Suzanah Hanim Wong

Directions

Suzanah Hanim Wong Ahli Majlis - Majlis Bandaraya Subang Jaya
Naib Ketua DAPSY Bangi 🚀

A little Malaysian representation at Oxford! 🇲🇾 Still feels a little surreal seeing my name and photo featured on the Un...
20/10/2026

A little Malaysian representation at Oxford! 🇲🇾

Still feels a little surreal seeing my name and photo featured on the University of Oxford’s Climate Leadership Centre website, alongside inspiring leaders from different countries and backgrounds! 🥹

From serving communities on the ground as a City Councillor of Subang Jaya, to pursuing my Master of Environment at Universiti Putra Malaysia (UPM), and now being part of an international climate leadership network. What a journey it has been!

My journey in environmental policymaking started with a simple realisation: Environmental policies should not just look good on paper. They must make a real difference in people's lives.

Throughout my years in local government, I've witnessed how environmental issues, from illegal dumping and poor waste management to river pollution and urban sustainability, directly affect the communities we serve.

These experiences inspired me to deepen my understanding of environmental law and policy, and eventually pursue my Master's degree, where I researched reforms to Malaysia's environmental laws to prevent illegal electronic waste imports.

Today, as a City Councillor and Environmental Policymaker, I hope to continue bridging the gap between policy and practice, ensuring that environmental commitments translate into meaningful action.

I'm grateful for this opportunity to connect with and learn from climate leaders around the world, bringing different experiences, perspectives and ideas to the table.

Because climate action doesn't only happen at international conferences or in government offices. It also begins in our neighbourhoods, our communities and the everyday decisions we make.

There's still so much to learn and so much more to contribute. I hope to bring whatever knowledge and experience I gain back to Malaysia, especially to the communities I have the privilege of serving.

From local action to global conversations, and back to meaningful local impact.
🔗 Find my profile here:
https://leadership.climate.ox.ac.uk/our-leaders/?_leader=politics

🧼♻️ MINYAK MASAK TERPAKAI JADI SABUN? BOLEH! 💚Minyak masak terpakai pun boleh dapat peluang kedua tau! Kali ni kita tuka...
18/10/2026

🧼♻️ MINYAK MASAK TERPAKAI JADI SABUN? BOLEH! 💚

Minyak masak terpakai pun boleh dapat peluang kedua tau! Kali ni kita tukarkan jadi sabun pencuci rumah.

Seronok tengok semua peserta belajar dan mencuba sendiri dalam Bengkel Membuat Sabun anjuran MPP MBSJ Zon 23!

Terima kasih semua yang hadir! Lepas ni, jangan buang minyak masak terpakai sesuka hati tau! 💚🌱

🧼♻️ 废食用油也能变肥皂?当然可以! 💚

谁说废食用油只能丢掉?这次我们把它变成家用清洁肥皂啦!第23区环保肥皂制作工作坊,大家一起动手做,边学边玩!

谢谢大家的参与!以后家里的废食用油,别再随便倒掉啦!💚🌱



INDONESIA, I WANT MY CLEAN AIR! 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍: 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐊, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀𝐀𝐍Setiap kali jerebu me...
16/10/2026

INDONESIA, I WANT MY CLEAN AIR!

𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍: 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐊, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀𝐀𝐍

Setiap kali jerebu melanda, rakyat Malaysia terpaksa mengehadkan aktiviti harian dan menanggung risiko kesihatan akibat pencemaran udara. Sampai bila rakyat perlu menanggung akibat pencemaran yang bukan berpunca daripada mereka, sedangkan pihak yang bertanggungjawab terus terlepas daripada tindakan?

Menurut NRES, Malaysia mengalami episod jerebu sejak 8 Ogos 2026, dengan kebakaran hutan dan tanah di rantau ini, termasuk Sumatera dan Kalimantan, dikenal pasti sebagai antara penyumbangnya.

“INDONESIA, I WANT MY CLEAN AIR!” bukan seruan untuk menyalahkan rakyat Indonesia, tetapi tuntutan agar kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan lebih berkesan terhadap pencemaran yang melangkaui sempadan negara.

𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐈𝐒𝐔 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑

Udara Tercemar, Kehidupan Rakyat Terjejas
Jerebu menjejaskan aktiviti harian, pembelajaran dan pekerjaan. Pekerja pembinaan, penghantar makanan dan peniaga masih perlu keluar mencari rezeki walaupun udara tercemar. Semua orang terdedah kepada jerebu, tetapi tidak semua mempunyai pilihan dan kemampuan yang sama untuk melindungi diri.

