03/10/2026
ππππππ πππ πππππππ ππππππ ππππ π¦π²ππ πππ π¦π²ππ πππππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ
πππππ ππππππ, ππ πππππππππ ππππ: Satu pencapaian membanggakan buat komuniti perikanan dan myAgropreneur Perikanan Negeri Sembilan apabila myKP PeTIK Felda Pasoh 1 dinobatkan sebagai Ikon myKP Terbaik Peringkat Negeri Sembilan manakala Puan Ra'idah binti Ahmad dinobatkan sebagai Ikon myAP Terbaik Negeri Sembilan sempena Majlis Anugerah myAgropreneur Perikanan (myAP) dan myKomuniti Perikanan (myKP) Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Ixora Hotel, Pulau Pinang.β¨
Majlis ini diadakan bersempena Majlis Perundingan Industri (MPI) Bahagian Pengembangan Perikanan 2026, yang berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober 2026 dengan menghimpunkan kumpulan sasar myAP, myKP serta warga Bahagian Pengembangan Perikanan dari seluruh negeri. π
Program ini menjadi platform penting untuk memperkukuh komunikasi dua hala antara Jabatan Perikanan Malaysia dengan komuniti dan usahawan perikanan, khususnya dalam membincangkan hala tuju serta perancangan pembangunan industri. Ia turut membuka peluang memperluas jaringan kerjasama dan pasaran produk perikanan.πͺ
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Haji Abdullah bin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Jabatan Perikanan Malaysia.π€
π Syabas dan tahniah kepada myKP PeTIK Felda Pasoh 1 dan usahawan myAP Puan Ra'idah binti Ahmad atas kejayaan yang membanggakan ini!
Pengiktirafan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada komuniti dan usahawan perikanan untuk terus meningkatkan usaha, memperkukuh kerjasama dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan sektor perikanan di Negeri Sembilan.π