Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI

Call Directions Website Contact the organization

Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI PNSB mula beroperasi pada 1 Disember 1991. Modal dibenar adalah sebanyak RM100 juta manakala modal berbayar adalah RM24 juta.

Selamat datang ke laman Facebook rasmi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 0356501700 atau email kami di [email protected] atau [email protected] Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan telah diperbadankan pada 15 Oktober 1990 di bawah Akta Syarikat 1965. PNSB telah ditubuhkan untuk mengambilalih operasi projek komersil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) (PSKS) atau SSI. PNSB juga melaksanakan projek-projek pembangunan PNSB sendiri yang melibatkan kepelbagaian aktiviti terutamanya pembangunan hartanah dan lain-lain perkhidmatan seperti insuran dan pengurusan hartanah (pertanian) adalah menerusi anak-anak syarikatnya. Misi
Bersama Mencerna Kegemilangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Syumul

Wawasan
Menjadi Wadah dan Penjana Kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan

Dasar Kualiti
Menjadi Sebuah Konglomerat Dinamik, Berwibawa dan Berprestasi Tinggi

Motto
Terbaik Dari PNSB

DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SEMPURNAKAN PERASMIAN DATARAN DATO' SERI HARUN IDRIS, PANTAI MORIBKUALA LANGAT, 11 Oktober...
12/10/2026

DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SEMPURNAKAN PERASMIAN DATARAN DATO' SERI HARUN IDRIS, PANTAI MORIB

KUALA LANGAT, 11 Oktober 2026– Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Dataran Dato' Seri Harun Idris, Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim turut hadir menyaksikan perasmian tersebut yang menjadi satu lagi detik bermakna dalam pembangunan kawasan pesisir pantai di Negeri Selangor. Pada masa yang sama, YM KPE PNSB turut memberikan taklimat ringkas berkenaan projek pembangunan Morib iaitu sebuah projek kolaborasi di antara PNSB, Seriemas Development Sdn Bhd dan LSH Capital Berhad.

Perasmian Dataran Dato' Seri Harun Idris ini diharap dapat meningkatkan daya tarikan kawasan berkenaan sebagai destinasi rekreasi dan pelancongan, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta memberikan manfaat kepada masyarakat dan para pengunjung.

MEMPERKASA KEPIMPINAN, MEMANTAPKAN TADBIR URUSProgram Latihan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PNSB📅 29 September 2026📍 Cr...
30/09/2026

MEMPERKASA KEPIMPINAN, MEMANTAPKAN TADBIR URUS

Program Latihan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PNSB
📅 29 September 2026
📍 Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui Bahagian Setiausaha Syarikat telah menganjurkan Program Latihan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PNSB yang telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PNSB serta Ketua-Ketua Anak Syarikat.

Program ini menjadi platform pengukuhan ilmu, perkongsian pengalaman dan pemantapan kompetensi dalam menerajui Kumpulan PNSB, dengan penekanan kepada aspek tadbir urus korporat, kepimpinan strategik, tanggungjawab Lembaga Pengarah serta pengurusan organisasi, selaras dengan keperluan semasa dan aspirasi Kumpulan PNSB.

Sesi pembelajaran dan perbincangan yang berlangsung turut menjadi wadah untuk memperkaya perspektif serta memperkukuh kesepakatan dalam kalangan kepimpinan Kumpulan, khususnya dalam menyokong proses membuat keputusan yang berteraskan tadbir urus yang baik, integriti dan kepentingan organisasi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen PNSB untuk memperkasa kepimpinan dan memperkukuh amalan tadbir urus secara berterusan, demi memastikan Kumpulan PNSB terus berdaya saing, berintegriti dan mampan dalam menghadapi cabaran serta peluang semasa.

NOTIS TENDER :KERJA-KERJA HIASAN DALAMAN (INTERIOR DESIGN) UNTUK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH KOMPLEKS ISLAM/M...
18/09/2026

NOTIS TENDER :

KERJA-KERJA HIASAN DALAMAN (INTERIOR DESIGN) UNTUK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH KOMPLEKS ISLAM/MASJID SETINGKAT DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 66526, 66527, 66528, 66529, 66530, 66531 DAN 66532 SELUAS 10.39 EKAR, JALAN LAKSAMANA 2, TAMAN GOMBAK PERMAI, MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN (PNSB-T4/2026)

Notis Tender ini juga boleh dilawati di laman web PNSB : https://pnsb.com.my/tender/

Berbeza budaya. Berbeza cerita. Tetap satu Malaysia. 🇲🇾Tanggal 16 September 1963 menjadi detik bersejarah apabila terben...
15/09/2026

Berbeza budaya. Berbeza cerita. Tetap satu Malaysia. 🇲🇾

Tanggal 16 September 1963 menjadi detik bersejarah apabila terbentuknya Malaysia, menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara yang berdaulat.