PM2.5: Ancaman Kesihatan Yang Tidak Kelihatan
Menurut WHO, zarah halus PM2.5 boleh menembusi paru-paru dan sebahagiannya memasuki aliran darah, meningkatkan risiko penyakit pernafasan, serangan jantung, strok dan kanser paru-paru.
Berkeley Earth menganggarkan pendedahan purata PM2.5 sebanyak 22 µg/m³ selama sehari mempunyai anggaran risiko kesihatan setara dengan kira-kira sebatang rokok, manakala 110 µg/m³ bersamaan lima batang rokok. Ini adalah analogi risiko, bukan bacaan semasa Malaysia.

Kesihatan Awam Tidak Boleh Dipandang Ringan
Pada 15 Oktober 2026, Menteri Kesihatan melaporkan peningkatan 167.21% kes jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) di 78 fasiliti kesihatan sentinel, daripada 2,644 kepada 7,065 kes antara minggu epidemiologi 35 dan 36.
Walaupun peningkatan ini tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan jerebu tanpa analisis lanjut, ia menunjukkan pentingnya kesiapsiagaan sistem kesihatan.

Udara Bersih Adalah Hak Asasi Manusia
Pada tahun 2022, PBB melalui Resolusi 76/300 mengiktiraf hak kepada persekitaran yang bersih, sihat dan mampan sebagai hak asasi manusia. Hak untuk menikmati udara bersih tidak sepatutnya bergantung kepada kemampuan seseorang membeli penapis udara, mendapatkan rawatan atau berlindung di dalam rumah.

Hampir 23 Tahun Perjanjian ASEAN, Mengapa Jerebu Masih Berulang?
ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP) telah berkuat kuasa sejak 2003. Namun, Artikel 27 menetapkan penyelesaian pertikaian melalui rundingan dan konsultasi, tanpa mekanisme penalti khusus yang dikenakan secara automatik terhadap ketidakpatuhan.
Perjanjian ini menyediakan asas kerjasama serantau, tetapi kejayaannya perlu diukur melalui tindakan pencegahan kebakaran, perkongsian maklumat dan hasil yang nyata.

Akta Jerebu Rentas Sempadan: Undang-Undang Mesti Boleh Dilaksanakan
Singapura telah menggubal Transboundary Haze Pollution Act 2014, yang membolehkan tindakan terhadap entiti tertentu yang menyebabkan atau menyumbang kepada pencemaran jerebu, termasuk melalui aktiviti di luar negaranya.
Namun, cabaran mendapatkan bukti, mengenal pasti pihak bertanggungjawab dan menguatkuasakan tindakan rentas sempadan menunjukkan bahawa undang-undang sahaja tidak mencukupi.
Malaysia tidak memerlukan undang-undang yang sekadar kelihatan tegas di atas kertas. Kita memerlukan undang-undang yang benar-benar boleh dilaksanakan.

𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧

Pertama, memperkukuh liabiliti korporat dan prinsip pencemar membayar (polluter pays principle). Malaysia perlu meneliti kerangka perundangan yang membolehkan syarikat dipertanggungjawabkan atas pencemaran rentas sempadan, khususnya apabila terdapat hubungan bidang kuasa yang jelas dengan Malaysia. Kewajipan ketekunan wajar alam sekitar (environmental due diligence) juga perlu dipertimbangkan bagi memastikan syarikat mengambil langkah pencegahan terhadap risiko pencemaran dalam operasi dan rantaian bekalan mereka. Liabiliti mestilah berasaskan bukti penglibatan, kawalan atau pelanggaran kewajipan undang-undang.

Kedua, memperkukuh mekanisme pembuktian dan kerjasama penguatkuasaan rentas sempadan. Cabaran utama bukan sekadar mengenal pasti lokasi kebakaran, tetapi membuktikan pihak yang bertanggungjawab serta kaitan antara aktiviti mereka dengan pencemaran yang berlaku. Justeru, penggunaan data satelit, pemodelan pergerakan asap, rekod konsesi tanah dan perkongsian bukti antara Malaysia dengan Indonesia perlu diperkukuh supaya tindakan undang-undang mempunyai asas pembuktian yang kukuh.

