ADTEC JTM Kampus Serian

Directions Website Contact the organization

ADTEC JTM Kampus Serian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ADTEC JTM Kampus Serian, Government Organization, ADTEC JTM Kampus Serian, Lot 2262, Off Jalan Pengarah Rahun Debak, Serian.

ADTEC JTM Kampus Serian juga dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian (ILP) adalah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang ke 33.

๐ŸŽ“โœจ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS! โœจ๐ŸŽ“PENGARAH DAN SELURUH WARGA ADTEC JTM KAMPUS SERIAN merakamkan setinggi-tinggi u...
21/10/2026

๐ŸŽ“โœจ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS! โœจ๐ŸŽ“

PENGARAH DAN SELURUH WARGA ADTEC JTM KAMPUS SERIAN merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

TS. DR. OLIVIA RAYEG

Atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Awam daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sarawak.

๐ŸŒŸ Kejayaan yang membanggakan ini merupakan manifestasi kecekalan, kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam menuntut ilmu serta mencapai kecemerlangan akademik.

Semoga pencapaian gemilang ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Serian, khususnya dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, memperkasa ilmu pengetahuan dan meningkatkan kompetensi diri.

Sekalung penghargaan dan tahniah sekali lagi atas kejayaan yang amat bermakna ini.

โ€œILMU DIJULANG, KECEMERLANGAN DICIPTAโ€

Ikhlas daripada,
Pengarah & Seluruh Warga
ADTEC JTM Kampus Serian

๐Ÿ“ข PERMOHONAN MASIH DIBUKA!Berita baik kepada semua yang berminat! Permohonan masih dibuka dan anda masih berpeluang untu...
17/10/2026

๐Ÿ“ข PERMOHONAN MASIH DIBUKA!

Berita baik kepada semua yang berminat! Permohonan masih dibuka dan anda masih berpeluang untuk membuat permohonan.

Bagi yang masih belum tahu atau kurang pasti tentang cara membuat permohonan, boleh rujuk panduan yang disediakan di bawah untuk langkah-langkah permohonan.

Jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda mengikuti panduan yang diberikan dan melengkapkan permohonan dengan betul.

๐Ÿ“Œ Sila rujuk panduan berikut untuk cara permohonan.

Mohon kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang memerlukan. Semoga bermanfaat! ๐Ÿค

๐Ÿ“ข Tatacara Permohonan Program TVET yang Ditawarkan oleh ADTEC JTM melalui UP_TVET Perdana

Ibu bapa, penjaga dan calon yang berminat untuk mengikuti pengajian TVET di ADTEC JTM, permohonan boleh dibuat melalui UP_TVET Perdana.

โœ… Langkah permohonan:
1. Akses portal di https://mohon.tvet.gov.my/
2. Daftar atau log masuk
3. Kemaskini profil pemohon
4. Pilih kursus (minimum 1 hingga maksimum 5 pilihan)
5. Hantar permohonan
6. Tunggu tawaran melalui e-mel

๐Ÿ“Œ Institusi latihan yang boleh dipilih:
- ADTEC JTM
- JMTI
- Proton Institute

๐Ÿ“Œ Pengguna sedia ada MySPIKE / TVET MADANI boleh terus log masuk menggunakan ID dan kata laluan sedia ada.
๐Ÿ“Œ Pastikan semua maklumat pemohon, ibu/bapa/penjaga, maklumat tambahan, persekolahan dan persijilan dilengkapkan dengan betul sebelum permohonan dihantar.
๐Ÿ“Œ Kursus ditawarkan ADTEC JTM 1/2027 juga boleh disemak melalui kod QR yang disediakan pada infografik.

๐ŸŒ Portal UP_TVET:
https://mohon.tvet.gov.my/
Jom mohon TVET di ADTEC JTM dan bina masa depan kerjaya anda bersama bidang kemahiran.

