PAS Kawasan Kota Raja

Directions

PAS Kawasan Kota Raja Laman rasmi Facebook PAS Kawasan Kota Raja

𝟮𝟯 𝗞𝗘𝗦 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗛𝗔𝗥𝗜. 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗔?Sebanyak 5,681 kes buli dilaporkan di sekolah seluruh Malaysia bagi tempoh ...
07/10/2026

𝟮𝟯 𝗞𝗘𝗦 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗛𝗔𝗥𝗜. 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗔?

Sebanyak 5,681 kes buli dilaporkan di sekolah seluruh Malaysia bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026.

Itu bersamaan kira-kira 710 kes sebulan, atau lebih 23 kes sehari — hampir satu kes setiap jam.

Dan ini bukan semua kes yang berlaku. Perdana Menteri sendiri mengakui angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana ada kes yang tidak dilaporkan, termasuk kerana pihak tertentu mahu menjaga reputasi sekolah.

Yang lebih membimbangkan ialah trendnya.

𝗣𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟭, 𝗞𝗣𝗠 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱𝗸𝗮𝗻 𝟯𝟮𝟲 𝗸𝗲𝘀.

𝟮𝟬𝟮𝟮: 𝟯,𝟴𝟴𝟳 𝗸𝗲𝘀.

𝟮𝟬𝟮𝟯: 𝟲,𝟱𝟮𝟴 𝗸𝗲𝘀.

𝟮𝟬𝟮𝟰: 𝟳,𝟲𝟴𝟭 𝗸𝗲𝘀 — 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗣𝗠.

𝟮𝟬𝟮𝟱: 𝟮,𝟴𝟴𝟵 𝗸𝗲𝘀.

Angka 2025 memang turun mendadak. Tetapi kita perlu berhati-hati untuk terus mengatakan bahawa buli telah berkurang secara mendadak. KPM sendiri menjelaskan bahawa peningkatan kes pada 2024 sebahagiannya berkait dengan peningkatan kesedaran dan pematuhan sekolah terhadap prosedur pelaporan selepas pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli melalui SPI Bil. 12 Tahun 2023.

Maka, perubahan angka tahunan bukan semata-mata ukuran perubahan kejadian buli. Ia juga dipengaruhi oleh sejauh mana kes dilaporkan dan direkodkan.

Namun, ada satu angka yang jauh lebih sukar untuk kita abaikan.

Dalam PISA 2025, OECD mendapati 27% pelajar Malaysia melaporkan menjadi mangsa sekurang-kurangnya satu bentuk buli beberapa kali sebulan atau lebih.

Purata negara OECD ialah 20%.

Maknanya, lebih daripada satu daripada setiap empat pelajar Malaysia yang ditinjau mengakui mengalami buli pada tahap tersebut, berbanding kira-kira satu daripada lima dalam purata OECD.

Bahkan pada PISA 2022, 29% pelajar lelaki dan 22% pelajar perempuan Malaysia melaporkan menjadi mangsa buli beberapa kali sebulan atau lebih.

19% p**a tidak berasa selamat di tempat-tempat lain dalam sekolah seperti koridor, kantin dan tandas, berbanding hanya 10% purata OECD.

Jadi persoalannya bukan lagi:

“Ada masalah buli atau tidak?”

Jawapannya sudah jelas.

Persoalannya ialah: mengapa selepas bertahun-tahun garis panduan, SOP, kempen, kaunseling dan pelbagai intervensi, kita masih mempunyai lebih 5,000 laporan dalam hanya lapan bulan?

Dan lebih penting, apakah yang sedang berlaku kepada budaya dan pembentukan karakter anak-anak kita?

Buli bukan sekadar masalah disiplin.

Ia adalah masalah akhlak, empati, kawalan diri, keberanian moral dan budaya sekolah.

Kalau seorang anak boleh melihat penderitaan orang lain dan menganggapnya sebagai hiburan, kandungan untuk dirakam, atau peluang untuk menunjukkan kuasa kepada rakan-rakan, maka masalah kita sudah jauh lebih dalam daripada sekadar melanggar peraturan sekolah.

Kita tidak boleh hanya membina sekolah yang mempunyai lebih banyak CCTV.

Kita perlu membina manusia yang tidak memerlukan CCTV untuk berbuat baik.

Dan mungkin inilah soalan paling besar yang perlu kita jawab:

Kita sedang mendidik anak-anak supaya berjaya dalam peperiksaan.

Tetapi adakah kita masih berjaya mendidik mereka supaya menjadi manusia?

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF


𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗜𝗥𝗘𝗡𝗘, 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞Saya merakamkan takziah kepada keluarga adik Irene Sofiya. Semoga Alla...
06/10/2026

𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗜𝗥𝗘𝗡𝗘, 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞

Saya merakamkan takziah kepada keluarga adik Irene Sofiya. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada mereka menghadapi kehilangan yang amat menyayat hati ini.

