01/11/2026
Menghadiri Konsert The Rayhan: Syukur '26 (Tiket konsert tajaan Bintang Batu Event selaku penganjur konsert)
Tarikh:
31 Oktober 2026 / 19 Jamadilawal 1448H (Sabtu)
Masa:
7.30 malam – 12.35 tengah malam
Tempat:
Megastar Arena, Kuala Lumpur
Penglibatan:
* Pelatih PPKKS
* Pegawai pengiring
Pengisian Aktiviti:
7.30 malam - Bertolak dari institusi selepas selesai menunaikan solat Maghrib menuju ke Megastar Arena, Kuala Lumpur.
8.30 malam - Tiba di Megastar Arena, Kuala Lumpur dan menghadiri persembahan Konsert The Rayhan: Syukur '26 yang menampilkan persembahan selawat dan nasyid oleh kumpulan The Rayhan.
Sepanjang persembahan, pelatih berpeluang menghayati alunan selawat dan lagu-lagu nasyid yang membawa mesej keagamaan, kesyukuran serta nilai-nilai murni dalam kehidupan.
11.30 malam - Konsert tamat dan sesi bergambar.
11.45 malam - Bertolak pulang dari Megastar Arena menuju ke PPKKS.
12.35 tengah malam - Tiba di PPKKS.
Objektif:
1. Memberikan pendedahan kepada pelatih terhadap seni muzik Islam melalui persembahan selawat dan nasyid secara langsung.
2. Memupuk kecintaan dan penghayatan terhadap selawat serta meningkatkan penghargaan terhadap seni nasyid sebagai medium penyampaian mesej dakwah dan nilai keagamaan.
3. Menerapkan nilai kesyukuran, kerohanian dan penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan seharian melalui mesej positif yang disampaikan menerusi persembahan.
4. Memberikan pengalaman rekreasi yang berunsurkan kerohanian kepada pelatih di samping memperluas pengalaman sosial melalui penyertaan dalam aktiviti luar institusi.
Laporan Disediakan Oleh:
Muhammad Rosma Nurul Iman
Pembantu Pembangunan Masyarakat
Biro Kebudayaan dan Kesenian PPKKS