DOSM Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

DOSM Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DOSM Negeri Sembilan, Government Organization, Seremban.

Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.Salam takziah buat YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sekeluarga atas kepulangan Tun Dr....
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Salam takziah buat YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sekeluarga atas kepulangan Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali ke negeri abadi.

Hilangnya sebutir permata negara yang amat disayangi dan dihormati oleh seluruh lapisan rakyat.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Ikhlas Daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

BACAAN YASIN & MAJLIS SATU PERTEMUAN, SERIBU KENANGANJumaat, 25 September 2026Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri ...
26/09/2026

BACAAN YASIN & MAJLIS SATU PERTEMUAN, SERIBU KENANGAN

Jumaat, 25 September 2026

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sembilan telah mengadakan Bacaan Yasin dan Majlis Satu Pertemuan, Seribu Kenangan bagi meraikan Encik Mohd Naim bin Mohd Amin, Pembantu Perangkaan E1, yang telah bertukar ke DOSM Negeri Melaka berkuat kuasa pada 21 September 2026.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa, diikuti dengan amanat serta ucapan daripada Puan Pengarah DOSM Negeri Sembilan, Puan Norhashimah binti Haron. Majlis ini turut menjadi pertemuan pertama Puan Pengarah bersama warga DOSM Negeri Sembilan selepas pelantikan beliau sebagai Pengarah DOSM Negeri Sembilan pada 1 September 2026.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi ucapan daripada insan yang diraikan, sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan atas segala jasa serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di DOSM Negeri Sembilan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap jasa, bakti dan kenangan yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan.

Seluruh warga DOSM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Naim bin Mohd Amin atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang bersama jabatan.

Semoga terus maju jaya di tempat baharu dan dikurniakan kejayaan serta kebahagiaan dalam setiap langkah. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal selamanya. 🤍


Malaysia bukan sekadar sebuah negara, tetapi sebuah perjalanan yang dibina atas perpaduan, kepelbagaian dan semangat keb...
15/09/2026

Malaysia bukan sekadar sebuah negara, tetapi sebuah perjalanan yang dibina atas perpaduan, kepelbagaian dan semangat kebersamaan.

"Di sebalik angka, ada cerita….
Di sebalik perpaduan, ada Malaysia…. “

Selamat Menyambut Hari Malaysia 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Ikhlas Daripada,
Pengarah dan Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

Jawatan Kosong Personal MyStep E9, DOSM Negeri SembilanJabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan mempelawa Warganegara...
11/09/2026

Jawatan Kosong Personal MyStep E9, DOSM Negeri Sembilan

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut

Syarat Permohonan adalah seperti berikut:
♦️ Mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang statistik atau bidang berkaitan bagi tujuan pengurusan dan analisis data
♦️Mahir menggunakan komputer dan aplikasi asas seperti Microsoft Office.
♦️Mempunyai kemahiran menggunakan statistical software seperti SPSS, SAS, QM for Windows
♦️Kemahiran lanjutan dalam Microsoft Excel, termasuk Pivot Table, Power Query, fungsi Lookup dan pembangunan papan pemuka (Dashboard).
♦️Mempunyai kemahiran analisis dan penyelesaian masalah yang kukuh.
♦️Mempunyai tahap ketelitian yang tinggi serta memastikan ketepatan data.
♦️Berkebolehan bekerja secara berdikari serta mampu menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
♦️Mempunyai kenderaan dan lesen memandu yang sah.
♦️Boleh bekerja dalam pasukan dan mampu bekerja multi-tasking dalam menyiapkan tugasan yg diberikan
♦️Kemahiran berkomunikasi dengan baik dan lancar.
♦️Berdisiplin dan bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pastikan telah mendaftar dan wujudkan akaun dalam laman web MyFutureJobs dan memohon di https://tinyurl.com/4m6ejked

Tarikh Tutup : 20 Sept 2026

Calon akan disaring terlebih dahulu sebelum dipanggil bagi sesi temuduga.