Sempena Hari Malaysia 2026, marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memelihara keharmonian dan menyemarakkan semangat kebersamaan demi kesejahteraan negara.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Dato’ Wan Hashimi Albakri bin Wan Ahmad...
14/09/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Salam takziah kepada seluruh keluarga
Allahyarham Dato’ Wan Hashimi Albakri bin Wan Ahmad Amin Jaffri,
Penasihat Kanan, Perniagaan Baru, Pelaburan Strategik & Projek, PNSB
yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 September 2026.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲🏻

MORIB, 5 September 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bersama Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital) da...
07/09/2026

MORIB, 5 September 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bersama Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital) dan Seriemas Development Sdn Berhad telah melancarkan Projek Rejuvenasi Padang Golf Sri Morib dan Bandar Peranginan Morib, yang disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pembangunan ini melibatkan rejuvenasi padang golf 18 lubang, pembinaan rumah kelab dan hotel apartmen, serta pembangunan bercampur kediaman dan komersial dengan nilai pembangunan kasar (GDV) awal kira-kira RM850 juta menerusi pelan induk pembangunan selama 10 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, kerjasama strategik ini merupakan langkah penting dalam mentransformasikan aset bersejarah Morib kepada aset ekonomi moden dan mampan, di samping mengangkat Morib sebagai destinasi pelancongan sukan serta mewujudkan peluang sosioekonomi jangka panjang kepada komuniti setempat.

PNSB INNOVATION VENTURES TERIMA PENGIKTIRAFAN DI MPCA AWARDS 2026KUALA LUMPUR, 3 September 2026 – PNSB Innovation Ventur...
07/09/2026

PNSB INNOVATION VENTURES TERIMA PENGIKTIRAFAN DI MPCA AWARDS 2026

KUALA LUMPUR, 3 September 2026 – PNSB Innovation Ventures (PIV) anak syarikat milik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menerima Public-Private Strategic Capital Catalyst Award di Majlis Malaysia Private Capital Association (MPCA) Awards 2026, satu pengiktirafan terhadap peranan PIV dalam ekosistem modal swasta negara.

Pencapaian ini menandakan satu lagi perkembangan positif buat PNSB dalam memperluas penglibatan dalam pelaburan strategik, di samping menyokong pertumbuhan inovasi serta kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Menerusi PIV, PNSB akan terus meneroka peluang pelaburan berpotensi dan membina jaringan strategik yang mampu menjana nilai jangka panjang serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan.

Tahniah PNSB Innovation Ventures atas pengiktirafan ini.

GOMBAK, 30 Ogos 2026 – Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengadakan lawatan ke tapak pembang...
02/09/2026

GOMBAK, 30 Ogos 2026 – Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengadakan lawatan ke tapak pembangunan Kompleks Islam Wira Damai, Gombak bagi meninjau kemajuan semasa projek berkenaan.

Lawatan tersebut telah disambut dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bersama pasukan PNSB, serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad.

Setakat ini, pembangunan Kompleks Islam Wira Damai telah mencapai 50 peratus kemajuan keseluruhan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2027.

Kompleks bernilai RM33 juta ini bakal dilengkapi dengan sebuah masjid berkapasiti kira-kira 2,700 jemaah, bilik kuliah, ruang pengurusan jenazah, ruang makan dan dapur, kuarters imam dan bilal, serta kawasan riadah.

Apabila siap kelak, kompleks ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 10,000 penduduk di sekitar Sungai Tua, selain berperanan sebagai pusat aktiviti keagamaan, pendidikan dan pembangunan ummah bagi masyarakat setempat.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69!69 tahun kemerdekaan, sebuah perjalanan yang dibina atas semangat perjuangan...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69!

69 tahun kemerdekaan, sebuah perjalanan yang dibina atas semangat perjuangan, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.

Ayuh kita terus menyemarakkan semangat patriotisme dan bersama-sama melangkah maju demi Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan dan seluruh warga kerja PNSB serta anak-anak syarikat.

PNSB TERUS MENYOKONG PEMBANGUNAN SUKAN SELANGOR 🏆SHAH ALAM, 24 Ogos 2026 – Yang Mulia Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan...
26/08/2026

PNSB TERUS MENYOKONG PEMBANGUNAN SUKAN SELANGOR 🏆

SHAH ALAM, 24 Ogos 2026 – Yang Mulia Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah menghadiri Majlis Penutupan SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Aneka Walk, SA Sentral, Shah Alam.

Sebagai Penaja Platinum SUKMA XXII Selangor 2026, PNSB berbangga dapat menjadi sebahagian daripada temasya sukan berprestij ini yang menghimpunkan atlet-atlet terbaik dari seluruh negara.

Penglibatan PNSB mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan sukan, pengukuhan bakat atlet serta pembudayaan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.

PNSB percaya bahawa sukan bukan sahaja membina kecergasan fizikal, malah turut membentuk disiplin, semangat kesukanan, daya saing, kepimpinan dan jati diri generasi masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh atlet, jurulatih, kontinjen serta semua pihak yang telah menjayakan SUKMA XXII Selangor 2026.

Sukan Memacu Kecemerlangan, Selangor Terus Gemilang! 💪🏽🏆

Address

Tingkat 16, Menara Naza TTDI, No. 11, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Telephone

+60356501700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI:

Shortcuts

Share