26/08/2026
JELAJAH “SISFEC VENTURE” 2026 🌿
Persatuan Pentadbir Universiti Putra Malaysia (PPUPM) telah menganjurkan Program Jelajah “SISFEC Venture” 2026 pada 21 Ogos 2026 yang lalu dengan penyertaan seramai 28 orang peserta termasuk urus setia.
Program yang berlangsung di SISFEC, Puchong ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai latar belakang merangkumi Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P), Kumpulan Pelaksana, Pegawai Akademik serta orang awam, sekali gus mewujudkan ruang interaksi dan jaringan yang lebih santai di luar persekitaran kerja.
Berlatarkan kehijauan dan keindahan alam semula jadi, program ini bukan sekadar aktiviti riadah dan penerokaan, malah menjadi platform untuk menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat, memperkukuh kesejahteraan fizikal dan mental serta mengeratkan hubungan dan kebersamaan antara peserta.
Penganjuran program ini turut mendukung aspirasi PUTRASihat, yang menekankan pembudayaan amalan hidup sihat dan kesejahteraan warga sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membentuk komuniti UPM yang lebih sihat, aktif dan sejahtera.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga Jelajah terus menjadi wadah yang menghubungkan warga pentadbir dan komuniti melalui pengalaman, jaringan dan aktiviti yang memberi nilai tambah.
Jumpa lagi dalam siri Jelajah yang seterusnya!