SRA Seksyen 24

Call Directions Contact the organization

SRA Seksyen 24 Laman Facebook Rasmi Sekolah Rendah Agama Seksyen 24

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta KAMIL yang telah mewakili Sekolah Rendah Agama Seksyen 24 dalam pertan...
20/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta KAMIL yang telah mewakili Sekolah Rendah Agama Seksyen 24 dalam pertandingan peringkat sekolah , semoga sijil penghargaan yang diterima menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan.

Sekalung tahniah juga kepada peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Daerah bagi mewakili SRAS 24, semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah. 🌟🏆

Alhamdulillah, sempena sambutan Hari Guru, Sekolah Rendah Agama Seksyen 24 telah mengadakan 🎉 Pemberian Aiskrim Malaysia...
20/05/2026

Alhamdulillah, sempena sambutan Hari Guru, Sekolah Rendah Agama Seksyen 24 telah mengadakan 🎉 Pemberian Aiskrim Malaysia 🍦 kepada semua murid sesi pagi dan petang pada 19 Mei 2026 (Selasa) sebelum waktu pulang.

Walaupun sederhana, keceriaan yang terpancar pada wajah anak-anak menjadi kenangan terindah buat kami warga pendidik. Semoga pemberian kecil ini menyuntik semangat dan motivasi untuk terus berusaha menjadi murid yang cemerlang dunia dan akhirat.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini. 💙

🌟 SIMULASI PEMBAYARAN ZAKAT “START WITH SERINGGIT” 🌟Alhamdulillah, pihak sekolah dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor...
20/05/2026

🌟 SIMULASI PEMBAYARAN ZAKAT “START WITH SERINGGIT” 🌟

Alhamdulillah, pihak sekolah dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan program Simulasi Pembayaran Zakat – Start With Seringgit bagi memupuk kesedaran dan amalan berzakat dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah.

Program ini memberi pendedahan awal tentang kepentingan zakat sebagai salah satu rukun Islam serta mendidik murid agar membudayakan amalan memberi walaupun bermula dengan hanya seringgit. 💛

📅 Tarikh: 19 Mei 2026
⏰ Masa: 3.00 petang
📍 Lokasi: SRA Seksyen 24

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang cakna, pemurah dan memahami tanggungjawab terhadap ummah.

Terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. 🤝✨




🌹 Selamat Hari Guru 🌹Guru ibarat pelita yang menerangi kegelapan,mendidik tanpa jemu, membimbing tanpa lelah,menasihati ...
17/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 🌹

Guru ibarat pelita yang menerangi kegelapan,
mendidik tanpa jemu, membimbing tanpa lelah,
menasihati tanpa pernah berkira.
Terima kasih atas setiap ilmu yang dicurahkan,
setiap teguran yang membina,
dan setiap doa yang tidak pernah putus untuk anak didikmu.
Jasamu tidak mampu dibalas dengan harta,
tetapi sentiasa terpahat dalam ingatan dan doa.

“GURU BITARA NADI NEGARA"
Selamat Hari Guru buat semua pendidik.
Semoga Allah memberkati setiap langkah dan usaha kalian. 🌷✨

Sambutan Hari Raya Sekolah Rendah Agama Seksyen 24 ✨🌙Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Rendah Agam...
15/04/2026

Sambutan Hari Raya Sekolah Rendah Agama Seksyen 24 ✨🌙

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Rendah Agama Seksyen 24 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan ukhuwah. Wajah-wajah ceria murid serta semangat kebersamaan warga sekolah jelas menyerikan lagi majlis yang penuh keberkatan ini.

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini. Semoga Aidilfitri kali ini mengeratkan lagi silaturrahim dan memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Maaf Zahir & Batin 🌸



PROGRAM MOTIVASIANAK SOLEH VS ANAK TOLEHAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas k...
15/04/2026

PROGRAM MOTIVASI
ANAK SOLEH VS ANAK TOLEH

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan pelaksanaan Program Anak Soleh Versus Anak Toleh yang telah berlangsung dengan penuh pengisian dan manfaat.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, fasilitator, ibu bapa serta para pelajar yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu dan pengajaran yang diperoleh menjadi panduan dalam membentuk sahsiah diri, memupuk akhlak mulia serta melahirkan generasi anak soleh yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Terima kasih atas kebersamaan dan sokongan semua pihak. Semoga usaha yang kecil ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.


Majlis Khatam Alquran & Santunan Kasih16 MAC 2026 / 26 RAMADAN 1447 HSABTUSESI PETANG
16/03/2026

Majlis Khatam Alquran & Santunan Kasih

16 MAC 2026 / 26 RAMADAN 1447 H
SABTU
SESI PETANG

Majlis Khatam Tadarus Alquran & Santunan Kasih16 MAC 2026 / 26 RAMADAN 1447HSABTUSESI PAGI
16/03/2026

Majlis Khatam Tadarus Alquran & Santunan Kasih

16 MAC 2026 / 26 RAMADAN 1447H
SABTU
SESI PAGI

Assalamualaikum 🌹Ibu Bapa/ Penjaga yang dihormati. Diatas masalah kesesakan penerimaan email yang berlaku oleh pihak UPS...
11/03/2026

Assalamualaikum 🌹

Ibu Bapa/ Penjaga yang dihormati.

Diatas masalah kesesakan penerimaan email yang berlaku oleh pihak UPS, JAIS. Pihak sekolah ada menyediakan BORANG SECARA MANUAL untuk permohonan TAHUN 1 SESI 2027.

Sila dapatkan borang permohonan di Kaunter Pejabat SRA Seksyen 24, Shah Alam.

Sekian, terima kasih.

TATACARA PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2027
09/03/2026

TATACARA PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2027

Address

Jalan Timun A24/A
Shah Alam
40300

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 09:30 - 16:30

Telephone

+60125567410

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA Seksyen 24 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SRA Seksyen 24:

Shortcuts

Share