Ketiga, memperkukuh mekanisme pematuhan dan akauntabiliti di bawah AATHP. Kerjasama ASEAN perlu bergerak melangkaui komitmen diplomatik kepada pelaksanaan yang boleh dinilai. Malaysia wajar mengusulkan pelaporan berkala yang telus, sasaran pencegahan kebakaran yang boleh diukur serta mekanisme pemantauan dan penilaian pematuhan yang lebih berkesan.

Undang-undang yang baik bukan sekadar menetapkan tanggungjawab, tetapi mesti menyediakan mekanisme untuk membuktikan pelanggaran, menguatkuasakan kewajipan dan memastikan pihak yang bertanggungjawab menanggung akibatnya.

Perbahasan Parlimen Mesti Disusuli Tindakan Nyata
Saya menyambut baik perbahasan jerebu rentas sempadan di Parlimen pada 13 Oktober 2026. Namun, NRES perlu memperincikan pelan tindakan Malaysia–Indonesia, menilai kebolehlaksanaan pembaharuan undang-undang serta menetapkan garis masa dan sasaran pelaksanaan yang boleh diukur.

Saya turut menyeru pemimpin politik merentas parti agar terus membangkitkan isu ini dan memastikan perlindungan udara bersih kekal dalam agenda negara.

Udara bersih adalah hak, bukan keistimewaan.

Suzanah Hanim Wong
Naib Ketua DAPSY Bangi
16 Oktober 2026

印尼,我要呼吸干净的空气!

跨境烟霾问题:呼吸清洁空气是基本权利,而非特权

每当烟霾来袭,马来西亚人民就被迫减少户外活动,并承担空气污染所带来的健康风险。究竟还要多久,人民才能不再为自己没有造成的污染付出代价,而真正应该负责的人却迟迟没有受到追究?

根据天然资源及环境永续部(NRES)的资料,马来西亚自2026年8月8日起受到烟霾影响,而区域内包括苏门答腊和加里曼丹的森林及土地火灾,被鉴定为烟霾的部分来源。

“印尼,我要呼吸干净的空气!”并不是要责怪印尼人民,而是要求有关政府及责任方采取更有效的行动,正视并解决跨越国界的空气污染问题。

烟霾不只是环境问题

空气受污染,人民生活受影响

烟霾影响人民的日常生活、学习与工作。建筑工人、外送员及小贩即使面对空气污染,仍必须外出工作维持生计。

每个人都暴露在烟霾之下,但并非每个人都有同样的选择和能力保护自己。

PM2.5:看不见的健康威胁

根据世界卫生组织(WHO)的资料,PM2.5细悬浮微粒能够深入肺部,部分甚至进入血液循环,增加呼吸道疾病、心脏病发作、中风及肺癌的风险。

Berkeley Earth估算,若连续一天暴露在平均浓度为22 µg/m³的PM2.5环境中,其估计健康风险大约相当于吸一根香烟;若浓度达到110 µg/m³,则相当于约五根香烟。这只是用于说明健康风险的比喻,并非马来西亚当前的空气污染读数。

公共卫生风险不容忽视

2026年10月15日,卫生部长指出,全国78间参与监测的医疗设施所记录的上呼吸道感染(URTI)病例,在第35至第36流行病学周期间,从2,644宗增加至7,065宗,增幅达167.21%。

虽然在缺乏进一步分析的情况下,不能将所有病例的增加直接归因于烟霾,但这也凸显了医疗卫生体系做好应对准备的重要性。

呼吸清洁空气是一项基本人权

2022年,联合国大会通过第76/300号决议,承认享有清洁、健康及可持续环境是一项基本人权。

一个人能否呼吸清洁空气,不应该取决于他是否有能力购买空气净化器、承担医疗费用,或长期待在室内躲避污染。

东盟协议生效近23年,为何烟霾问题仍一再发生?

