07/10/2026
Ayuh seluruh warga Jabatan Pertanian, bersama-sama kita berikan sokongan kepada atlet yang bakal membawa cabaran jabatan dalam Sukan MADANI KPKM 2026๐ช
ATLET JABATAN PERTANIAN SIAP GALAS CABARAN SUKAN MADANI KPKM 2026
Semangat kesukanan dan kebersamaan semakin terasa apabila seluruh atlet Jabatan Pertanian berhimpun dalam Taklimat Sukan MADANI KPKM 2026 sebagai persediaan menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung.
Taklimat berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian, Tuan Haji Johari Abdullah, dengan kehadiran para atlet yang akan membawa cabaran dan nama Jabatan Pertanian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Dalam sesi tersebut, para atlet diberikan suntikan semangat agar memberikan komitmen terbaik, menjaga disiplin serta mengutamakan semangat kesukanan dan kerja berpasukan sepanjang kejohanan.
Penyertaan dalam Sukan MADANI KPKM 2026 bukan sahaja menjadi medan memburu kejayaan, malah membuka ruang untuk memperkukuh hubungan dalam kalangan warga kementerian, jabatan dan agensi melalui semangat persaingan yang sihat.
Kehadiran seluruh atlet pada sesi taklimat ini turut mencerminkan kesiapsiagaan dan komitmen kontinjen Jabatan Pertanian untuk turun ke gelanggang dengan satu tekad dan satu semangat.
Kini segala persiapan memasuki fasa akhir.
Dari ladang ke gelanggang, TEAM DOA bersedia memberikan yang terbaik.
Ayuh seluruh warga Jabatan Pertanian, bersama-sama kita berikan sokongan kepada atlet yang bakal membawa cabaran jabatan dalam Sukan MADANI KPKM 2026.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Kelab Tani