UPEN Selangor

Directions Website

UPEN Selangor Laman ini merupakan pelantar media rasmi sayap pembangunan Pejabat SUK Selangor MAJU BERSAMA

*🌿 SESI PENILAIAN SEMULA GEOPARK KEBANGSAAN GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK | 26–29 OKTOBER 2026*Gombak-Hulu Langat Geopark (...
16/10/2026

*🌿 SESI PENILAIAN SEMULA GEOPARK KEBANGSAAN GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK | 26–29 OKTOBER 2026*

Gombak-Hulu Langat Geopark (GHL Geopark) bakal melalui sesi Penilaian Semula Geopark Kebangsaan pada 26 hingga 29 Oktober 2026, sebagai langkah penting dalam memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti dan warisan budaya, di samping memperkasakan pembangunan pelancongan lestari serta kesejahteraan komuniti setempat.

Dengan keunikan khazanah geologi, keindahan landskap semula jadi dan kepelbagaian budaya yang dimiliki, GHL Geopark terus melangkah ke hadapan dalam memelihara warisan alam untuk generasi akan datang.

Sesi penilaian semula ini juga sebahagian daripada aspirasi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari bagi memperkasakan GHL Geopark sebagai Geopark Kebangsaan Pertama Negeri Selangor.

✨ Gombak-Hulu Langat Geopark β€” Where Natural Wonders Define Culture and History.





15/10/2026

πŸš€ SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 2026 | HARI PERTAMA

Sorotan hari pertama Selangor Techsphere Summit 2026 (STS 2026) yang menghimpunkan peneraju industri, pakar teknologi dan pemain ekonomi bagi meneroka potensi inovasi serta teknologi masa hadapan.

✨ Hari pertama turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang berkenan menyempurnakan perasmian Selangor International Business Summit (SIBS) 2026.

Bertemakan β€œWhere Industry, Technology and Government Connect”, STS 2026 mengetengahkan perkembangan kecerdasan buatan (AI), automasi pintar dan transformasi industri sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi serta pengukuhan kedudukan Selangor sebagai hab teknologi industri.

🌐 Pelbagai inovasi, teknologi terkini dan peluang kerjasama industri menanti anda!

Jom orang ramai, usah lepaskan peluang untuk berkunjung ke Selangor Techsphere Summit 2026 dan meneroka masa depan teknologi industri bersama-sama!

πŸ“… 14–17 Oktober 2026
πŸ“ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Ayuh hadir beramai-ramai sehingga 17 Oktober 2026 dan jadilah sebahagian daripada gelombang inovasi yang memacu masa depan!

πŸš€ MASA DEPAN TEKNOLOGI INDUSTRI BERMULA DI SINI!Selangor terus melangkah ke hadapan sebagai hab teknologi industri mener...
12/10/2026

πŸš€ MASA DEPAN TEKNOLOGI INDUSTRI BERMULA DI SINI!

Selangor terus melangkah ke hadapan sebagai hab teknologi industri menerusi Selangor Techsphere Summit 2026 (STS 2026)! 🌐

Bertemakan β€œWhere Industry, Technology and Government Connect”, persidangan ini menghimpunkan pemain industri, peneraju teknologi, pelabur dan agensi kerajaan dari dalam serta luar negara bagi meneroka inovasi yang bakal membentuk masa depan industri.

🌟 Mengapa anda perlu hadir?
πŸ”Ή Penyertaan dari 25 negara dan lebih 33 syarikat yang telah mengesahkan penyertaan.
πŸ”Ή Kenali inovasi daripada syarikat bertaraf antarabangsa seperti BMW Group, Google, Festo dan KNX Association.
πŸ”Ή Terokai perkembangan terkini dalam kecerdasan buatan (AI), automasi pintar, semikonduktor, teknologi hijau dan pembuatan termaju.
πŸ”Ή Luaskan jaringan profesional serta teroka peluang perniagaan, pelaburan dan kerjasama antarabangsa.

πŸ“… 14–17 Oktober 2026 (Rabu–Sabtu)
πŸ“ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
🀝 Sebahagian daripada Selangor International Business Summit 2026 (SIBS 2026)

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem yang menghubungkan teknologi, industri dan peluang masa depan!

🎟️ Jom sertai STS 2026! Layari laman rasmi untuk maklumat lanjut dan pendaftaran:
🌐 https://www.selangortechsphere.com/

Bersama-sama kita meneroka inovasi, membina jaringan dan memacu masa depan industri yang lebih berdaya saing!

