KUSEL

Call Directions Website Contact the organization

KUSEL Koridor Utiliti Selangor (KUSEL). One-Stop Agency bagi menyelaras & menyelia utiliti Negeri Selangor

18/09/2026

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾✨

Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, mari kita uji minda dan kepintaran anda tentang kepelbagaian budaya kita!

Saksikan video permainan "Loghat Mana?" daripada pemain warga KUSEL dan cuba teka, loghat dari negeri manakah yang sedang dituturkan? Tidak cukup dengan itu, cabar diri anda untuk menjawab soalan teka-teki loghat Malaysia yang penuh dengan keunikan Nusantara ini!

Anak nelayan ke laut menjala,
Perahu kolek muatan sarat;
Berbeza loghat bahasa kita,
Sehati sejiwa, itulah syarat.

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Teruskan menyemarakkan perpaduan dan kekalkan keunikan kita bersama!

Satu Negara. Satu Jiwa. Satu Aspirasi.Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaia...
15/09/2026

Satu Negara. Satu Jiwa. Satu Aspirasi.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian yang disatukan oleh semangat kebersamaan.

Daripada pelbagai latar dan budaya, kita berkongsi satu tanah air, satu harapan dan satu tanggungjawab untuk terus membina masa depan yang lebih kukuh, inklusif dan sejahtera.

Sempena Hari Malaysia, Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) terus komited untuk menyumbang kepada pembangunan yang mampan melalui penyelarasan infrastruktur utiliti yang terancang dan efisien.

Berbeza latar, bersatu tujuan. Bersama membina Malaysia.

Selamat Hari Malaysia daripada seluruh warga kerja KUSEL.






Syabas dan tahniah diucapkan kepada Skuad Selangor dan Para Selangor atas kejayaan muncul sebagai juara keseluruhan di t...
12/09/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Skuad Selangor dan Para Selangor atas kejayaan muncul sebagai juara keseluruhan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dan Para SUKMA Selangor 2026! 🏆

Kontinjen SUKMA Negeri Selangor mencatat pencapaian membanggakan dengan kutipan 101 pingat emas, 73 pingat perak dan 71 pingat gangsa.

Kecemerlangan turut diteruskan oleh kontinjen Para Selangor dengan 93 pingat emas, 55 pingat perak dan 52 pingat gangsa.

Kejayaan ini membuktikan kekuatan, disiplin dan semangat juang barisan atlet Negeri Selangor yang tinggi, demi terus mengharumkan nama Negeri.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan atlet, jurulatih, pihak pengurusan, sukarelawan dan seluruh petugas yang telah bekerja keras menjayakan misi ini.

Tahniah, Negeri Selangor! Kecemerlangan anda menjadi kebanggaan kita bersama. ❤️💛

KUSEL | Bersama Memacu Negeri Selangor





10/09/2026
Dengan pengumuman rasmi, Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor...
10/09/2026

Dengan pengumuman rasmi, Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026!

Dengan kutipan 93 pingat emas, 55 pingat perak dan 52 pingat gangsa, tuan rumah, Negeri Selangor telah menjuarai temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dan Para SUKMA Selangor 2026!

Edisi kali ini menyaksikan kecemerlangan para atlet Negeri Selangor, yang bukan sahaja telah mempamerkan dedikasi dan komitmen yang jitu, malah turut memberikan inspirasi serta contoh terbaik kepada setiap penonton yang menyaksikan mereka beraksi secara langsung, mahu pun atas talian.

Selaku Penaja Emas penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dan penaja bersama bagi Para SUKMA Selangor 2026, Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) sangat berbangga dengan pencapaian yang gemilang ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada seluruh warga kerja KUSEL!





Syabas dan tahniah, kontinjen Negeri Selangor di temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026!Negeri tuan rumah kek...
10/09/2026

Syabas dan tahniah, kontinjen Negeri Selangor di temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026!

Negeri tuan rumah kekal mengungguli carta kutipan pingat setakat 2.30 petang hari ini, dengan 92 pingat emas, 53 pingat perak, dan 51 pingat gangsa.

Teruskan momentum cemerlang; kami setia menyokong barisan atlet Para SUKMA Selangor hingga ke akhir temasya!




Momen-momen menarik sekitar saingan acara Olahraga di Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung semalam, 9 September.Mel...
10/09/2026

Momen-momen menarik sekitar saingan acara Olahraga di Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung semalam, 9 September.

Melihat keringat dan perjuangan atlet Para Selangor di balapan, jelas terbukti semangat juang mereka tiada tandingannya. Syabas buat semua yang telah memberikan yang terbaik untuk bumi Selangor! ❤️💛




Negeri Selangor kekal mendahului!Dengan kutipan 69 pingat emas, 41 pingat perak dan 42 pingat gangsa, negeri tuan rumah ...
09/09/2026

Negeri Selangor kekal mendahului!

Dengan kutipan 69 pingat emas, 41 pingat perak dan 42 pingat gangsa, negeri tuan rumah kekal mengungguli carta kutipan pingat di temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, setakat 5.30 petang hari ini.

Mungkinkah Negeri Selangor akan menjadi juara keseluruhan temasya kali ini? Sama-sama kita saksikan dan terus zahirkan sokongan kepada barisan atlet Para SUKMA Negeri Selangor!




Kedudukan pingat temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, setakat 12 tengah hari ini.Negeri tuan rumah, Selang...
09/09/2026

Kedudukan pingat temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, setakat 12 tengah hari ini.

Negeri tuan rumah, Selangor kekal mendahului carta dengan 64 pingat emas, 41 pingat perak dan 39 pingat gangsa.

Tahniah diucapkan buat kontinjen Para SUKMA Negeri Selangor!




Seleksi gambar yang melihatkan kemeriahan acara sukan Olahraga, di temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 har...
08/09/2026

Seleksi gambar yang melihatkan kemeriahan acara sukan Olahraga, di temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 hari ini.

Dedikasi dan komitmen barisan atlet Para SUKMA khususnya dari Negeri Selangor adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

Syabas dan tahniah diucapkan!




Address

Persiaran Dato' Menteri
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUSEL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KUSEL:

Shortcuts

Share