Jawatan Kosong Personal MyStep E1, DOSM Negeri SembilanJabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan mempelawa Warganegara...
11/09/2026

Jawatan Kosong Personal MyStep E1, DOSM Negeri Sembilan

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut:

Syarat Permohonan adalah seperti berikut:
🔸Berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
🔸Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
🔸Mahir menggunakan komputer dan aplikasi asas seperti Microsoft Office.
🔸Kemahiran komunikasi dengan baik.
🔸Berdisiplin dan bertanggungjawab menjalankan tugas.

Bagi mereka yang berminat, sila lengkapkan permohonan di https://tinyurl.com/3k28hprc

Pastikan telah mendaftar dan wujudkan akaun dalam laman web MyFutureJobs.

Tarikh Tutup : 20 Sept 2026

Calon akan disaring terlebih dahulu sebelum dipanggil bagi sesi temuduga.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DOSM NEGERI SEMBILAN KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILANPengarah Jabatan Perangkaan ...
09/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DOSM NEGERI SEMBILAN KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan, Puan Norhashimah binti Haron, telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Wisma Negeri.

Kunjungan Hormat ini merupakan pemakluman secara rasmi pelantikan Puan Norhashimah binti Haron sebagai Pengarah DOSM Negeri Sembilan berkuat kuasa mulai 1 September 2026 kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara DOSM Negeri Sembilan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan terus diperkukuh dalam mendukung agenda pembangunan Negeri Sembilan yang mampan, inklusif dan berdaya saing, berteraskan data dan statistik yang berkualiti.

Terima kasih Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan..




PELAKSANAAN SEMAKAN KUALITI BORANG BANCI EKONOMI (BE 2026) DI DOSM NEGERI SEMBILAN1 – 3 September 2026 | Selasa – Khamis...
03/09/2026

PELAKSANAAN SEMAKAN KUALITI BORANG BANCI EKONOMI (BE 2026) DI DOSM NEGERI SEMBILAN

1 – 3 September 2026 | Selasa – Khamis

Pelaksanaan Semakan Kualiti Borang Banci Ekonomi 2026 oleh wakil Ibu Pejabat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Bilik Salatin, Era Square.

Sesi rumusan pada hari terakhir telah dipengerusikan oleh Pengarah DOSM Negeri Sembilan, Puan Norhashimah binti Haron, sebagai platform bagi meneliti dapatan semakan serta memperkukuh aspek kualiti dan ketepatan pengumpulan data Banci Ekonomi 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada wakil Ibu Pejabat yang telah terlibat:

1. Puan Nurti Asmaria bt Asril, BPP (Ketua)
2. Puan Norzarita bt Samsudin, Penolong Pengarah Kanan, BPP
3. Puan Latifah bt Mohamed Shah, Penolong Pengarah Kanan, BPPAS
4. Puan Suzaina bt Zakaria, Penolong Pegawai Perangkaan Kanan, BPPIB

Semakan ini bertujuan memastikan setiap borang Banci Ekonomi 2026 dilengkapkan dengan tepat, lengkap dan mematuhi tatacara yang ditetapkan malah menjadi nilai tambah dalam memperkukuh kualiti, ketepatan dan integriti data statistik yang dihasilkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan semakan kualiti ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.




SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASSeluruh warga DOSM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan...
03/09/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga DOSM Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Puan Norhashimah binti Haron, yang telah melaporkan diri di DOSM Negeri Sembilan pada 1 September 2026.

Kami sedia melangkah bersama, menjunjung amanah dan memberikan yang terbaik demi kecemerlangan DOSM Negeri Sembilan.

Ikhlas Daripada,
Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARUSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirak...
03/09/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan buat Encik Mohd Sawal bin Shakimon, atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah bersama warga DOSM Negeri Sembilan.

Segala ilmu, pengalaman, kepimpinan serta kerjasama yang diberikan amat dihargai dan akan terus menjadi sebahagian daripada kenangan serta legasi yang ditinggalkan.

Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus diberi kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab.
�Selamat Maju Jaya dan terima kasih…

Ikhlas Daripada,
Warga Kerja
DOSM Negeri Sembilan

Address

Seremban
70000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6067655000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DOSM Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share