Siasatan menyeluruh mesti menentukan fakta kejadian dan memastikan keadilan ditegakkan.

Tragedi di Johor ini menjadi peringatan kepada seluruh negara, termasuk sekolah-sekolah di Selangor dan Semenyih. Setiap ibu bapa berhak menghantar anak ke sekolah dengan keyakinan bahawa mereka akan dijaga.

Mengetahui motif sahaja belum cukup untuk mencegah kejadian seumpama ini. Kita perlu memahami bagaimana pemikiran ganas terbentuk dan apakah kelemahan pengawasan serta perlindungan yang membolehkannya diterjemahkan kepada tindakan.

𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮, 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹.

Dalam kes-kes terdahulu di Bandar Utama dan Banting, polis turut meneliti pengaruh permainan video, media sosial atau komuniti dalam talian. Tulisan dan komunikasi sebelum kejadian menjadi bahan penting untuk memahami pemikiran serta niat pelaku.

Kandungan yang merendahkan nilai manusia, mengagungkan keganasan atau menggalakkan kebencian terhadap wanita perlu diberi perhatian serius. Penelitian mesti mengenal pasti bagaimana pengaruh tersebut diperkukuh dan bagaimana ancaman boleh dikesan lebih awal.

Bagi kes Irene, siasatan perlu menentukan sama ada unsur ini wujud.

𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮, 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵.

Adakah ugutan dan layanan kasar ditangani sejak awal? Adakah murid berasa selamat untuk mengadu? Jika konflik diketahui, apakah tindakan susulannya?

Pengawasan mesti meliputi “titik buta” seperti dewan kosong, stor dan koridor sunyi. Rondaan berkala serta CCTV di lokasi yang sesuai, dengan menjaga privasi murid, perlu dinilai bersama kawalan akses, rekod kehadiran dan pengurusan kelas tambahan.

Setiap kelemahan yang ditemukan mesti disusuli pembaikan yang jelas.

𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, 𝗿𝘂𝗵 𝘁𝗮𝗿𝗯𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗼𝘀𝗶.

Saya pernah menyeru supaya ruh Rabbani dikembalikan dalam pendidikan. Didikan ini perlu membentuk adab, empati, kawalan diri dan penghormatan terhadap nyawa serta maruah manusia.

Remaja perlu dibimbing menghadapi kecewa, konflik dan penolakan dengan matang. Khususnya, remaja lelaki mesti memahami bahawa perempuan berhak membuat pilihan dan menetapkan batas. Penolakan mesti dihormati; kemarahan mesti diurus tanpa ugutan atau kekerasan.

Prinsip ini penting dalam pendidikan remaja, sementara motif sebenar kes Irene tetap perlu ditentukan melalui siasatan.

Guru sebagai murabbi memerlukan masa serta sokongan untuk membimbing murid. Hubungan rapat antara sekolah dan keluarga p**a membantu masalah dikenal pasti serta ditangani lebih awal.

Menteri Pendidikan dan Menteri Digital perlu menggerakkan tindakan bersama.

KPM mesti memperkukuh keselamatan sekolah, memastikan setiap laporan ancaman disusuli tindakan dan menetapkan tempoh pembaikan. Jika kecuaian dibuktikan, tindakan sewajarnya mesti diambil.

Menteri Digital p**a perlu menggerakkan kerjasama dengan Menteri Komunikasi, MCMC dan penyedia platform bagi menangani kandungan serta interaksi yang menggalakkan keganasan dalam kalangan remaja.

Sekolah dan ibu bapa memerlukan saluran bantuan yang jelas. Setiap laporan mesti sampai kepada pihak yang boleh bertindak, dan hasil pembaikan perlu dimaklumkan kepada masyarakat.

Keadilan buat Irene mesti ditegakkan. Pengajaran daripada tragedi ini mesti diterjemahkan kepada perlindungan yang lebih berkesan untuk semua anak.

YB Nushi Mahfodz
ADUN Semenyih



06/10/2026

BERSAMA MEMBANGUNKAN PASTI SAIDATINA AISYAH.

PASTI Saidatina Aisyah masih memerlukan dana pembangunan sebanyak RM170,000 bagi meneruskan usaha pembangunan dan penambahbaikan premis.

Sehubungan itu, kami mengajak seluruh masyarakat, para dermawan dan sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama menyumbang bagi merealisasikan impian ini.
Setiap sumbangan amat bermakna.
Walaupun sedikit, semoga menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

💳 SALURKAN SUMBANGAN
PASTI Saidatina Aisyah
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun: 12243010002117.

📞 Hubungi:
Tn. Hj. Imran: 013-255 0673
Tn. Hj. Omar: 018-873 4779

“Bersama kita bina generasi pewaris ummah.”

Sumbangan anda, saham akhirat kita bersama.

