarikat yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai.

Lawatan ini bertujuan sebagai platform perbincangan dan perkongsian perkembangan projek pembesaran syarikat dalam usaha mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih kukuh antara Kerajaan Negeri dengan pemain industri di Negeri Sembilan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan syarikat atas kesudian menerima kunjungan daripada Pentadbiran ini. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Jotun Paints (Malaysia)!

Address

5th Floor, Block B, Wisma Negeri
Seremban
70503

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6067659570

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Invest NS - Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Invest NS - Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share