Call Directions Website

MARDI Penjana terulung teknologi inovatif untuk kelestarian & daya saing industri pertanian menjelang 2030 MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan. Majlis Sains MARDI p**a memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

KURSUS CHEMICAL SAFETY & ERGONOMIC TRAININGLOKASI : MARDI MUADZAM SHAH Stesen Mardi Muadzam ShahTARIKH: 14 OKTOBER 2026P...
16/10/2026

KURSUS CHEMICAL SAFETY & ERGONOMIC TRAINING

LOKASI : MARDI MUADZAM SHAH Stesen Mardi Muadzam Shah
TARIKH: 14 OKTOBER 2026

PENGENALAN
Kursus Chemical Safety & Ergonomic Training ini dirancang khas untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman kakitangan mengenai pengurusan bahan kimia berbahaya dan amalan ergonomik yang betul di tempat kerja. Program ini bertujuan mengurangkan risiko kemalangan, kecederaan otot dan tulang (musculoskeletal disorders), serta pendedahan bahan kimia berisiko mengikut piawaian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

2. OBJEKTIF PROGRAM

Keselamatan Kimia:

Memahami bahaya kimia, laluan pendedahan, dan pembacaan Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet - SDS).

Mempelajari langkah pencegahan tumpahan, pemakaian PPE yang betul, dan prosedur kecemasan.

Ergonomik Tempat Kerja:

Mengenal pasti faktor risiko ergonomik semasa mengendalikan beban atau semasa bekerja di pejabat/makmal/stesen.

Mempraktikkan postur badan yang betul dan kaedah mengangkat beban secara selamat (manual handling).

3. KUMPULAN SASARAN

Pengendali bahan kimia / makmal / stor.

Pekerja lapangan, teknikal, dan penyelenggaraan.

Staf pentadbiran

4. PENCERAMAH

Dr.Muhammad Haziq Qaiyum bin Roslan






Dr. Sanimah Simoh wanita pertama terajui MARDISumber :
16/10/2026

Dr. Sanimah Simoh wanita pertama terajui MARDI

Sumber :

Dr. Sanimah Simoh, 56, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai wanita pertama menerajui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai Ketua Pengarah, sekali gus membuka lembaran baharu kepimpinan dalam institusi penyelidikan pertanian negara itu.

15/10/2026

SOROTAN SUKAN MADANI KPKM 2026

Aksi mantap, semangat membara.

15/10/2026

Hari Pertama, Amanah Baharu

Selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Dr. Sanimah binti Simoh sebagai Ketua Pengarah MARDI yang baharu. Bersama memacu inovasi agroteknologi negara

Hari Pertama, Amanah Baharu.Memulakan langkah sebagai Ketua Pengarah MARDI pada 15 Oktober 2026, dengan tekad meneruskan...
15/10/2026

Hari Pertama, Amanah Baharu.

Memulakan langkah sebagai Ketua Pengarah MARDI pada 15 Oktober 2026, dengan tekad meneruskan kecemerlangan dan memperkukuh peranan MARDI sebagai peneraju inovasi agroteknologi negara.

Selamat menjalankan tugas, YBrs. Dr. Sanimah binti Simoh

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSeluruh warga MARDI merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs.  Dr. Sanimah binti Simoh atas pelantik...
14/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Seluruh warga MARDI merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Dr. Sanimah binti Simoh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARDI, berkuat kuasa 15 Oktober 2026.

Semoga terus cemerlang dalam menerajui MARDI ke arah kecemerlangan penyelidikan dan inovasi agroteknologi demi kemajuan sektor agromakanan negara.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi & amanah.

selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-72 kepada YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan...
14/10/2026

selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-72 kepada YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Semoga Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberi keberkatan serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui pembangunan sektor agromakanan negara demi keterjaminan makanan dan kesejahteraan rakyat.





Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-72 kepada YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pada 14 Oktober 2026.

Seluruh warga KPKM mendoakan agar Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberi keberkatan serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui pembangunan sektor agromakanan negara demi keterjaminan makanan dan kesejahteraan rakyat.





TIRAI SUKAN MADANI KPKM 2026 MELABUHKAN TIRAI!Penuh semangat, aksi dan kenangan.Majlis Penutupan Sukan MADANI KPKM 2026 ...
11/10/2026

TIRAI SUKAN MADANI KPKM 2026 MELABUHKAN TIRAI!

Penuh semangat, aksi dan kenangan.

Majlis Penutupan Sukan MADANI KPKM 2026 menandakan berakhirnya temasya sukan yang penuh dengan semangat kesukanan dan kebersamaan.

Tahniah kepada semua atlet dan kontinjen yang telah memberikan aksi terbaik.

MARDI MEMBARA

SYABAS & TAHNIAH, KONTINJEN MARDITerima kasih kepada semua atlet MARDI yang telah berjuang habis-habisan demi lencana di...
11/10/2026

SYABAS & TAHNIAH, KONTINJEN MARDI

Terima kasih kepada semua atlet MARDI yang telah berjuang habis-habisan demi lencana di dada.

Menang atau kalah, semangat juang dan kebanggaan membawa nama MARDI tetap nombor satu.

MARDI MEMBARA

Tahniah kepada pasukan boling lelaki dan wanita MARDI yang berjaya meraih tempat ketiga dalam Sukan MADANI KPKM 2026.Kej...
09/10/2026

Tahniah kepada pasukan boling lelaki dan wanita MARDI yang berjaya meraih tempat ketiga dalam Sukan MADANI KPKM 2026.

Kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat Kontinjen MARDI untuk terus berjuang memburu lebih banyak kemenangan.

AYUH MARDI! KITA BOLEH!

Address

Persiaran MARDI/UPM
Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share