[FB] https://www.facebook.com/share/p/18i8Ys6n5q/?mibextid=wwXIfr[IG] https://www.instagram.com/p/DeQmpbpP-Hi/?exln=MWZr...
09/10/2026

[FB] https://www.facebook.com/share/p/18i8Ys6n5q/?mibextid=wwXIfr

[IG] https://www.instagram.com/p/DeQmpbpP-Hi/?exln=MWZrZjhucmxreWR2Zw==

πŸš€ *_DUNIA KERJA SEDANG BERUBAH. ANDA DAH BERSEDIA?_*

πŸ“² *WANITA, DIGITAL & KERJAYA : Bersedia untuk Dunia Kerja Masa Depan*

Dunia pekerjaan sedang berubah dan peluang baharu sedang muncul.
Tapi, adakah anda bersedia untuk merebutnya?

Jom ketahui:
✨ Kemahiran digital yang diperlukan majikan
✨ Peluang kerjaya dalam bidang teknologi & semikonduktor
✨ Cara wanita kekal relevan dalam dunia pekerjaan yang berubah
✨ Laluan untuk upskill, reskill dan bina semula kerjaya

πŸŽ™οΈ Bersama pemimpin daripada WBS, SMARTSEL & ASEM !

πŸ“… *11 Oktober 2026 | Ahad ini !*
⏰ *2.30 – 3.30 petang*
πŸ“ *Pentas Utama, MBSA Convention Centre*

Sempena Karnival Kerjaya JobCare Selangor 2026 Istimewa!

πŸ‘‰ Jom sertai dan daftar sekarang di : https://forms.gle/ZhyiscrTgUXK2pVy8

🎁 _50 peserta terawal akan menerima cenderahati_

π—•π—”π—žπ—”π—§ π——π—œπ—•π—˜π—₯π—œ π—₯π—¨π—”π—‘π—š, 𝗠𝗔𝗦𝗔 π——π—˜π—£π—”π—‘ π——π—œπ—•π—œπ—‘π—” π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔!Bagaimana kita boleh membuka lebih banyak peluang kerjaya untuk komuniti O...
08/10/2026

π—•π—”π—žπ—”π—§ π——π—œπ—•π—˜π—₯π—œ π—₯π—¨π—”π—‘π—š, 𝗠𝗔𝗦𝗔 π——π—˜π—£π—”π—‘ π——π—œπ—•π—œπ—‘π—” π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔!

Bagaimana kita boleh membuka lebih banyak peluang kerjaya untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor? Apakah peranan majikan, keluarga dan masyarakat dalam memastikan bakat mereka dapat berkembang?

Jom sertai Forum β€œMembuka Ruang, Mencipta Peluang: Memacu Kerjaya Inklusif OKU di Selangor” sempena Karnival Kerjaya JobCare Selangor 2026 Istimewa!

πŸ“… 11 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 10.00 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam

Ikuti perkongsian dan perbincangan mengenai akses kepada peluang pekerjaan, cabaran yang dihadapi komuniti OKU serta kepentingan sokongan bersama dalam membina persekitaran kerjaya yang lebih inklusif. Inilah ruang untuk memahami potensi, memperluas perspektif dan melihat bagaimana peluang yang bersesuaian boleh membantu individu OKU membina kehidupan berdikari.

Forum ini menampilkan barisan panel:
β–ͺ️ YB Danial Al Rashid, Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS)
β–ͺ️ Encik Abdul Qayyum bin M. Suhaimi, Pengurus Besar Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS)
β–ͺ️ Dr. Wan Arnidawati binti Wan Abdullah, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sesi akan dikendalikan oleh moderator Dr. Ruziah binti Ghazali.

Anda daripada komuniti OKU, ibu bapa, penjaga, majikan atau ingin memahami dengan lebih dekat usaha pemerkasaan kerjaya OKU? Kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama mengikuti forum ini dan menyokong peluang kerjaya yang lebih saksama.

Satu peluang boleh menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih berdikari. Bersama, kita membuka ruang agar lebih banyak bakat dapat menyerlah.

πŸ“² Daftar sekarang melalui pautan:
https://forms.gle/MyX1NNbuVvXNhALP9

Kongsikan hebahan ini dan ajak rakan serta keluarga untuk turut serta. Jumpa anda di sana!