17 OKTOBER 2026 | HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM ADTEC JTM KAMPUS SERIAN BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†Program Hari...
17/10/2026

17 OKTOBER 2026 | HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM ADTEC JTM KAMPUS SERIAN BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†

Program Hari Kecemerlangan Kokurikulum ADTEC JTM Kampus Serian bersempena Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah, semangat kesukanan dan kebersamaan! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐ŸŽ‰

Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Serian, diikuti dengan gimik perasmian serta aktiviti senamrobik bagi menyemarakkan semangat warga kerja dan pelajar untuk terus mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Lebih menarik, program kali ini mengetengahkan tema rumah sukan yang borkensepkan Tokoh Sukan iaitu:

๐Ÿฅ‡ Bonnie Bunyau
๐ŸฅŠ Sapok Biki
๐ŸŠโ€โ™€๏ธ Pandelela Rinong

Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan dengan penglibatan warga kerja dan pelajar-pelajar, antaranya:

- futsal
- badminton
- dart
- bola jaring
- pickleball
- pingpong

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja, urus setia serta pelajar ADTEC JTM Kampus Serian yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›,
๐‘€๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐ท๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›"

#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok |
Kata Carian : ADTECSerian
Laman web Kami : https://adtecserian.gov.my

๐Ÿ“… 16 OKTOBER 2026 || MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA ADTEC SERIANโœจ HAPPY ENDING โ€“ MENUTUP TIRAI DENGAN SENYUMAN! ...
16/10/2026

๐Ÿ“… 16 OKTOBER 2026 || MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA ADTEC SERIAN

โœจ HAPPY ENDING โ€“ MENUTUP TIRAI DENGAN SENYUMAN! โœจ

ADTEC JTM Kampus Serian telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja yang dianjurkan oleh Jabatan Sivil dengan membawa tema โ€œHappy Endingโ€. ๐ŸŒธ

Majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, berkongsi maklumat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja ADTEC Serian.

Antara pengisian menarik sepanjang majlis berlangsung ialah:

๐ŸŽค AMANAT PENGARAH

Majlis turut diserikan dengan amanat daripada Pengarah ADTEC JTM Kampus Serian yang menekankan kepentingan semangat kerjasama, komitmen dan kesepaduan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Menerusi konsep โ€œSatu Misi, Satu Matlamat, Satu Pasukanโ€, seluruh warga kerja diseru untuk terus berganding bahu, saling menyokong dan bergerak seiring sebagai satu pasukan yang utuh demi mencapai kecemerlangan serta matlamat organisasi. ๐Ÿ’ช๐Ÿค

๐Ÿ“š SESI PERKONGSIAN INFORMASI

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Ketua Unit BPPL, Encik Muhammad Taufik Bin Azhar yang berkongsi maklumat serta perkembangan aktiviti pelajar di bawah seliaan Unit BPPL kepada seluruh warga kerja ADTEC Serian.

๐Ÿ’ SESI PENGENALAN PEGAWAI BAHARU

Majlis turut meraikan kehadiran dua orang pegawai baharu yang menyertai keluarga besar ADTEC Serian, iaitu:

๐ŸŒท Puan Noraini Binti Awang dan Encik Mohd Sukri Bin Alias

Selamat datang dan selamat bertugas di ADTEC Serian! Semoga kehadiran kedua-dua pegawai dapat menyuntik semangat baharu serta menyumbang kepada kecemerlangan institusi.

๐Ÿช” UCAPAN SELAMAT HARI DEEPAVALI

Tidak dilupakan, ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali turut ditujukan kepada semua warga kerja yang meraikannya. Semoga perayaan cahaya ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian bersama keluarga serta insan tersayang. โœจ

๐ŸŽ‚ SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN OKTOBER

Ucapan Selamat Hari Lahir juga ditujukan kepada semua warga kerja ADTEC Serian yang menyambut ulang tahun kelahiran sepanjang bulan Oktober. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki yang berpanjangan serta kejayaan dalam setiap usaha. ๐ŸŽ‰๐ŸŽˆ

๐Ÿ‘ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Sivil selaku penganjur serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga semangat kerjasama, keharmonian dan kebersamaan yang terjalin terus menjadi pemangkin kejayaan warga ADTEC Serian.

โœจ โ€œHappy Endingโ€ bukan sekadar pengakhiran yang indah, tetapi permulaan kepada lebih banyak kejayaan bersama! โœจ

๐Ÿ’ช SATU MISI, SATU MATLAMAT, SATU PASUKAN!