《东盟跨境烟霾污染协定》(ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution,AATHP)自2003年起生效。

然而,协定第27条规定,争端须通过协商与谈判解决,并没有针对不遵守协定的行为设立自动适用的具体处罚机制。

这项协定为区域合作奠定了基础,但其成效必须通过预防火灾的实际行动、信息共享,以及可衡量的成果来检验。

跨境烟霾法令:法律必须真正能够执行

新加坡于2014年制定《跨境烟霾污染法令》(Transboundary Haze Pollution Act 2014),允许当局对造成或促成烟霾污染的特定实体采取法律行动,包括涉及境外活动的实体。

然而,跨境取证、确认责任方及执行法律行动等挑战,也说明了单靠立法并不足够。

马来西亚不需要一部只在纸面上看起来严厉的法律。我们需要的是一部真正能够执行、能够追究责任的法律。

三项应优先推动的法律与政策改革

第一,加强企业法律责任,并落实“污染者付费原则”(Polluter Pays Principle)。

马来西亚应研究相关法律框架,在企业与马来西亚具有明确司法管辖联系的情况下,依法追究其跨境污染责任。

同时,也应考虑引入环境尽职调查义务(Environmental Due Diligence),要求企业针对自身业务及供应链的污染风险采取预防措施。法律责任必须建立在能够证明企业参与、控制有关活动或违反法律义务的证据之上。

第二,加强科学取证机制与跨境执法合作。

真正的挑战不只是找出火灾发生的地点,而是证明谁应承担责任,以及有关活动与烟霾污染之间的因果关系。

因此,马来西亚与印尼必须加强合作,结合卫星数据、烟霾扩散模型、土地特许经营记录及跨境证据共享,为法律行动建立充分且可靠的证据基础。

第三,加强《东盟跨境烟霾污染协定》的履约与问责机制。

东盟合作不能只停留在外交承诺,而必须迈向能够监督、评估及衡量的实际行动。

马来西亚应推动更透明的定期报告制度、可量化的火灾预防目标,以及更有效的履约监督与评估机制。

一部好的法律,不只是规定谁应该负责,更必须具备证明违法行为、执行法律义务,以及让责任方真正承担后果的机制。

国会辩论之后,必须有实际行动

我欢迎国会于2026年10月13日针对跨境烟霾问题展开辩论。然而,天然资源及环境永续部(NRES)必须进一步明确马来西亚与印尼之间的行动计划,评估法律改革的可行性,并制定清晰的执行时间表及可衡量的目标。

我也呼吁朝野政治领袖持续关注并提出这个问题,确保保障人民呼吸清洁空气的权利,始终是国家重要的政策议程。

呼吸清洁空气是我们的权利,而不是特权。

黄娜娜
DAPSY Bangi 民主行动党万宜社青团 副团长
2026年10月16日

🧼🌼 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐁𝐔𝐍 | 环保肥皂制作工作坊Jom sertai Bengkel Membuat Sabun anjuran MPP Majlis Bandaraya Subang Jaya Zon 23! ♻️...
11/10/2026

🧼🌼 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐁𝐔𝐍 | 环保肥皂制作工作坊

Jom sertai Bengkel Membuat Sabun anjuran MPP Majlis Bandaraya Subang Jaya Zon 23! ♻️✨Belajar cara mengolah minyak masak terpakai menjadi sabun pencuci yang berguna. 🌱
欢迎大家参加由 MPP MBSJ Zon 23 举办的环保肥皂制作工作坊!
一起学习如何将废食用油变成实用的家居清洁肥皂,让废油变废为宝!🧼

📅 17 Oktober 2026 (Sabtu) | 2026年10月17日(星期六)
⏰ 2:00 – 4:00 petang | 下午2时至4时
📍 Balai Masyarakat MBSJ Jalan Muhibbah 19, Taman Muhibbah, Seri Kembangan
📌 https://share.google/HEEWjqDFpHaWnzU1P

🫙 Setiap pasangan (2 orang, 18 tahun ke-atas) perlu membawa 500ml minyak masak terpakai untuk menghasilkan kira-kira 700g sabun pencuci rumah!
🫙 每组(2人)需自备500毫升废食用油,即可制作约700克家居清洁肥皂!
📣 Tempat terhad, daftar sekarang! | 名额有限,赶快报名!
🔗 Pautan Pendaftaran | 报名链接 https://forms.gle/hXrBmd4KPhoF7JzaA
💚 Kecilkan sisa, besarkan impak! | 减少浪费,让环保从生活中的小行动开始!

Jumpa anda nanti! 到时见!🌼♻️

10/10/2026
10/10/2026
10/10/2026

Fit Check ✅



Address

附近修车厂
Seri Kembangan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suzanah Hanim Wong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services


Other Public Services in Seri Kembangan

Show All