Pejabat Pendidikan Daerah Serian

Call Directions

Pejabat Pendidikan Daerah Serian Pejabat Pendidikan Daerah Serian
Batu 1, Jalan Serian / Sri Aman
94700 Serian, Sarawak.

SIMBOLIK PENYERAHAN PELITUP MUKA SUMBANGAN NADMA , PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIANSimbolik penyerahan pelitup muka sumb...
19/09/2026

SIMBOLIK PENYERAHAN PELITUP MUKA SUMBANGAN NADMA , PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN

Simbolik penyerahan pelitup muka sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Serian kepada Pengerusi Persatuan Pengetua, Pengerusi Persatuan Guru Besar serta 9 Pengerusi Zon Pendidikan untuk diagihkan kepada 108 buah sekolah di daerah Serian.

Ringkasan Pelaksanaan Program:-
Tarikh: 18 September 2026 (JUMAAT)
Masa: 9.00 pagi hingga selesai
Tempat: Bilik Mesyuarat Simpon, PPD Serian
Sasaran: 108 buah sekolah PPD Serian

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Pejabat Pendidikan Daerah Serian berkolaboratif dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi situasi jerebu serta memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan sentiasa diberikan keutamaan.

Usai sesi simbolik tersebut, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengambil pelitup muka bagi sekolah masing-masing daripada pihak urus setia di lokasi yang telah ditetapkan. Proses pengagihan dilaksanakan secara teratur, lancar dan sistematik bagi memastikan sumbangan diterima oleh semua sekolah yang terlibat.

Pejabat Pendidikan Daerah Serian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada NADMA atas sumbangan yang amat bermakna ini. Semoga inisiatif ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.




BENGKEL PENYELARASAN PRAKARSA PENINGKATAN MUTU  SEKOLAH BAWAH REFORMASI SEKOLAH, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIANBengkel...
18/09/2026

BENGKEL PENYELARASAN PRAKARSA PENINGKATAN MUTU SEKOLAH BAWAH REFORMASI SEKOLAH, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN

Bengkel Penyelarasan Peningkatan Sekolah Bawah Reformasi Sekolah telah dilaksanakan bagi memberikan bimbingan dan sokongan kepada 16 buah sekolah dalam melengkapkan semua keperluan yang ditetapkan dalam sistem DTP-Care. Pelaksanaan bengkel ini turut memastikan setiap tugasan dapat diselesaikan dengan tepat, teratur dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ringkasan Pelaksanaan Program:-
Tarikh: 17 September 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi hingga selesai
Tempat: Bilik Mesyuarat SJK (C) Chung Hua Siburan

Sekolah terlibat:-
1. Sekolah Kebangsaan Krait
2. Sekolah Kebangsaan Bedup
3. Sekolah Kebangsaan Lebur/ Remun
4. Sekolah Kebangsaan Parun Suan
5. Sekolah Kebangsaan Krangan
6. Sekolah Kebangsaan Tebakang
7. Sekolah Kebangsaan Tebedu
8. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Taee
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Tarat
11. Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang
12. Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan
13. Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin
14. Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan
15. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak
16. Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu

Sepanjang bengkel berlangsung, kesemua 16 buah sekolah telah membentangkan lima program utama yang dirancang serta dilaksanakan di sekolah masing-masing. Setiap sekolah turut memberikan penerangan terperinci mengenai satu program yang dipilih sebagai program showcase. Selain itu, pihak sekolah juga telah memaparkan infografik program yang telah dimuat naik sebagai salah satu bahan dokumentasi dan sasaran pelaksanaan program showcase. Di akhir bengkel, diadakan sesi soal jawab kewangan bagi membuka ruang kepada 16 buah sekolah bertanya soalan-soalan berkaitan kepada Ketua Sektor, Sektor Pengurusan.

Sesi pembentangan ini memberikan ruang kepada pihak sekolah untuk berkongsi pelaksanaan program, pencapaian, amalan terbaik serta impak yang diperoleh. Pada masa yang sama, setiap sekolah menerima bimbingan dan maklum balas secara langsung daripada PIC bagi memastikan maklumat dan bahan yang disediakan menepati keperluan pelaporan dalam DTP-Care.

Hasil daripada komitmen dan kerjasama semua pihak, kesemua 16 buah sekolah berjaya menyelesaikan dua perkara utama yang telah ditetapkan sebagai hasil bengkel. Pencapaian ini membuktikan bahawa penyelarasan yang sistematik, bimbingan yang berterusan dan kerjasama erat antara pihak sekolah dengan PIC dapat membantu melancarkan proses penyediaan serta penyempurnaan keperluan pelaporan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua PIC atas komitmen, bimbingan dan bantuan yang diberikan secara aktif sepanjang pelaksanaan bengkel. Sokongan serta kerjasama yang ditunjukkan telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam memastikan objektif bengkel dicapai dengan jayanya.




PROGRAM SOKONGAN SEEP: GERAK GEMPUR SEJARAH SEKOLAH-SEKOLAH TUMPUAN PPD ZON SELATANPejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seria...
18/09/2026

PROGRAM SOKONGAN SEEP: GERAK GEMPUR SEJARAH SEKOLAH-SEKOLAH TUMPUAN PPD ZON SELATAN

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) serta PPD Zon Selatan telah menganjurkan Program Sokongan SEEP: Gerak Gempur Sejarah Sekolah-Sekolah Tumpuan PPD Zon Selatan pada 17 hingga 18 September 2026.