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›,
๐‘€๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐ท๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›"

#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok |
Kata Carian : ADTECSerian
Laman web Kami : https://adtecserian.gov.my

12 Oktober 2026 (Isnin)ADTEC JTM Kampus Serian telah menerima lawatan kerja YBhg. Datoโ€™ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Saming...
13/10/2026

12 Oktober 2026 (Isnin)

ADTEC JTM Kampus Serian telah menerima lawatan kerja YBhg. Datoโ€™ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, D.S.I.S., Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) pada 12 Oktober 2026.

Ketibaan beliau disambut dengan persembahan tarian tradisional, diikuti sesi bergambar bersama warga kerja dan pelajar serta aktiviti penanaman pokok sebagai simbolik penghijauan kampus.

Sepanjang lawatan, beliau juga telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Projek Pembinaan Kampus, termasuk semakan dokumen bayaran muktamad kepada kontraktor. Lawatan tapak bagi pengesahan Variation Order (VO) dan sesi pembentangan cadangan projek mitigasi banjir oleh syarikat turut diadakan.

Program diteruskan dengan Sesi Randau Ruai Bersama Warga Kerja dan Pelajar, yang merangkumi penyampaian amanat serta sesi ramah mesra dan interaksi dua hala. Sesi ini menjadi wadah perkongsian pandangan dan aspirasi dalam usaha memperkukuh kecemerlangan ADTEC JTM Kampus Serian.

Lawatan kerja diakhiri dengan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Majlis Daerah Serian bagi mendapatkan taklimat berkaitan mitigasi banjir di Daerah Serian, khususnya yang melibatkan kawasan kampus.

Semoga lawatan kerja ini dapat memperkukuh penyelarasan, mempererat hubungan kerjasama strategik dan menyokong usaha pembangunan prasarana kampus demi menyediakan persekitaran latihan TVET yang kondusif, selamat dan berkualiti.

Terima kasih YBhg. Datoโ€™ atas amanat, perhatian dan komitmen terhadap pembangunan ADTEC JTM Kampus Serian.







Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok |
Kata Carian : ADTEC Serian
Laman web Kami :
https://www.adtecserian.gov.my

Pada 08 & 09 Oktober 2026, Telah berlansungnya satu Program Perkongsian Kepakaran dalam Penyiasatan Tapak dan Ujian Bitu...
10/10/2026

Pada 08 & 09 Oktober 2026, Telah berlansungnya satu Program Perkongsian Kepakaran dalam Penyiasatan Tapak dan Ujian Bitumen dengan pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak, Cawangan Penyelidikan Dan Siasatan. Program Ini melibatkan pelajar semester 4 Bidang Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur) bersama dengan 2 tenaga pengajar iaitu Pn. Khairozi Binti Hassan dan Ts. Suhana Binti Hussain. Agenda utama program ini adalah menambahkan kefahaman pelajar bukan sekadar teori di kelas tetapi secara pratikal kerja dilapangan. Selain itu juga ia memperkasakan lagi kebolehpasaran pelajar TVET dalam pasaran kerja yang semakin mencabar. Setinggi โ€“ tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak, khususnya Cawangan Penyelidikan dan Siasatan yang diketuai Dr. Striprabu A/K Strimari bersama pegawai yang terlibat kerana telah memberikan komitmen yang padu bagi menjayakan program ini. Pihak ADTEC JTM KAMPUS SERIAN Khususnya Jabatan Sivil berharap akan ada lagi kerjasama seperti ini di masa akan datang bagi terus memberikan yang terbaik dalam pendidikan belia di Sarawak.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›,
๐‘€๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐ท๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›"

#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok |
Kata Carian : ADTECSerian

Laman web Kami :
https://adtecserian.gov.my

09/10/2026
โœจ SELAMAT DATANG WARGA BAHARU ADTEC JTM KAMPUS SERIAN โœจSeluruh warga ADTEC JTM Kampus Serian mengucapkan selamat datang ...
07/10/2026

โœจ SELAMAT DATANG WARGA BAHARU ADTEC JTM KAMPUS SERIAN โœจ

Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Serian mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada En. Mohd Sukri bin Alias, selaku Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV6 berkuatkuasa mulai 6 Oktober 2026.

Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuhkan lagi kecemerlangan perkhidmatan serta menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ADTEC JTM Kampus Serian.
Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang bersama keluarga besar ADTEC Serian. ๐Ÿคโœจ

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›,
๐‘€๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐ท๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›"

#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok |
Kata Carian : ADTECSerian
Laman web Kami :
https://adtecserian.gov.my See less See less

Pada 6 Oktober 2026 telah berlansung program Perkongsian Kepakaran untuk ujian Premix (Marshall Test) Bersama dengan Kum...
07/10/2026

Pada 6 Oktober 2026 telah berlansung program Perkongsian Kepakaran untuk ujian Premix (Marshall Test) Bersama dengan Kumpulan IKRAM (Sarawak) Sdn. Bhd. Program ini melibatkan pelajar Semester Akhir Teknologi Binaan (Sivil & Struktur).Tujuan Program ini adalah memberikan pendedahan kerja lapangan di makmal pengujian bitumen. Marshall Test ini merupakan salah satu pengujian untuk Waering course & Binder Course bagi kerja penurapan jalan. Setinggi โ€“ tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Peter Ong Yii Boon Pengarah Urusan Kumpulan IKRAM (Sarawak) Sdn. Bhd & MR William Juntan beserta Kakitangan Kumpulan IKRAM kerana telah bersama menjayakan program Perkongsian Kepakaran ini. Pengisian Program Perkongsian Kepakaran ini sangat bermanfaat kepada pelajar kerana bukan sekadar Ujian Premix sahaja tetapi termasuk perancangan pembinaan jalan sehingga kaedah penyelenggaraan jalan. Diharapkan akan ada lagi Program Perkongsian Kepakaran Bersama PIhak Kumpulan IKRAM (Sarawak) di masa akan datang.

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›,
๐‘€๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐ท๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›"

#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok |
Kata Carian : ADTECSerian

Laman web Kami :
https://adtecserian.gov.my

6 Oktober 2026 | Program MYFUTUREJOBS โ€œCAREER LAUNCH PADโ€ Unit Penempatan Pekerjaan PERKESO Negeri Sarawak telah mengada...
07/10/2026

6 Oktober 2026 | Program MYFUTUREJOBS โ€œCAREER LAUNCH PADโ€

Unit Penempatan Pekerjaan PERKESO Negeri Sarawak telah mengadakan Program MyFutureJobs โ€œCareer Launch Padโ€ bersama pelajar ADTEC JTM Serian sebagai satu inisiatif untuk mempersiapkan para pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Program ini memberi pendedahan menyeluruh kepada para pelajar melalui beberapa pengisian penting berkaitan pembangunan kerjaya, antaranya:

๐Ÿ”น Pengenalan Portal Labour Market Exchange (LMX) โ€“ memperkenalkan kepada pelajar mengenai sumber maklumat pasaran buruh dan peluang pekerjaan yang tersedia.

๐Ÿ”น Ujian Psikometrik (RIASEC) โ€“ membantu pelajar mengenal pasti minat, kecenderungan serta kesesuaian diri dengan bidang kerjaya yang bakal diceburi.

๐Ÿ”น Resume Mastery: Resume & Etika Penghantaran Resume โ€“ memberi panduan dalam menghasilkan resume yang kemas, profesional dan bersesuaian dengan keperluan majikan, termasuk etika ketika menghantar permohonan pekerjaan.

๐Ÿ”น Pengenalan Portal/Aplikasi MYFutureJobs โ€“ memberi pendedahan kepada pelajar mengenai platform MYFutureJobs sebagai salah satu saluran untuk mencari dan memohon peluang pekerjaan.

Program ini bukan sahaja memberikan ilmu dan pendedahan berkaitan dunia pekerjaan, malah membantu para pelajar membina keyakinan diri, mengenal pasti potensi serta membuat persediaan lebih awal untuk memasuki pasaran kerja.

โ€œ๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’Œ๐’Š๐’๐’๐’”, ๐‘ฐ๐’ˆ๐’๐’Š๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†๐’”"
"๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Žโ„Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›,
๐‘€๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐ท๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›"

#๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง๐ˆ๐ง๐ข๐“๐ข๐š๐๐š๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š #๐Š๐ˆ๐“๐€
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—œ๐—Ÿ๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐— 
#๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok |
Kata Carian : ADTECSerian
Laman web Kami : https://adtecserian.gov.my

Address

ADTEC JTM Kampus Serian, Lot 2262, Off Jalan Pengarah Rahun Debak
Serian
94700

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ADTEC JTM Kampus Serian:

Shortcuts

Share