✨ SETIAP INDIVIDU BERHAK DIBERI PELUANG, SETIAP POTENSI WAJAR DIGILAP! ✨🌟 KARNIVAL KERJAYA JOBCARE ISTIMEWA SELANGOR 202...
06/10/2026

✨ SETIAP INDIVIDU BERHAK DIBERI PELUANG, SETIAP POTENSI WAJAR DIGILAP! ✨

🌟 KARNIVAL KERJAYA JOBCARE ISTIMEWA SELANGOR 2026 🌟

Peluang kerjaya seharusnya terbuka untuk semua! ❀️

Ayuh bersama-sama meraikan kepelbagaian bakat dan potensi melalui Karnival Kerjaya JobCare Istimewa Selangor 2026, sebuah inisiatif bagi memperluas akses kepada peluang pekerjaan serta menyokong golongan yang berdepan cabaran dalam pasaran pekerjaan, termasuk golongan OKU, wanita, warga emas, bekas banduan, belia, Orang Asli dan golongan rentan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai manfaat seperti:

πŸ’Ό Peluang pekerjaan daripada majikan
🀝 Padanan kerjaya bersama majikan
🎯 Akses kepada perkhidmatan pekerjaan
πŸ’‘ Bimbingan dan khidmat nasihat kerjaya

πŸ“… 11 OKTOBER 2026 (AHAD)
πŸ•˜ 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
πŸ“ Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam

🌈 Bersama kita membina masa depan kerjaya yang lebih inklusif, kerana setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya!

πŸ“² DAFTAR SEKARANG!
πŸ‘‰ https://bit.ly/4hE1HAd

SelangorMajuBersama

✨ SETIAP INSAN BERHAK MENDAPAT PELUANG.✨ SETIAP BAKAT BERHAK DIHARGAI.✨ SETIAP USAHA BERHAK DIBERI RUANG.*🌟 KARNIVAL KER...
30/09/2026

✨ SETIAP INSAN BERHAK MENDAPAT PELUANG.
✨ SETIAP BAKAT BERHAK DIHARGAI.
✨ SETIAP USAHA BERHAK DIBERI RUANG.

*🌟 KARNIVAL KERJAYA JOBCARE ISTIMEWA SELANGOR 2026* 🌟

Karnival ini diwujudkan sebagai ruang untuk mendekati, menyokong dan membuka peluang kerjaya kepada mereka yang mungkin berdepan cabaran dalam mendapatkan pekerjaan termasuk golongan OKU, wanita, warga emas, bekas banduan, belia dan golongan rentan. Kerana setiap insan berhak diberi peluang. ❀️

*πŸ’Ό Peluang pekerjaan*
*🀝 Padanan bersama majikan*
*🎯 Akses kepada perkhidmatan kerjaya*
*πŸ’‘ Khidmat dan bimbingan kerjaya*

*πŸ“… 11 OKTOBER 2026*
*πŸ“ PUSAT KONVENSYEN MBSA, SEKSYEN 13 SHAH ALAM*

🚨 JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

πŸ“² DAFTAR SEKARANG:
πŸ‘‰ bit.ly/4hE1HAd

PROGRAM NUTRISI SELANGOR (NUTRISEL)Pada hari Isnin bersamaan 28 September 2026 telah berlangsung Majlis Simbolik Penyera...
29/09/2026

PROGRAM NUTRISI SELANGOR (NUTRISEL)

Pada hari Isnin bersamaan 28 September 2026 telah berlangsung Majlis Simbolik Penyerahan Program Nutrisi Selangor (NUTRISEL) di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Abd Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan).

Program NUTRISEL merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga, khususnya dalam kalangan pelajar daripada keluarga B40, di samping memastikan mereka memperoleh nutrisi yang mencukupi bagi menyokong kesihatan, tumbesaran dan tumpuan dalam pembelajaran.

Di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sepang, seramai 5,386 orang pelajar menerima manfaat daripada program ini. Di SK Taman Putra Perdana 2, seramai 276 orang pelajar merupakan penerima NUTRISEL.

Program yang berlangsung selama tiga bulan, dari Ogos hingga Oktober 2026, ini melibatkan penyediaan sarapan pagi dan minum petang kepada penerima sebanyak dua kali seminggu.

Pemantauan secara langsung seperti ini turut menjadi sebahagian daripada usaha memastikan pelaksanaan NUTRISEL berjalan sebagaimana yang dirancang dan manfaatnya sampai kepada golongan yang memerlukan.

29/09/2026

Address

Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:15 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPEN Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share