22/10/2026
Alhamdulillah, berlangsung majlis penyerahan buku Sentuhan Emas Tan Sri Dr. Ahmad Nawab seorang tokoh Seniman Negara ke-7. Buku tersebut diserahkan oleh anakanda Allahyarham iaitu Encik Nasir Khan bin Ahmad Khan di Ruang LCE Perpustakaan Tun Abdul Razak
Penyerahan buku ini amat berharga buat Perpustakaan khusus kepada pelajar jurusan Muzik. Terima kasih juga kepada Dekan Fakulti Muzik Prof Dr Tazul Izan Tajuddin atas penganjuran majlis ini secara bersama.
Sempat menyatakan hasrat Perpustakaan membantu mendigitalkan khazanah ilmu Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab agar terus dipelihara dan disebar luas.