Laman rasmi Facebook PAS Kawasan Kota Raja

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 | 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐎𝐎𝐊 𝐙𝐀𝐊𝐈𝐀𝐇Alhamdulillah, pada 2 Oktober 2026 Lajnah Kebajikan da...
05/10/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 | 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐖𝐎𝐎𝐊 𝐙𝐀𝐊𝐈𝐀𝐇

Alhamdulillah, pada 2 Oktober 2026 Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Kota Raja berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah Hajah Wook Zakiah binti Hamzah, ibu kepada Ustaz Muhammad Syaqiq, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kota Raja, yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Ziarah ini menjadi tanda ingatan, kasih sayang dan sokongan buat keluarga yang sedang melalui fasa kehilangan insan tersayang. Semoga kunjungan kecil ini dapat menjadi penguat semangat serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Kami merakamkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya, melapangkan serta menerangi kuburnya dan menempatkan roh Allahyarhamah bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Semoga seluruh keluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Al-Fatihah.

02/10/2026

KOMPASKR

01/10/2026

Montaj sejarah dan pembinaan Kompleks PAS Kota Raja

Semua yang berada di atas pentas dan di dalam dewan bergenang air mata, menahan sebak.Bukan kerana sebuah bangunan semat...
30/09/2026

Semua yang berada di atas pentas dan di dalam dewan bergenang air mata, menahan sebak.

Bukan kerana sebuah bangunan semata-mata, tetapi kerana di sebalik berdirinya KomPAS Kota Raja, tersimpan ribuan cerita tentang pengorbanan, kesungguhan dan kebersamaan.

Hari ini, bangunan ini secara rasmi diserahkan oleh MNB Renovation Enterprise kepada PAS Kawasan Kota Raja.

Pembinaan KomPAS Kota Raja yang menelan kos sekitar RM865,000 bukan sesuatu yang mudah direalisasikan.

Setiap ringgit yang disumbangkan oleh ahli, penyokong, pimpinan dan masyarakat mempunyai nilai dan cerita tersendiri.

Ada yang menyumbang harta.
Ada yang menyumbang tenaga.
Ada yang menyumbang buah fikiran.
Ada yang membantu mengikut kemampuan yang ada.

Inilah kekuatan sebuah usaha yang dibina secara bersama.

Namun, apabila bangunan ini siap, kerja kita sebenarnya belum selesai.

Sebaliknya, satu amanah yang lebih besar bermula.

Pelbagai program telah dirancang untuk memanfaatkan kemudahan KomPAS Kota Raja — sebagai ruang pertemuan, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Kerana bangunan yang bernilai bukan sekadar diukur melalui kos pembinaannya, tetapi melalui sejauh mana ia dimanfaatkan dan memberi manfaat.

Untuk mencapai sesuatu pencapaian, jalannya tidak mudah.

Dan untuk mengekalkan serta menghidupkan pencapaian itu, cabarannya lebih besar.

Kini KomPAS Kota Raja telah berdiri.

Tanggungjawab kita adalah memastikan ia terus hidup, terus dimanfaatkan dan terus menjadi tempat yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Dari pengorbanan lahir sebuah bangunan.
Daripada sebuah bangunan lahir sebuah amanah.
Dan daripada amanah, kita terus melangkah.

KomPAS Kota Raja
Yang lama menjadi kenangan, yang baharu menyambung perjuangan.

"Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan"

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSALAM TAKZIAHPAS Kawasan Kota Raja merakamkan ucapan takziah kepada seluruh k...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

SALAM TAKZIAH

PAS Kawasan Kota Raja merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali atas pemergian insan yang dikasihi.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Daripada:
PAS KAWASAN KOTA RAJA

JEMPUTAN MAJLIS PENYERAHANKOMPLEKS PAS KOTA RAJAAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah, setelah melalu...
24/09/2026

JEMPUTAN MAJLIS PENYERAHAN
KOMPLEKS PAS KOTA RAJA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan perancangan, pembinaan dan usaha bersama, Kompleks PAS Kota Raja kini memasuki satu lagi detik penting.

Semua Ahli PAS Kota Raja dan masyarakat dijemput hadir bersama-sama memeriahkan:

MAJLIS PENYERAHAN
KOMPLEKS PAS KOTA RAJA

📅 30 September 2026 | Rabu
🕌 18 Rabiulakhir 1448H
🕗 8.00 malam
📍 Kompleks PAS Kota Raja

Atur Cara
🕌 Solat Isyak Berjemaah
🤲 Munajat & Doa Kesyukuran
🎙️ Taujihat
💚 Kutipan Dana Kompleks
🔑 Gimik Penyerahan Kompleks
🏢 Tour Kompleks

Mari bersama-sama menyaksikan penyerahan dan mengenali lebih dekat Kompleks PAS Kota Raja yang akan menjadi pusat gerak kerja, tarbiyah, dakwah dan khidmat kepada masyarakat.

DARI IMPIAN KEPADA MEDAN AMAL

Jom hadir bersama!

Address

Kampung Bukit Naga
Shah Alam
42450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Kota Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share