15/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ค๐ฎโโ๏ธ
15 Oktober 2026 โ IPD Sungai Buloh menerusi Team Oscar 1 mengadakan program OSCAR dan Community Policing bersama penduduk Apartment Merak di Surau Al-Mukmin, bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam menjaga keselamatan setempat.
Program ini disertai ASP Asrul Izwan bin Mahizan (KBND), Insp Rajkumar a/l Kanthasamy (BPJKKD) dan SI Zolkepli bin Hashim, Timbalan Ketua Balai Polis Kampung Baru Subang, bersama pegawai dan anggota daripada BPJKKD, BSJND serta Balai Polis Kampung Baru Subang.
Turut hadir ialah Pengerusi, Encik Mohd Mustaffa bin Madsom, Setiausaha, Encik Zulkarnain bin Moklas, Pengerusi JMB, Encik Mohd Razif bin Hazali, serta barisan ahli jawatankuasa dan penduduk Apartment Merak.
Antara perkara yang diberi perhatian:
๐น Keselamatan kanak-kanak di kawasan kediaman serta kepentingan pengawasan oleh ibu bapa dan penjaga.
๐น Peranan penduduk dalam menjaga keselamatan, menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.
๐น Kesedaran tentang ancaman dadah, termasuk modus operandi kegiatan jenayah narkotik dan kesannya terhadap komuniti.
๐น Peranan unit rondaan polis dalam usaha mencegah jenayah serta meningkatkan keselamatan kawasan kediaman.
Sesi pertemuan ini turut membuka ruang kepada penduduk untuk menyuarakan kebimbangan, berkongsi pandangan dan mengemukakan cadangan penambahbaikan berkaitan keselamatan setempat.
Pihak polis merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan, jawatankuasa dan seluruh penduduk atas kerjasama yang diberikan. Semoga hubungan erat ini terus memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat.
Peka dengan persekitaran, salurkan maklumat, bersama cegah jenayah.
โPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