Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Dalam era tahun 50an, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor ditempatkan di sebuah bangunan lama di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur (berhadapan Bank Rakyat

Operasi Penguatkuasaan Dan Sitaan Ladang Unggas Tanpa LesenSumber : Buletin Tv9
06/10/2026

Operasi Penguatkuasaan Dan Sitaan Ladang Unggas Tanpa Lesen

Sumber : Buletin Tv9




Bau busuk dan gangguan lalat yang menghantui penduduk terjawab deng...

PROGRAM SIMULASI HPAI DI DAERAH KUALA SELANGOR2 Oktober 2026 | Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala SelangorKUALA...
02/10/2026

PROGRAM SIMULASI HPAI DI DAERAH KUALA SELANGOR

2 Oktober 2026 | Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor

KUALA SELANGOR โ€“ Program Simulasi Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) telah dilaksanakan di Daerah Kuala Selangor selama tiga hari bermula 30 September sehingga 2 Oktober 2026 sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta keupayaan agensi dalam menghadapi kemungkinan berlakunya wabak penyakit unggas berjangkit.

Program dimulakan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor sebelum diteruskan di sekitar Mukim Ujong Permatang, melibatkan simulasi tindakan dan penyelarasan operasi di lapangan.

Pelaksanaan simulasi ini turut dipantau dan dibantu oleh Pegawai-pegawai Veterinar daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar, Bahagian Penguatkuasaan Veterinar Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta Pegawai Veterinar daripada Institut Teknologi Unggas.

Program ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah, Penghulu Mukim Kuala Selangor/Ujong Permatang serta agensi-agensi berkaitan yang bersama-sama memastikan kelancaran pelaksanaan simulasi.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai, agensi dan pihak yang terlibat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program simulasi HPAI ini.

Program seumpama ini penting bagi memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan kecekapan tindakan dapat dipertingkatkan dalam menghadapi sebarang kemungkinan ancaman penyakit HPAI demi melindungi industri ternakan, keselamatan makanan dan kepentingan awam.

Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama




KEMPEN KESEDARAN HPAI ANJURAN PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KUALA SELANGOR30 September 2026 | Pejabat Perkhidmat...
30/09/2026

KEMPEN KESEDARAN HPAI ANJURAN PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KUALA SELANGOR

30 September 2026 | Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor

KUALA SELANGOR โ€“ Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Kempen Kesedaran HPAI (Highly Pathogenic Avian Influenza) sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat berkaitan penyakit Influenza Burung Berpatogenik Tinggi (HPAI).

Kempen ini memberi penekanan kepada aspek pengenalan penyakit HPAI, tanda-tanda penyakit, langkah-langkah pencegahan dan kawalan, serta tindakan yang perlu diambil sekiranya terdapat kejadian atau tanda-tanda penyakit yang disyaki.

Penganjuran kempen ini turut menjadi platform kepada pihak jabatan untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat, khususnya pemilik dan pengusaha unggas, agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta mengamalkan amalan biosekuriti yang baik bagi mengurangkan risiko kemasukan dan penularan penyakit.

Kesedaran serta kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan sebarang kejadian penyakit yang disyaki dapat dikenal pasti dan dilaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa veterinar untuk tindakan selanjutnya.

Melalui kempen ini, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Selangor berharap masyarakat akan lebih peka terhadap risiko HPAI serta bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kesihatan ternakan dan kelangsungan industri unggas.

Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama




Kenyataan Media Kes Rabies Dalam Kalangan Manusia Di Kedah - Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
27/09/2026

Kenyataan Media Kes Rabies Dalam Kalangan Manusia Di Kedah - Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎJabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor merafak sembah serta setinggi-tinggi tahniah sempena sambuta...
25/09/2026

๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor merafak sembah serta setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, keafiatan, dan dirahmati Allah S.W.T dalam memayungi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan.

Daulat Tuanku!

Ikhlas daripada
Pengarah dan warga kerja
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor




Terima kasih Y.B. Datoโ€™ Ir. Izham Hashim atas ziarah yang telah dilakukan.
24/09/2026

Terima kasih Y.B. Datoโ€™ Ir. Izham Hashim atas ziarah yang telah dilakukan.

UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN PESARA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGORJabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri...
24/09/2026

UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN PESARA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVSSEL) merakamkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian Encik Salvom a/l Krishnan, Pesara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor pada 24 September 2026.

Jabatan menghargai segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang menjalankan amanah sebagai kakitangan jabatan ini.

Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja DVSSEL menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMalaysia MADANI : Kesejahteraan DinikmatiHari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersa...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat sebuah bangsa yang terus melangkah maju.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, menghargai kepelbagaian dan menyemai semangat saling menghormati demi membina Malaysia yang lebih harmoni, makmur dan sejahtera.

Berbeza budaya, bersatu jiwa.
Bersama membina Malaysia MADANI.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026!

KETERJAMINAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA





Address

Lot 28 Jalan Utas 15/7
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor:

Shortcuts

Share