Halal International Selangor - HIS

Call Directions Website

Halal International Selangor - HIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Halal International Selangor - HIS, Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

Introducing Halal International Selangor (HIS), is an initiative by the Selangor State Government in making Selangor a “Global Nation State” in the halal industry

Ikuti kami untuk info halal terkini...

MOHON SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA ("SPHM") BAGI PRODUK HASIL TANAMAN SENDIRI.Walaupun menggunakan bahan mentah semul...
19/10/2026

MOHON SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA ("SPHM") BAGI PRODUK HASIL TANAMAN SENDIRI.

Walaupun menggunakan bahan mentah semula jadi yang ditanam sendiri, aspek halal tetap merangkumi keseluruhan proses penghasilan produk, termasuk kebersihan, keselamatan dan pengendalian bahan mentah serta produk akhir. Hal ini selaras dengan konsep halal dan toyyiban yang menitikberatkan bukan sahaja sumber yang halal, malah aspek kebersihan dan kualiti produk.

Walaupun perniagaan masih berskala kecil, peluang untuk mendapatkan pensijilan halal boleh diterokai mengikut keperluan dan kelayakan perniagaan.

Pada 12 Oktober 2026, HIS Toyyiba Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan ke kebun mulberi Al Harvest Enterprise bagi melihat sendiri sumber tanaman yang dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai produk, termasuk jem mulberi, sirap mulberi dan teh daun mulberi.

Lawatan ini turut disusuli dengan sesi perbincangan dan analisis jurang (gap analysis) bagi mengenal pasti keperluan serta aspek pematuhan halal yang perlu diberikan perhatian sebagai persediaan ke arah permohonan SPHM.

Melalui pensijilan halal, usahawan juga berpeluang meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dihasilkan serta meneroka akses ke pasaran yang lebih luas.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan bimbingan halal HIS Toyyiba? Hubungi kami:

🌐 https://halalselangor.com/
✉️ [email protected]
☎️ 03-5870 4888

Dari Kulit Lembu ke Produk Makanan? Kenali Produk Azmi Ijok Farm yang Kini Dalam Proses Mendapatkan Pensijilan Halal!Tah...
15/10/2026

Dari Kulit Lembu ke Produk Makanan? Kenali Produk Azmi Ijok Farm yang Kini Dalam Proses Mendapatkan Pensijilan Halal!

Tahukah anda bahawa kulit lembu juga boleh diproses menjadi produk makanan? Menariknya, produk seperti ini turut mempunyai potensi untuk dikembangkan dalam pasaran halal!

Pada 8 Oktober 2026, HIS Toyyiba Sdn. Bhd. (“HIS Toyyiba”) telah mengadakan lawatan ke kilang baru Azmi Ijok Farm di Bestari Jaya, Selangor.

Azmi Ijok Farm merupakan sebuah syarikat bumiputera tempatan Selangor yang menghasilkan Produk Kulit Lembu Sejuk Beku, Produk Kulit Lembu Sedia Dimasak dan Keropok Jangek Asli. Syarikat ini kini dalam proses mendapatkan pensijilan halal bagi produk yang dihasilkan.

Dalam usaha ini, HIS Toyyiba komited untuk membimbing dan menyokong Azmi Ijok Farm dalam perjalanan mendapatkan pensijilan halal. Usaha ini merupakan komitmen berterusan HIS Toyyiba dalam membantu lebih ramai usahawan menghasilkan produk halal yang diyakini, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk tempatan.

Azmi Ijok Farm merupakan salah satu dari beberapa lagi Syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (“PMKS”) yang sedang dibimbing bagi mendapatkan SPHM di bawah inisiatif Let's Halal negeri Selangor.

✨ Nak tahu sama ada perniagaan anda sudah bersedia memohon SPHM? Nilai tahap kesediaan halal perniagaan anda sekarang di pautan berikut:

https://halalcra.com/

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bimbingan pensijilan halal.

☎️ 03-5870 4888
📧 [email protected]
🌐 halalselangor.com

📢 INTERNSHIP OPPORTUNITY AT HALAL INTERNATIONAL SELANGOR (HIS)! 🎓Are you looking for an exciting internship opportunity ...
12/10/2026

📢 INTERNSHIP OPPORTUNITY AT HALAL INTERNATIONAL SELANGOR (HIS)! 🎓

Are you looking for an exciting internship opportunity to gain real-world working experience and develop your professional skills? Join us at Halal International Selangor (HIS) and be part of a team contributing to the growth of the halal industry! 🌟

✨ OCTOBER 2026 – JANUARY 2027 INTAKE
💰 Allowance Provided!

