Imigresen Selangor

Call Directions Website Contact the organization

Imigresen Selangor Sebarang pertanyaan berhubung urusan di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor: 03-56500000

22/10/2026

OPERASI JIM SELANGOR BERSAMA MBSJ & JPJ
22 OKTOBER 2026

CSR JIM SELANGOR: PANTAI BERSIH, KOMUNITI ERAT, ALAM TERPELIHARATANJUNG SEPAT, 22 OKTOBER 2026 – Jabatan Imigresen Malay...
22/10/2026

CSR JIM SELANGOR: PANTAI BERSIH, KOMUNITI ERAT, ALAM TERPELIHARA

TANJUNG SEPAT, 22 OKTOBER 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor (JIM Selangor) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pantai Cunang, Tanjung Sepat, Kuala Langat, dengan penyertaan wakil daripada seluruh bahagian dan cawangan JIM Selangor.

Program ini turut disertai Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Tuan Mohmad Khusairi bin Kamarudin, bersama Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Selangor (Pengurusan), Tuan Redman bin Safar, serta wakil komuniti Orang Asli, iaitu Encik Ah Beng, Pengerusi JPKKOA Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, dan Cikgu Sarimah binti Jamil, selaku penyelaras program bagi pihak komuniti.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, termasuk gotong-royong pembersihan pantai, senamrobik dan aktiviti anyaman bersama komuniti Orang Asli, sekali gus memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar, menggalakkan gaya hidup sihat serta menghargai warisan budaya masyarakat setempat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen JIM Selangor terhadap kelestarian alam sekitar, di samping mengeratkan hubungan antara warga jabatan dengan komuniti setempat serta menyemai semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab bersama.

PANTAI BERSIH, ALAM TERPELIHARA, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

OPERASI BERSEPADU JIM SELANGOR BERSAMA MBDK: 37 WARGA ASING DITAHANKLANG, 21 OKTOBER 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia N...
22/10/2026

OPERASI BERSEPADU JIM SELANGOR BERSAMA MBDK: 37 WARGA ASING DITAHAN

KLANG, 21 OKTOBER 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor (JIM Selangor) bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu di sekitar Meru, Klang.

Operasi melibatkan 43 pegawai penguat kuasa, terdiri daripada 20 pegawai JIM Selangor dan 23 pegawai MBDK, turut disertai Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Tuan Mohmad Khusairi bin Kamarudin, bersama Pengarah Jabatan Penguatkuasa MBDK, Tuan Andry Arman bin Masrom.

Pemeriksaan tertumpu pada pelbagai premis perniagaan termasuk kedai runcit, pusat cuci kereta, kedai perkakasan, kedai gunting rambut, kedai karpet dan bengkel kenderaan.

Daripada 47 individu yang diperiksa, seramai 37 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Sebanyak sembilan (9) Borang 29 (Saman kepada Saksi) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut.

JIM Selangor turut menggalakkan warga asing yang layak untuk pulang secara sukarela melalui Program Repatriasi Migran (PRM) di empat cawangan imigresen, iaitu Shah Alam, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang dan Kajang, tertakluk kepada syarat serta pelaksanaan semasa program.

JIM Selangor komited memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen.

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA PEJABAT JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SU...
22/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA PEJABAT JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN SELANGOR

21/10/2026

Operasi Jabatan Imigresen Negeri Selangor bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang | 21 Oktober 2026

MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA BERJASA BULAN OKTOBER 2026SHAH ALAM, 21 OKTOBER 2026 (RABU) – Majlis Perhimpunan Setia Berjasa ...
21/10/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA BERJASA BULAN OKTOBER 2026

SHAH ALAM, 21 OKTOBER 2026 (RABU) – Majlis Perhimpunan Setia Berjasa bagi bulan Oktober 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohmad Khusairi bin Kamarudin, Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Selangor, bertempat di Dewan Serbaguna PKNS, Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Imigresen Perkasa, diikuti bacaan doa, lafaz ikrar serta penyampaian amanat oleh Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Selangor.

Dalam amanatnya, beliau menyeru seluruh warga Imigresen Selangor agar terus memperkukuh nilai integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan. Beliau turut menegaskan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa diutamakan dan kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Selain itu, beliau mengingatkan agar mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai sentiasa berada pada tahap terbaik demi mengekalkan kepercayaan masyarakat serta memelihara imej dan reputasi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor.

Semoga amanat yang disampaikan menjadi pemangkin kepada seluruh warga JIM Selangor untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen demi jabatan serta negara.

INTEGRITI • PROFESIONAL • MESRA

17/10/2026

OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN DI GOMBAK | 16 Oktober 2026

OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN DI GOMBAKGOMBAK, 16 Oktober 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Nege...
17/10/2026

OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN DI GOMBAK

GOMBAK, 16 Oktober 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor telah menyertai operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di dua lokasi sekitar Gombak, Selangor.

Operasi yang bermula pada jam 10.30 pagi itu melibatkan kekuatan keseluruhan seramai 207 anggota daripada enam agensi, terdiri daripada 75 anggota PDRM, 11 anggota ROS, 23 pegawai JIM, 15 anggota KDN, 8 anggota Bomba dan 75 anggota MPS.

Sepanjang operasi, seramai 76 individu telah diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Di bawah kepimpinan Pemangku Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Tuan Mohmad Khusairi bin Kamarudin, JIM Negeri Selangor kekal komited memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen.

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR

17/10/2026

Haa… ada urusan di Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor? 😎

Nak ambil nombor giliran tapi tak pasti macam mana caranya?

🎬 Jom, ikuti video tatacara pengambilan nombor giliran melalui sistem QMS 2.0!

Mudah difahami, senang diikuti...😉✨

MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT BAHAGIAN PASPORT IMIGRESEN CAWANGAN KELANA JAYA
16/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT BAHAGIAN PASPORT IMIGRESEN CAWANGAN KELANA JAYA

Address

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri
Shah Alam
40500

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60356500000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Imigresen Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Imigresen Selangor:

Shortcuts

Share