Program berfokus ini dilaksanakan secara serentak di tiga buah pusat utama sebagai platform memperkasakan penguasaan subjek Sejarah serta memantapkan persediaan calon menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ringkasan Pelaksanaan Program:
Tarikh: 17 & 18 September 2026
Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) & PPD Zon Selatan

Pusat Program:
* SMK Tebedu
* SMK Tebakang
* SMK Balai Ringin

Penglibatan: 9 buah sekolah menengah Daerah Serian
Penyertaan: 720 orang calon SPM (Setiap sekolah menghantar 80 calon kumpulan Kualiti [GPMP] & 80 calon kumpulan Kuantiti [%]

Menerusi program ini, para peserta dibimbing secara intensif mengikut fokus kumpulan sasaran bagi meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) serta melonjakkan peratus kelulusan keseluruhan daerah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah, pihak pentadbir sekolah, guru-guru pengiring, serta semua jawatankuasa yang terlibat atas komitmen padu sepanjang dua hari program berlangsung. Semoga usaha ini memberikan impak positif dan membuahkan kejayaan cemerlang buat semua calon SPM 2026!

TAHNIAH DAN SYABASCikgu Augustine anak Albert Likau, PKKK, SK Tian Murud atas pelantikan sebagai Guru Besar di SK Tesu.&...
17/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Cikgu Augustine anak Albert Likau, PKKK, SK Tian Murud atas pelantikan sebagai Guru Besar di SK Tesu.

&

Cikgu Ronald anak Charles Singka, PK Pentadbiran, SK Pangkalan Kuud atas pelantikan sebagai Guru Besar di SK Merbau.

Semoga terus maju jaya dalam melaksanakan amanah dengan cemerlang dalam memimpin warga sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan Daerah Serian.

Daripada :
Pegawai Pendidikan Daerah Serian
& Seluruh Warga Pendidikan Daerah Serian

SALAM TAKZIAHSeluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Serian merakamkan ucapan salam takziah yang mendalam kepada seluruh...
13/09/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Serian merakamkan ucapan salam takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga mendiang Joseph anak Rabong, Guru Akademik Biasa dari Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian yang telah meninggal dunia pada Ahad, 13 September 2026.

Semoga seluruh ahli keluarga mendiang diberikan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi detik kesedihan ini. Didoakan agar segala urusan keluarga mendiang dipermudahkan.

Jasa, bakti, dan sumbangan mendiang dalam mendidik anak bangsa khususnya di SK Tarat akan sentiasa dikenang.

Ikhlas daripada:

Pegawai Pendidikan Daerah Serian & Seluruh Warga Pendidikan PPD Serian

Pengumuman terkini
12/09/2026

Pengumuman terkini

12/09/2026

Terkini

Pemantauan Pelaksanaan PdPR Sekolah Ekoran Masalah Jerebu Oleh PPD SerianTarikh : 10 September 2026Sekolah Terlibat : SK...
10/09/2026

Pemantauan Pelaksanaan PdPR Sekolah Ekoran Masalah Jerebu Oleh PPD Serian

Tarikh : 10 September 2026
Sekolah Terlibat : SK Melansai
Dapatan Pemantauan :
1. Pihak sekolah mengambil langkah proaktif dan menunjukkan komitmen padu dalam mengaplikasikan pelantar DELIMa 3.0 sebagai wahana utama pengajaran dan pembelajaran. Di antara aplikasi yang digunakan seperti Google Classroom, Canva AI, Wordwall, Google Meet, Video Call dan Chat WhatsApp.
2. ⁠Pihak pengurusan sekolah telah melakukan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan PdPR memenuhi pelan dan ketetapan yang dirancang.
3. ⁠Semua staf sekolah hadir sepenuhnya di sekolah.

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN (7-11 September 2026)9 September 2026 (Rabu)Sa...
09/09/2026

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN (7-11 September 2026)

9 September 2026 (Rabu)

Sambungan pemantauan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) di beberapa buah sekolah yang berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian susulan masalah jerebu.

🏫 Sekolah yang terlibat:
1. SK Tebedu
2. SK Temong
3. SK Sg Sameran

Kehadiran guru dan staf;
✅ Semua hadir, kecuali yang memohon Cuti Rehat dan urusan rasmi.

Antara kaedah PdPR yang digunakan;

1. Pelantar Delima 3.0
- Google Classroom
- Live Worksheets
- Canva AI
- Padlet
- Kahoot
- Wordwall

2. WhatsApp Chat
3. Video Call

Terima kasih dan syabas buat semua warga sekolah yang sentiasa berusaha untul memastikan pembelajaran murid tetap berjalan seperti yang dirancang.




.0


PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN (7-11 September 2026)8 September 2026 Pejabat ...
08/09/2026

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdPR SEKOLAH EKORAN MASALAH JEREBU OLEH PPD SERIAN (7-11 September 2026)

8 September 2026

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian telah melaksanakan pemantauan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) di beberapa buah sekolah susulan masalah jerebu yang melanda kawasan.

🏫 Sekolah yang terlibat:
1. SMK Tun Abdul Razak
2. SMK Siburan
3. SK Patung
4. SK Sg. Kenyah
5. SK Rayang

Kehadiran guru dan staff;
✅ Semua hadir, kecuali yang memohon Cuti Rehat dan urusan rasmi.

Antara kaedah PdPR yang digunakan;

1. Pelantar Delima 3.0
- Google classroom
- Google Meet
- Canva AI
- Quiziz
- Wordwall
- Wayground

2. Chat Whatsapp

3. Video Call

Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah atas komitmen, kesediaan serta usaha berterusan dalam memastikan pembelajaran murid tidak terjejas dalam apa jua keadaan.




.0


Address

Serian
94700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082874104

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share