📌 OPEN POSITIONS:

🔹 Department of Corporate Services
* Business Administration
* Human Resources

🔹 Department of Halal Capacity Development
* Halal Management
* Islamic Studies
* Shariah or related fields

🔹 Department of Communication, Event Management & Marketing
* Mass Communication
* Marketing
* Creative Media or related fields

📄 DOCUMENTS REQUIRED:
✅ Application Letter from University
✅ Industrial Training Form
✅ Resume / Curriculum Vitae (CV)

📩 HOW TO APPLY?
Submit your application documents to:
📧 [email protected]

📞 For enquiries: +603-5870 4888

Don't miss this opportunity to learn, grow and gain valuable industry experience with HIS. We look forward to welcoming you to our team! 🚀

📢 INFO HALAL | HANTAR DOKUMEN, HANTAR BMRNak memastikan permohonan Pensijilan Halal Malaysia diproses dengan lebih mudah...
05/10/2026

📢 INFO HALAL | HANTAR DOKUMEN, HANTAR BMR

Nak memastikan permohonan Pensijilan Halal Malaysia diproses dengan lebih mudah dan lancar?
Jangan lupa sertakan BMR (Batch Manufacturing Record) atau Rekod Pengeluaran bersama dokumen permohonan anda.

📑 BMR membantu pegawai penyemak mendapatkan maklumat berkaitan proses pengeluaran produk dengan lebih jelas dan teratur, sekali gus memudahkan proses semakan dokumen.

Dokumen lengkap → Semakan lebih mudah → Proses lebih lancar.

Jadi, apabila menghantar dokumen permohonan Pensijilan Halal Malaysia, sekalikan BMR anda! ✅

📌 Nak permohonan lebih lancar? Jangan lupa BMR.

Maklumat ini adalah berdasarkan hebahan rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

HIS Toyyiba di Jom XCESS 2026 Anjuran SME Bank HIS Toyyiba Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menjadi panel dalam program Jo...
05/10/2026

HIS Toyyiba di Jom XCESS 2026 Anjuran SME Bank

HIS Toyyiba Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menjadi panel dalam program Jom XCESS 2026 – Pusat Wilayah Kuala Lumpur & Selangor anjuran SME Bank yang berlangsung pada 24 September 2026 di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur.

Puan Amiriah, Ketua Jabatan Pembangunan Kapasiti Halal HIS Toyyiba membentangkan tajuk Peluang Pasaran & Hala Tuju Industri Strategik Negara. Turut dikongsikan kisah kejayaan PMKS yang telah dibimbing HIS sehingga berjaya menembusi pasaran

Antara tajuk lain ialah Situasi Global dan Prospek Ekonomi oleh Pn. Mazlina Abdul Rahman, Ketua Penyelidikan Ekonomi SME Bank, Program Pembiayaan Perniagaan “Growing Together” oleh En. Zulkarnain Othman, Pengarah Pusat Wilayah Kuala Lumpur SME Bank, serta Technology Adoption oleh Ts. Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim, Pengarah Perniagaan Digital, Bahagian Digital Adoption, MDEC.

Program ini disertai lebih 100 Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana ("PMKS") dari pelbagai industri dan sektor.

HIS Toyyiba turut menyediakan kaunter konsultasi dan khidmat nasihat halal kepada para usahawan. Antara perkhidmatan yang diperkenalkan ialah Halal Certification Readiness Assessment (Halal CRA) bagi mengenal pasti jurang pematuhan dan memberikan panduan ke arah Sijil Pengesahan Halal Malaysia ("SPHM").
Anda juga boleh menilai tahap persediaan perniagaan ke arah permohonan SPHM melalui Halal CRA di www.halalcra.com.

Ingin mendapatkan bimbingan dan panduan ke arah SPHM? Hubungi HIS Toyyiba untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sokongan dan perkhidmatan yang tersedia untuk perniagaan anda. Layari www.halalselangor.com atau e-mel [email protected].

Tahniah diucapkan kepada SME Bank atas penganjuran Jom XCESS 2026 dan terima kasih atas peluang kepada HIS Toyyiba untuk bersama-sama menyokong PMKS serta memperkukuh ekosistem halal.

Kredit Foto: SME Bank

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HDCHalal International Selangor (HIS) merakamkan setingg...
05/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HDC

Halal International Selangor (HIS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Hanisofian Alias atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Halal Development Corporation Berhad (HDC) berkuat kuasa 1 Oktober 2026.

HIS yakin bahawa pengalaman luas dan kepimpinan strategik beliau akan terus memperkukuh pembangunan ekosistem halal negara, di samping membuka lebih banyak peluang kerjasama serta mempertingkat daya saing industri halal Malaysia di peringkat global.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kejayaan berterusan HDC dalam menerajui pembangunan industri halal negara.

Tahniah dan selamat maju jaya daripada seluruh warga kerja Halal International Selangor.

HIS SEBAGAI RAKAN KERJASAMA MENYOKONG HDC DALAM PEMERKASAAN USAHAWAN HALALPada 1 Oktober 2026, Halal International Selan...
02/10/2026

HIS SEBAGAI RAKAN KERJASAMA MENYOKONG HDC DALAM PEMERKASAAN USAHAWAN HALAL

Pada 1 Oktober 2026, Halal International Selangor (HIS) telah dijemput oleh Halal Development Corporation (HDC) sebagai Supporting Partner bagi program “Growing Beyond Boundaries: Building Resilience in Business” yang berlangsung di Concorde Hotel, Shah Alam.

Melalui kerjasama ini, HIS menyediakan khidmat konsultasi dan nasihat berkaitan pembangunan kapasiti serta ekosistem halal, selain membawa lima (5) usahawan untuk menyertai reruai pameran dan sesi perkongsian bersama F&N.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen HIS dalam memperkasa usahawan halal serta memperluas jaringan strategik bagi menyokong pembangunan industri halal yang mampan.

Pada 22 dan 23 September 2026, Halal International Selangor (HIS) telah menyertai Halal Certification Bodies Convention ...
30/09/2026

Pada 22 dan 23 September 2026, Halal International Selangor (HIS) telah menyertai Halal Certification Bodies Convention (HCBC) ke-16 yang berlangsung di Le Méridien Putrajaya sempena Global Halal Summit (GHaS) 2026.

Sebagai agensi kerajaan negeri Selangor yang berperanan dalam pembangunan kapasiti dan ekosistem halal, HIS turut menyertai HCBC sebagai pempamer melalui kerjasama selaku Rakan Strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA).

HCBC ke-16 menghimpunkan FHCB serta pemain industri halal tempatan dan antarabangsa dalam satu platform yang membincangkan perkembangan dan masa depan industri halal global, termasuk perkara berkaitan inovasi, kajian dan pembangunan dalam bidang halal.

Melalui penglibatan di GHaS 2026, HIS mengetengahkan peranan dan kepakaran dalam menyediakan solusi halal melalui fasilitasi latihan, bimbingan dan pembangunan kapasiti kepada pemain industri global serta Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB), khususnya dalam memahami keperluan dan proses pensijilan halal JAKIM.

Antara solusi yang diperkenalkan ialah Halal Certification Readiness Assessment (Halal CRA), iaitu satu platform penilaian kendiri yang dibangunkan bagi membantu industri membuat persediaan dengan lebih sistematik serta melancarkan proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Halal CRA juga boleh disesuaikan mengikut keperluan organisasi, industri atau badan pensijilan, selaras dengan keperluan dan skop kerjasama yang ingin dibangunkan.
Hubungi HIS bagi peluang kerjasama strategik bersama industri, FHCB dan pihak berkepentingan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Halal International Selangor (HIS) merafak sembah dengan penuh takzim serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah da...
29/09/2026

Halal International Selangor (HIS) merafak sembah dengan penuh takzim serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sepanjang 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Selangor Darul Ehsan terus bernaung di bawah kepimpinan Tuanku yang berwibawa, berpandangan jauh dan sentiasa menjunjung tinggi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa mengurniakan limpah rahmat, keberkatan, kesihatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Kurniakanlah pemerintahan Tuanku dengan kebijaksanaan dan keadilan demi kemajuan Negeri Selangor Darul Ehsan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.

📂 Nak sediakan fail Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) tapi tak pasti nak mula dari mana?Jangan risau! Sertai Bengkel P...
28/09/2026

📂 Nak sediakan fail Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) tapi tak pasti nak mula dari mana?

Jangan risau! Sertai Bengkel Penyediaan Fail Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) yang direka khas untuk usahawan mikro dan kecil yang ingin memahami serta menyediakan dokumentasi mengikut keperluan Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

🗓️ 20 Oktober 2026
⏰ 8.30 pagi – 5.30 petang
💻 Aplikasi Microsoft Teams
💰 Yuran Penyertaan: RM300.00 (Cash) / RM330.00 (HRD Corp)
📜 Sijil penyertaan digital akan diberikan kepada peserta selepas tamat program

Di akhir program, peserta akan dapat:
✅ Mengenal pasti keperluan dokumen dan rekod Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) yang diperlukan bagi permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
✅ Menyediakan fail IHCS yang lengkap dan tersusun mengikut keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

Siapa yang patut hadir:
* Pemilik Perniagaan
* Eksekutif Halal / QA / QC
* Penyelia Halal
* Individu yang terlibat dalam permohonan SPHM

🔗 Daftar sekarang:
https://forms.cloud.microsoft/r/DvfVNTkTnf

☎️ 03-5870 4888
📧 [email protected]
🌐 halalselangor.com

Address

Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60358704888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halal International Selangor - HIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share